My First Sweet Of July : Pageviews Blog Capai 42 Juta Views

As Salam,
My First Sweet Of July : Pageviews Blog Capai 42 Juta Views-Sudah beberapa minggu, secara tepatnya sejak hari kedua syawal yang lalu, blog saya sudah pun capai 41 juta pageviews.Kesibukan beraya sambil bekerja, saya tangguhkan story mory pasal pencapaian ini.Sehinggalah hari ini, akhirnya saya terlepas peluang nak print screen PV blog dengan angka 41 juta views.


Hanya printscreen dari phone sahaja yang sempat saya save sebagai kenangan.

Hari ini bila saya log in dashboard Blogger, pageviews blog dah bertukar kepada 42 juta views pula.Macam cepat benar peningkatan ini berlaku.Apapun, tanpa pembaca semua ( termasuklah korang yang suka jadi silent readers tu.heh) mana mungkin views blog ini meningkat setiap bulan dengan angka jutaan ringgit views.haha.Thanks tau korang.


Bagaimana mengekalkan momentum Berblog ?
Kali ini saya mahu kongsikan bagaimana saya dapat maintain berblog atau istiqamah memastikan blog keci ini tidak terlalu lama bersawang dan berhantu.haha.

Saya pernah katakan sebelum ini, peningkatan pageviews atau peningkatan pelawat ke blog kita bukanlah sebab kita update blog setiap hari atau setiap 4 jam sehari.Bagi saya secara peribadi, walaupun kita hanya ada masa sesekali atau seminggu sekali update blog, tapi post atau artikel yang kita publish itu bersifat evergreen, inshaAllah, blog korang tidak akan sunyi dengan kedatangan pelawat.

Hasilkan Entri Follow up : Untuk Kekalkan bilangan traffic dan peningkatan views dalam blog

 Resepi kek oren sukatan cawan, antara resepi kek yang beberapa kali saya kongsikan dalam blog.Malah, saya gunakan resepi yang berbeza setiap kali saya buat entri kek oren.

kek oren antara kek klasik tapi sangat digemari oleh anak-anak dan suami saya

kek yang sangat moist dengan resepi sukatan cawan

Saya memang akui tidak dapat beri komitmen untuk update post atau entri setiap hari, tapi saya akan usahakan setiap post atau entri yang saya publish mest mendapat ribuan views, sekurang-kurangnya selepas saya publish dalam tempoh sebulan, entri tersebut masih lagi dicari oleh pelawat.

Kalau kita buat entri tentang hal yang viral sekalipun, ia hanya dalam jangka pendek sahaja, kerana sifat viral itu datang bagaikan tsunami dan pergi pun sekejap juga.

Jadi,apa alternatif yang kita ada? Tulislah apa sahaja hal baik yang kita sukai, cuma dengan approach yang sedikit berbeza dengan penulis lain.Saya memilih untuk update atau publish entri yang ramai pengikutnya seperti resepi terbaru atau resepi mudah dengan sukatan cawan.

 Resepi kek coklat kukus moist yang menjadi antara entri paling popular di Blog Cik Matahariku

 kek coklat kukus moist kesukaan ramai orang, golongan muda dan dewasa

 kek coklat Azlina Ina, seorang bakery yang kini sudah menjadi jutawan kek:)

 Salah satu kek dari jenis coklat dan milo yang juga menjadi kegemaran budak-budak

entri kek coklat milo moist sudah dilihat sebanyak ribuan views walaupun belum sampai seminggu saya publish. kesan follow up entri di blog

Selain itu, rajin-rajinlah buat entri follow up bagi post yang popular dalam blog kita.Saya pernah kongsikan hal ini dalam entri sebelum ini.Bagi saya ia jalan pintas untuk meraih bilangan views yang tinggi bagi sesebuah artikel.Cubalah buat.Jangan lupa sertakan link entri baru dalam post yang popular itu, dan masukkan juga link post popular dalam entri baru:)

Orait, selamat mencuba-Selagi kita menganggap menulis adalah passion kita, maka jangan risau untuk menulis apa sahaja hal baik dalam blog-Allah akan permudahkan.InshaAllah.





Post a Comment

2 Comments

  1. Tahniah dan terima kasih sudi berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks sis.Terima kasih sudi singgah sini n drop ur comment:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!