Blog Cik Matahariku Capai Pageviews ke 43 Juta Views : Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini?

As Salam
Blog Cik Matahariku Capai Pageviews ke 43 Juta Views : Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini?- Alhamdulillah.Syukur.Hari ke-16 pada bulan Ogos, barulah saya berkesempatan update blog.Cuti Aidil Adha bersambung dengan cuti penggal sekolah yang panjang, memang buat saya lemau dan memilih untuk bersenang-senang sahaja di rumah.muehehe.

Blog Cik Matahariku Capai Pageviews ke 43 Juta Views pada Ogos 2019-Semoga Blog ini dapat terus memberi manfaat kepada pembaca blog ini:)

Hal sekolah, biarkan dulu.Dah alang-alang mood cuti, marilah kita layan blog dulu.hihi.Orait, saya memang sengaja update entri kali ini dengan pageviews blog yang semakin bertambah 1 juta views lagi menjadi 43 juta views.

Dalam tempoh 8 tahun berblog, saya menyaksikan banyak perubahan berlaku dalam dunia blog. Bukan semua blogger akan terus setia menulis dalam blognya.Ada juga yang sudah beralih menulis di FB, Instagram dan twitter atau medium sosial yang lain.

Profile Instagram Cik Matahariku- saya turut menyukai pendekatan media sosial seperti insta kerana saya suka akan gambar yang cantik.Tak kisah gambar orang, makanan atau tudung, asalkan cantik, ia impress me.Saya tahu the sacrifice someone nak bagi pic yang cantik tu.Struggle tau.haha.

Baru-baru ini saya ada  membaca luahan seorang Blogger yang kecewa dengan senario semasa.Saya  menghormati dan memahami harapan tingginya terhadap sumbangan spnonsored post atau review produk terhadap kelangsungan hidup seorang penulis Blog.Tambah lagi kalau kita penulis blog yang sepenuh masa ,tidak bekerja (mungkin suri rumah atau berniaga sendiri dari dari rumah ).

Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini?
Pada pendapat saya secara peribadi, Blog tetap relevan dan sebenarnya sangat penting bagi seorang ahli media sosial yang aktif dan berpengaruh dalam menyampaikan ilmu, kebaikan produk, marketing dan juga ruang mendapat pengikut yang ramai.

Seorang Blogger tidak perlu bersaing dengan sesiapa dalam menulis di blognya.Blog kita, uruslah untuk kita publish atau post apa pun.Tambah lagi kalau blog personal, its all about what are you doing, where are you going or when did all happened.Its yours.

Meskipun anda seorang instagrammer, atau ahli twitter yang aktif, tak akan sama jika anda seorang Blogger.Percayalah! Apatah lagi jika anda juga seorang Youtuber.

Walaupun dikatakan medium insta dan youtube lebih berpengaruh, kita tidak dapat nak nafikan ramai audien yang berharap pada Google untuk mendapat sebarang maklumat, info dan pelbagai tips.Betul bukan?

Anda sendiri bagaimana?Sebagai mana hebat dan berpengaruh seorang instagrammer, kebanyakan info yang anda cari tetap bukan di insta bukan? Google tetap enjin carian paling unggul.

Ini kita harus tahu dan sedar.Siapa penyumbang utama segala mak nenek info, berita atau resepi sekalipun? Boleh saya katakan, hampir 80 peratus penyumbang info dan maklumat di Google datang dari website, blog dan laman sesawang yang dimiliki oleh organisasi, dan juga penulis blog dan web. Dan kita Blogger adalah salah satu penyumbang utama tersebut.

Ramai yang tahu, kita juga boleh mencari maklumat di Facebook, tapi sehingga hari ini ia belum dapat menandingi Google sebagai enjin carian utama pengguna media sosial.

Kesimpulannya, teruslah menulis dan majukan blog anda, walau apa pun cabaran yang datang. InshaAllah, jika anda Blogger full time sekalipun, pasti rezeki anda dalam berblog akan datang juga, cepat atau lambat, its will be worth for you:)

Terima kasih kepada readers yang follow blog ini, atau pelawat yang singgah mencari resepi mudah, saya doakan semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama kita, menjadikan kita lebih kuat dan fokus dalam menjalani kehidupan dunia sebagai bekalan ke akhirat nanti.aamin:)



Post a Comment

9 Comments

  1. Tahniah
    tentu ramai yang mendapat manfaatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih WP:) mudah-mudahan ramai yang dapat manfaatnya:)

      Delete
  2. assalamualaikum.. sis datng sini jenguk cik matahari... jujur cakap, sis tetap sayangkan blog dan anggap blog is the best.. Google tu sendiri adalah sgt unggul dan superb,.. cuma tak dinafikan utk naikkan blog ni bukannya 1 keja senang.. mybe sbb tu ramai lebih fokus utk IG, Utube dll.. tpi utk sis.. blog tetap #1 kat hati.. adakah kerana kita ni sukakan cabaran??? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan sis, nak majukan atau bangunkan blog bukan mudah, ia ambik masa lapang kita untuk publish entri atau content yang berkualiti, kalau di IG atau youtube atau FB,ruangnya lebih santai dan terhad sebenarnya..banyak benda boleh buat dengan blog, tapi tak dapat kita buat denga FB atau IG..terima kasih respon kat post ini sis:)

      Delete
  3. Tahniah CM. Akak mengikuti perkembangan blog cik matahari sejak awal lagi, although as a silent reader only. Memang ketara perubahan dan pencapaian nampaknya. Very inspiring. Dan sgt setuju dengan apa yg diperkatakan.

    Keep on blogging .. Buat lah mengikut apa yang disukai, ikut cara sendiri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih kerana mengikuti perkembangan blog ni dan jadi silent reader.Mohon buat teguran jika ada post yang saya publish tidak sesuai untuk bacaan readers ya:)

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih singgah sini, semoga dapat banyak manfaatnya..

      Delete
  5. Bagi saya..dh msuk pnghujung 2019 ni..zaman fb mcm kian hambar, tpi insta mcm ok lagi...org ada ratus2 ribu follower di insta pun, tetap google search engine akan bawa ke entri blog2..skop di blog lebih luas utk brcerita.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!