Pengalaman Menyertai Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT Peringkat JPN Negeri Sembilan.

As Salam,
Pengalaman Menyertai Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT Peringkat JPN Negeri Sembilan.-Apabila saya catatkan entri terbaru blog kali ini sebagai pengalaman, maka saya ingin kongsikan disebalik tabir apa yang saya dan team SPBT sekolah lalui dan tempuhi sebagai persediaan menyertai pertandingan ini. 

Inilah barisan anak-anak pengawas SPBT yang menjadi presenter untuk Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT bersama Guru Pembimbing dan GPK HEM sekolah kami.

Dalam Blog lagi satu: Blog Rasmi Bilik SPBT SK KBSR- saya dah kongsikan aktiviti sepanjang pertandingan.Jadi, kat personal blog ni, saya just want to share pengalaman saya bersama rakan guru dan anak murid menyertai pertandingan ini.

 Semasa sesi latihan pembentangan di Bilik VLE Frog sekolah.Budak-budak ni memang dah arif dengan peel cikgu dia yang sorang ni, selagi ko tak capai KPI yang dikehendaki, kita practise sampai lebam.haha.Tapi lepas tu cikgu belanjalah milo ais ikat tepi sorang satu.heh.

 Salah seorang anak pengawas SPBT saya, yang saya lihat punya potensi hebat dalam bidang pantun, nyanyian, dan juga persembahan.Sebenarnya saya suka murid yang nampak low profile tapi bila kita latih untuk gilap potensi diri depa, dia tak malu untuk expose dirinya yang sebenar.We call it at school as kemenjadian murid gitu.hiks.

 Bagi saya dalam Unit SPBT, yang penting keyakinan diri.Bila kita confident, InshaAllah, semuanya jadi mudah dan boleh diatasi.Dan satu lagi, bila sesi soal jawab anak-anak pengawas ini bersama juri, saya learn that, sebagai guru yang punya anak-anak "pemimpin kecil" untuk diasuh, asuh dan bimbinglah mereka untuk pandai menyesuaikan diri dan berani dalam pelbagai situasi.Saya kagum sendiri apabila mereka dapat menjawab dengan spontan soalan juri tanpa teragak-agak sehingga buat juri tersenyum sesama sendiri.hihi.

Rupanya bila kita beri kepercayaan kepada murid menguruskan sesuatu, kita sebenarnya beri mereka keyakinan dan peluang untuk berdikari.Gambar ini pula semasa murid pengawas SPBT saya sedang memberi penerangan tentang aktiviti yang mereka jalankan dalam Kelab SPBT.

Oh ya, jika anda kalangan guru SPBT yang ingin menyertai pertandingan ini pada masa akan datang, pertandingan ini sebenarnya melibatkan pembentangan pengisian aktiviti kelab SPBT tahun sebelum atau tahun semasa.Jadi, jika berminat menyertai pertandingan ini, berikut beberapa tips yang saya boleh kongsikan :
  1. Pastikan dokumentasi aktiviti tu dah sedia awal, gambar aktiviti murid dan sebagainya.Tahun depan, rancang aktiviti kelab yang lebih wow ( ini yang saya nampak why sek saya hanya mampu meraih tempat ketiga ) sebab sekolah lain aktiviti mereka lebih baik, bermanfaat dan memberi impak besar kepada murid.)
  2. Rancang juga bentuk pameran yang mahu dikongsikan.Sediakan bahan dan peralatan berkaitan aktiviti kelab.Misalnya kita buat aktiviti kraftangan dari kitar semula buku teks, jadi hasil kraftangan tu mestilah turut dipamerkan, ia akan jadi eviden atau bukti aktiviti kelab yang kita jalankan.
  3. Libatkan murid sepenuhnya dalam apa jua aktiviti kelab.Ini kerana semasa sesi pembentangan dan soal jawab juri di booth, juri akan bertanya kepada murid aktiviti pelupusan, kempen sayangi buku teks yang kita buat berkesan atau tidak dan lain-lain.
  4. Penting juga untuk memilih calon pengawas SPBT tahun berikutnya dengan lebih teliti.Apabila kita ada pertandingan seperti ini, sebaiknya kita ambil pengawas SPBT atau ahli kelab SPBT yang sebenar.Semasa sekolah saya menyertai pertandingan ini, saya tahu ada sekolah lain yang menampilkan dan menghantar wakil murid mereka yang bukan kalangan pengawas SPBT, tapi mereka pilih pengawas biru yang mungkin lebih trampil.Bagi saya secara peribadi, ia tidak adil bagi pengawas SPBT yang sedia ada.Jadi, solusinya, pilih calon pengawas SPBT yang berketrampilan dan boleh dibimbing untuk mewakili kelab ke pertandingan.
  5. Fikirkan untuk buat inovasi dalam aktiviti kelab. Inovasi juga menyumbang markah penuh dalam pertandingan ini.Tambah lagi kalau inovasi itu sangat relevan dan berkaitan dengan pengurusan buku teks.
  6. Usahakan untuk cari dana atau tabung untuk kelab SPBT.Bila terlibat dalam pertandingan dan pameran, kita akan perlukan banyak kos.Sekolah atau unit hem pasti tak banyak peruntukan untuk tanggung program ini, jadi buat inisiatif sendiri untuk cari dana bagi jalankan program kelab.
  7. Wujudkan juga program komuniti, kerjasama dan kolaborasi dengan unit lain disekolah seperti PSS surau sekolah dan agensi luar untuk tambah nilai kelab spbt sekolah kita.
  8. Pastikan juga fail kelab dan fail SPBT diurus dengan baik, supaya jika ada pemantauan berkaitan pertandingan, kita sudah bersedia awal.
Sebenarnya selain slaid pembentangan dan dokumentasi, kita juga perlu sediakan video dengan durasi 5 minit yang menujukkan aktiviti kelab sepanjang tahun.

Ini pula Video Amalan Kelab Terbaik sekolah kami yang menang tempat ketiga dalam pertandingan ini di peringkat JPN Negeri Sembilan.

Saya pula, kalau teman-teman di sekolah yang pernah bekerjasama dengan saya dalam satu team, mungkin mereka perasan yang cara kerja saya ialah saya akan plan dan draft dahulu apa yang patut kami buat untuk pertandingan atau program yang saya ketuai atau sebagai penyelaras.Saya punyai instinct dan pengalaman peribadi, kebanyakan hal atau perkara yang saya listed atau yang saya tulis, saya akan dapat melaksanakannya seperti yang saya gambarkan atau imaginekan, InshaAllah, semuanya dengan pertolongan ALLAH juga.Alhamdulillah:)

 Bagi saya, dalam pertandingan ini, apa yang saya fikir patut kami buat dan sediakan, saya akan listedkan, then bawa dalam perbincangan dengan team.Selepas itu, saya akan dapat banyak input dan idea lebih baik.

Agihan tugas juga sangat penting sebab kita tak mampu buat semua benda sorang-sorang.Sebaiknya agih tugas ikut kemampuan dan kemahiran rakan kita dalam team.Jika kita lead tugasan itu, kalau boleh, guide rakan yang belum mahir supaya dia tahu hala tuju fokus kita.

Ini pula aspek yang dinilai dalam pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT

Ini pula planner saya setiap kali banyak program kena urus dalam satu masa.Pada masa saya kena uruskan pertandingan ini, saya juga sedang menyelaras Bulan kemerdekaan sekolah dan perlu pula menyertai pertandingan gerbang merdeka anjuran Panitia Sejarah Daerah. Bukan gila kuasa, tapi nak dijadikan cerita, semuanya itu berlaku dibawah bidang tanggungjawab saya sebagai KP panitia Sejarah dan juga Penasihat Kelab SPBT.Bertabahlah jawabnya, lagipun bukan kita buat sorang-sorang kann..hehe.

Walaupun realitinya sebagai ketua atau penyelaras, ekaulah yang kena buat kerja lebih sikit dari orang lain sebab risiko dan tanggungjawab itu lebib berat atas bahu sendiri kan.Apapun saya bersyukur dengan aturan Allah terhadap urusan hidup saya selama ini, ini ialah jawapan kenapa saya perlu diletakkan di unit SPBT, kenapa saya kena pikul tugas KP dan lain-lain.Allah memberi tugas, ujian, tanggungjawab dan amanah mengikut kemampuan.Walaupun banyak cabaran, saya ambil ini sebagai suatu yang positif sebab Allah knows best.

Meraih tempat ketiga atau top three, antara target saya dalam pertandingan ini kerana ia adalah pertama kali di adakan, dan kami tak nampak lagi apa yang perlu kami buat untuk jadi yang terbaik.Tapi selepas pengalaman berharga ini, inshaAllah, jika ada rezeki lagi, kami sedaya upaya akan buat lebih baik.InshaAllah.

Pengiktirafan dan Pencapaian Bilik BOSS sekolah sekitar tahun 2007 dan 2008.Hampir 12 tahun lalu.Terdahulu unit SPBT dikenali dengan pertandingan Bilik BOSS cemerlang.Kini, ia telah ditukar kepada Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT, yang sekolah saya sertai buat pertama kalinya pada 9 Oktober lalu.

Pengiktirafan dan Pencapaian Terbaharu Unit SPBT sekolah iaitu Anugerah Gangsa dalam Amalan Terbaik Kelab SPBT. Alhamdulillah, hasrat saya untuk unit SPBT meraih pencapaian tersendiri di bawah pengurusan saya sejak tahun 2018, kini menjadi kenyataan.Semoga Allah beri dengan redho dan penuh rahmatNya.aamin.

Bersama barisan pentadbir yang sentiasa  memberi sokongan dan sporting.Ini adalah sesi bergambar Pengawas dan Guru SPBT bersama Pentadbir bagi tujuan dimasukkan dalam slaid pembentangan.

Rakan guru dalam team SPBT saya-Merekalah tulang belakang sehingga kami dapat menyertai pertandingan dengan selesa dan yakin.Baju sedondon ini juga disponsored separuh oleh dana Kelab SPBT sekolah melalui jualan cup cake dan kerepek sbg salah satu aktiviti keushawanan kelab.

Barisan peserta pertandingan yang berkeyakinan dan positif serta berpotensi besar untuk digilap pada masa depan.

Pengawas SPBT sekolah yang secara automatik menjadi ahli kelab SPBT.Merekalah nadi dan penggerak kepada aktiviti kelab,Tanpa mereka, tidak bermakna aktiviti kelab yang pelbagai dan hebat sekalipun.Syukur Allah pilih mereka untuk bersama-sama kami dalam unit SPBT:)

Akhir sekali, perkongsian ini adalah tertakluk kepada perubahan format pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT. Jika ada perubahan pada masa hadapan, saya anggap ini sebagai salah satu perkongsian dan pengalaman saya dalam pengurusan unit SPBT.

Semoga mendapat manfaat dan nilai tambah lebih baik dalam pengurusan kelab SPBT di sekolah masing-masing.Terima kasih sehingga bertemu lagi.wassalam.


Post a Comment

4 Comments

  1. Regards
    , Excellent woman .

    ReplyDelete
  2. Cikgu.boleh share kertas kerja cikgu minta izin pentadbir utk jlnkn aktiviti keusahawanan bg menampung dana bilik spbt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis,beri sy email, sya kan kongsikan dengan sis:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!