Saturday, April 25, 2015

Punca-Punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Post Paling Popular  dalam blog saya ialah mengenai Tips Buat Kek Coklat Kukus Supaya Moist, namun begitu bukan semua yang ikut resepi yang saya kongsikan dengan sukatan cawan tu menjadi, malah ada yang memberi komen kek menjadi bantat dan merekah di tengah.

punca kek coklat kukus bantat atau keras

Bagi mudahkan pembaca lain mendapat input dan info yang berguna, maka saya usahakan untuk mencari jawapan dan sebab musabab kenapa berlaku kejadian yang tidak diingini tatkala kita membakar atau mengukus kek.

Lagi-lagi kalau anda buat kek untuk tempahan orang, mesti lagi frust kalau tetiba kek tak jadi pulak.Sebenarnya ada yang suggest kat saya supaya ikut tutorial buat kek macam dalam VCD ni:Tutorial Buat Kek Sampai Jadi Dengan Resepi Percuma. Saya tengok ramai betul yang suksess buat kek sendiri bila ikut tutorial dalam VCD tu.Kalau anda nak cuba ikut tutorial dalam VCD tu, okey jugak kan.Cubalah..

Manalah tahu, belajar buat kek ni kita kena banyak kali cuba dan yang paling penting, jangan putus asa.Tak gitu? 

Saya sendiri masih beginner dalam bidang baking-membaking ni, jadi sambil saya kumpul info untuk pembaca blog saya, sambil saya belajar untuk mantapkan lagi pembuatan kek coklat kukus yang sangat digemari oleh ahli keluarga saya.Yeahh.:)

kek coklat kukus moist sedap

Tips Penting Supaya Kek Coklat Kukus Kita Menjadi
Memang banyak sebab boleh berlaku kenapa kek kukus coklat kita tak berapa menjadi.Jom kita check item-item berikut, manalah tahu salah satu tips yang saya kongsikan ini ada kaitan dengan ketidakmenjadian kek anda semua.hehhe.

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. 

Hasil carian imej untuk kek coklat moist secret recipe

Punca-Punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi
Jom kita siasat kenapalah ada masanya kek coklat kukus kita lain macam je kejadiannya.Haa..kat bawah ni semua ada jawapannya:)

Kek Terlalu Lembap dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Merekah di Atas
  • Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan loyang terlalu kecil. 
Kek yang Mendap di Tengahnya
  • Ukuran acuan tin tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
  • Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Kek Tidak Naik Sekata
  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
  • Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
  • Terlebih serbuk penaik
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dengan sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas
Nampak tak?Betapa masalah negara betul kalau kita yang rajin buat kek segala bagai ni, tetiba kek kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan.Usah risau beb..Takde benda tak boleh setel dalam dunia ni.Inikan pula dalam hal kecik macam buat kek coklat ni kann.muehee.

Okeh.Saya dah bantu selesaikan semua kemusykilan agama dalam membuat kek korang yang banyak problem tu.Ucapkan terima kasih banyak-banyak kat akk Blogger ni, sebab saya kongsi tips ni yang saya jumpa dalam blog beliau :Secubitrahsia@Secukup rasa. 

Terima kasih sudi baca hingga ke ayat terakhir entri ini.Semoga bermanfaat kepada anda yang menghadapi masalah sama.Selamat mencuba dan Semoga kek anda menjadi.. :)

Boleh juga dapatkan resepi buat kek kukus coklat dengan sukatan cawan di sini : Cara Buat kek kukus Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan.

1 comment:

  1. Resipi yang boleh membuat nafsu meningkat, terima kasih.

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)