Jom Join Giveaway Akhir Tahun Daripada Blogger Hasrul Hassan

As Salam,
Entah.Tetiba pulak malam ini rajin blogwalking dan jumpa dengan sharing dari sebuah blog tentang Giveaway anjuran Blogger terkenal tanahair-Saudara Hasrul Hassan-Giveaway ni nampak menarik.Bukan sahaja sebab hadiahnya wang tunai ( nampak nau mata duitannya tu.haha) tapi tawaran template premium juga lebih menarik minat saya sebagai Blogger.Lagipun template yang ada sekarang dah lama tak diselenggara.huhu.

Kalau korang sempat nak join, klik je pic Abang Blogger Otai ni.heh.Kalau ikutkan dateline dia hari ni 30 November 2019, jam 11.59 malam.

Tugas kita yang nak join giveaway ni kena story atau bagi pendapat tentang Blogger Hasrul Hasan.Bagi saya pula, ini bukan kali pertama saya pernah story mory pasal Blogger Hasrul Hasan ni.Boleh search kat blog saya ni tentang Blogger Hasrul Hasan.

Ini juga bukanlah kali pertama saya join Giveaway yang beliau anjurkan, pernah juga dua tiga kali saya sertai giveaway yang lain sejak tahun 2011 lagi.

Blogger Hasrul Hassan Dari Sudut Pandang Cik Matahariku
Jujurnya sejak saya mula aktif berblog sekitar tahun 2011 hingga sekarang, Blogger Hasrul Hasan (HH) merupakan antara tempat rujuk dan sifu saya dalam berblog.Cakaplah apa sahaja tentang blog.Dari aspek memajukan blog,menaikkan traffik blog, menulis dengan SEO, memasang iklan dan tutorial blog, hampir semuanya saya perolehi dengan membaca blog saudara HH.

Kalau nak hitung amal jariah beliau terhadap kemajuan dan pencapaian blog saya pada hari ini, saya rasa "berat bahu" HH memikul pahala amal jariah beliau dalam berblog.hihi.InshaAllah.aamiin.

Belajar Menjadi Affiliate Marketer daripada Blogger HH
Seperkara lagi, dan inilah yang paling terkesan dalam peranan saya sebagai Blogger.Saya pun tidak pernah terfikir dan terjangkau dalam pemikiran bahawa saya boleh buat duit dengan blog.Tetapi hasil membaca, mengikuti dan memahami banyak perkongsian beliau dalam blog, saya mula belajar tentang dunia perniagaan atau marketing produk sebagai Affiliate.

Menjadi Affiliate mengubah persepsi saya tentang dunia blog.Zaman saya menjadi Blogger dahulu, sekitar tahun 2012-2015, sangat ramai geng blogger yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Namun ketika itu, tak ramai yang minat menulis di blog sebagai Affiliate.

Saya pula, pada awal menulis blog dengan kandungan Affiliate, saya ambil idea dan cara penulisan saudara HH dalam membuat promosi dan menjual produk hanya dengan melalui link yang diperolehi.Lama kelamaan, bila kita rajin membaca dan menimba ilmu ( walaupun banyak lagi ilmu Affiliate yang belum saya kuasai) saya mulai yakin menulis dengan hanya berkongsi link produk digital dalam blog.

Sehingga kini, saya sangat bersyukur dengan wujudnya blog yang penuh info blogging seperti Blog HH dan juga berdoa dan berharap beliau akan terus maju dan cemerlang pada masa depan.aamin.

Orait,sampai jumpa lagi.Thanks reading this entry:)


Post a Comment

2 Comments

  1. Akk belajar tak faham2 ttg affiliate tu, last2 tinggal jelah, dah malas, hihi..
    Moga cik Matahari terus success ye.
    Done follow back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..saya pun mula-mula terkial-kial jugak nak faham, tapi alhamdulillah, banyak panduan kalau kita nak cuba, kena cuba belajar lagi sis, it is pasif income yang sangat lumayan, cubalah..heheh..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!