Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Kek Hanya Dari Rumah ? Ini Tips Paling Mudah

As Salam,
Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Kek Hanya Dari  Rumah ? Ini Tips Paling Mudah-Saya bukanlah bakers yang buat kek untuk dijual.Saya cuma baking kalau datang mood rajin dan ada masa lapang.hehe.Tapi saya memang sangat berminat dengan biness kek dan memang respek kawan-kawan kat sekolah yang berjaya buat bisnes kek sebagai part time ( tapi income full time hokey.ahaks ).

 Ini antara bisnes kek lapis salah seorang rakan saya di Facebook.
Sangat moist, sedap dan berasa lemaknya:)

 Ini pual fruits Pastry cake-juga antara cake mahal yang pernah menjadi viral sebelum ini.

Pandan Cheese Cake yang pastinya ramai peminat yang tersendiri.Tambah lagi dengan limpahan cheese yang meleleh.Kek ini boleh jadi kek paling popular dalam satu-satu masa.

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Kek Hanya Dari  Rumah ? Ini Tips Paling Mudah
Saya sebenarnya mengikuti banyak  bacaan dari eBook sama ada berkaitan bisnes online, bisness dari rumah dan pelbagai cara jana income pasif yang mudah dan pastinya dengan pendapatan yang menarik. Kenapa nak dok sesaja tanpa income sedangkan kita boleh duduk sesaja dengan income beb? Betul kann?Lumayan pulak tu.Yang pasti, tak payah tunggu gaji  masuk tiap bulan.haha.

Orait, bisnes kek antara yang saya nampak sangat berbaloi untuk sesiapa sahaja yang memang handal buat kek.Walaupun bukan semua orang dilahirkan dengan bakat membuat kek yang sedap.Tapi pada masa ini, itu bukan masalah yang besar.

Kalau kita rajin dan mahu meningkatkan skill atau kemahiran diri, kita boleh belajar dari mana-mana sumber, sama ada secara online atau offline cara membuat kek yang sedap, cara buat dekorasi kek dan banyak lagi.Jadi, jika anda suka buat bisnes dan cari side income, dengan segala sumber dan peluang yang ada, apa lagi yang anda tunggu sebenarnya? Jom, kita mulakan sekarang.Buat bisnes kek bermula dari rumah:)-

 kek batik indulgence with cheese-Terbaik kalau dapat jual dalam mini pack.Memang ramai peminat kek batik viral ni.

tengok choclate ganache dia pun dah meletup kann. Ini kek batik indulgence Azlina Ina-

Kemahuan Yang Tinggi Untuk Mencuba dan Bermula
Apapun tindakan kita atau impian kita dalam hidup, yang paling penting tentunya kemahuan anda sendiri. Bila ada kemahuan yang tinggi, apapun impian akan tercapai dengan mudah.

Tips Memulakan Bisnes Kek Dari Rumah
  1. Mulakan dengan buat Mini Pack kek dahulu.Anda mungkin mempunyai senarai kek yang mahu dijual.Adalah sangat merugikan jika untuk kali pertama, anda menjual kek dengan saiz besar atau standard sebiji kek.Tak salah kalau customer yang order.Tips ini khas untuk kali pertama anda mula mempromosi atau memperkenalkan kek kepada pelanggan.Jadi, dengan memulakan promosi kek anda dengan saiz mini, anda dan pelanggan sama-sama selamat dari risiko membazir. Biasanya pelanggan mudah tertarik membeli pada saiz mini jika membeli untuk pertama kali.Kebaikannya ialah pelanggan boleh "taste" dahulu kek yang dibeli dan anda pula dapat kawal kos mengeluarkan kek atau bahan kek.
  2. Pilih Jual Kek Yang Paling Ramai Peminat-Yup! Mungkin kita handal dalam buat pelbagai jenis kek, tapi bukan semua jenis kek ramai peminatnya.Tengok sahaja bakers yang agak terkenal di Facebook, Saudari Azlina Ina, beliau mulakan fokus bisnes keknya dengan saiz mini dan jenis kek yang ada cheese.Maknanya, beliau tahu, sasaran pelanggannya ialah kek yang ada limpahan cheese.Anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.
  3. Letak Harga Permulaan Kek Dengan Harga Mampu Milik-Anda boleh tentukan harga dengan berdasarkan bahan, harga kos dan untung yang mahu diperolehi.Kalau anda masih tidak mahir, saya ada membaca sebuah eBook yang berkongsi tips dan cara menentukan harga produk yang kita mahu jual-Boleh klik pautan ini : Tips Tentukan Harga Produk Yang Mahu di Jual Dari Rumah- 
  4. Ambil Order Baru Buat Kek-Ini satu lagi tips menjual dari rumah yang paling mudah dan menguntungkan.Ambil order dari teman-teman atau pelanggan terlebih dahulu sebelum kita mula menyediakan kek.Ini bermakna kita hanya sediakan kek apabila ada permintaan.Sekali lagi kita boleh kawal kos perbelanjaan kita.Menarik bukan?
  5. Share di Media Sosial kek Jualan Anda-Ini  juga kemudahan sedia ada, percuma dan menguntungkan bagi geng bisnes di rumah.Gunakan akaun sosial media yang anda ada untuk memperkenalkan dan membuat promosi jualan kek yang anda buat.Tak payah share setiap minit atau jam, share sehari sekali pun dah okey sangat.Yang penting bila kat media sosial ni, foto yang kita upload, gambar makanan khasnya, mestilah sharp, cantik dan bikin air liuq meleleh bila depa dok pakat tengok.kiki.

Cukuplah sekadar 5 tips yang paling berkesan ini.Banyak lagi anda boleh dapat kalau anda rajin tambah ilmu dan menelaah eBook ini.


Semoga bermanfaat kepada anda semua, yang ada keinginan dan kemahuan untuk setup bisnes kek dari rumah.Setiap peluang buat duit atau tambah rezeki untuk keluarga, datang dengan pelbagai cara.Mungkin inilah "pintu" dan "kunci" kepada rezeki keluarga yang lebih berganda.

Semoga berjaya dan dipermudahkan semua:)




Post a Comment

7 Comments

  1. Betul sgat kak.. skrg bisnes mcm nie sgat menguntungkan.. yg penting minat n pandai.. kalau mcm sy nie buat kek utk diri sendiri ja haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, buat kek untuk asah skill dan untuk family je..tapi kalau yang memang pakar buat kek, harap tidak lepaskan peluang ni kann..

      Delete
  2. bestnya kalau ada kemahiran atau kerajinan untuk buat kek tuh.... sekarang kek marbel biasa tu pun ramai orang suka, janji rasa sedap dan harga berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kek marble memang ada peminatnya sendiri, dapat pulak kek yang moist, sedap dan makan time panas2..memang tak pandang lain dahh..hihi..

      Delete
  3. Terima kasih tips. Untung bisnes kek ni sekarang kalau tak ada kedai pun boleh buat dirumah dan pasarkan melalui online sahaja. Nak resepi pun senang, Google atau Youtube. Persoalannya samada mahu atau tak mahu. Isu modal boleh mulakan dari yg kecil dahulu atau ambil preorder.

    Comment by Jawatan Kosong

    ReplyDelete
  4. Sedap kek dalam blog ni, tapi nak berniaga sebaiknya kerja kat kedai kek supaya kita dapat ilmu lebih dalam pernigaan jual kek ni. kek permintaan yang sangat tinggi, untung siapa yang boleh buat kek dan berniaga kek ni.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!