Blog Cik Matahariku Capai 46 Juta Pageviews And 30 Days Left in December 2019 :)-

As Salam,
Blog Capai 46 Juta Pageviews And 30 Days Left in December 2019 :)- Haih.Barulah berkesempatan nak menaip dalam blog walaupun cuti sekolah dah seminggu berlalu. Kata cuti.Dengan laptop dan segala mak nenek berkaitan dengan kerja haruslah dilupakan dulu.kiki.


Orait, hari kedua dalam bulan Disember bermakna tinggal 30 hari sahaja lagi kita berada dalam tahun 2019.Tentu tak sabar nak bertemu tahun 2020 kan?Tahun 2020 ini, pertama kali ketika PM menyebutnya sekitar usia saya belasan tahun lagi.Itupun sebab teringat Wawasan 2020.Maha suci Allah yang menjadikan malam dan siang, sehingga saya tak sangka tak sampai sebulan pun lagi wawasan yang disebut-sebut tu bakal dinilai pencapaiannya.

Dulu, siap berkira-kira, masa tu entah hidup lagi entah tidak.Sekarang ni pun kita tak boleh jamin kita akan bertemu dengan tahun tersebut atau tidak kann?Marilah kita berdoa, jika Allah panjangkan usia kita lagi, kita mohon supaya hayat yang berbaki ini adalah kehidupan kita yang sentiasa dalam redho dan rahmatNya.aamiin.

Blog Cik Matahariku Capai 46 juta Pageviews!
Terus terang dan jujur saya akui, tatkala pageviews blog mencapai lingkungan jutaan views, perasaan excited atau terlalu teruja tidaklah begitu terasa.Saya hanya sangat gembira tatkala bilangan blog mula menjejak angka 1 juta views, selepas itu saya mulai sedar bahawa bukan lagi jutaan views yang saya mahukan.

pageviews blog ketika capai 45 juta views.Memang tak sempat nak up story pageviews 45 juta ni sebab kesibukan dengan program akhir tahun di sekolah.huhu.

Paparan pada meter pageviews dalam Blog Cik Matahariku

Ini pula pencapaian 46 juta pageviews terkini di Blog Cik Matahariku:)

Saya perlu pastikan readers yang sampai ke blog saya benar-benar mendapat manfaat dan kebaikan daripada apa sahaja yang saya kongsikan dalam blog.

Dengan niat dan azam yang begitu, saya mula merancang dan memastikan, jangan kongsi hal-hal yang mengarut dalam blog kecuali jika saya boleh pastikan readers blog ini akan dapat kebaikan.

Menulis bagi saya bukanlah perkara mudah.Macam sekarang ni.Saya hanya mahu berblog bila saya ada story dan mood untuk menaip.Inilah hobi namanya.Kita akan selalu ada masa untuknya biarpun kita sibuk sebab ia benda yang kita suka.Bila buat perkara yang kita suka, ia tidak memenatkan, tidak membosankan dan ia amat mengembirakan.Percayalah!

Simbol atau logo Blog yang paling lama saya guna untuk Blog Cik Matahariku.Saya harap sign ini mudah dikenalpasti oleh readers blog dan tak fikir panjang untuk klik jika ia brand Cik Matahariku:)heheh.

Kepuasan Berblog bila Readers kenal Brand kita
Ceh.Bajet macam blog dia dah terkenal seantaro dunia.kiki.bertabahlah.Baru-baru ini, beberapa kali saya perasan ada readers atau pelawat blog yang mencari digoogle search dengan keywords ini : Resepi Cik Matahariku- wahh.bukan main kembang lubang hidung saya tatkala memerhatikan keywords tu.haha.

Sedikit sebanyak, saya percaya ada readers yang tahu saya banyak kongsi resepi dalam blog personal ini.Harapnya bila mereka cuba resepi di blog ini ia adalah resepi yang sedap, mudah dan menjadi.Kalau tak menjadi itu bukan salah saya tapi mungkin salah korang yang memahami resepi.muehehe.gurau je ok!

And 30 Days Left In December
Apa nak buat ya, ada lebih kurang 30 hari sahaja lagi sebelum kita menjengah tahun 2020.Kalendar Disember saya dah hampir penuh dengan pelbagai urusan, khasnya tarikh-tarikh penghujung cuti sekolah, GB dah book semua tarikh hujung bulan untuk meeting sekolah yang pelbagai.huhu.Nak lari mano lagi.

Apapun, bagi diri saya, inilah masa yang saya inginkan untuk merancang hidup yang lebih baik.Meskipun kita tidak tahu apakah panjang lagi usia kita atau tidak, kita disarankan supaya memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.wallahualam.

Semoga dipermudahkan semuanya! sampai jumpa lagi:)


Post a Comment

4 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!