Kisah Saya Mula Amalkan Solat Tahajud Hanya Kerana News Feed Rakan di Facebook

As Salam,
Alhamdulillah.Akhirnya, Allah beri jalan dan ilhamkan saya untuk berkongsi entri ini setelah beberapa lama saya menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman saya yang sedikit ini.

Saya tahu, saya bermula dengan asbab yang sangat kecil.Mungkin bagi orang lain, tapi sangat besar dan sangat berharga bagi saya.Jika tidak kerana ada sahabat di FB yang tidak jemu berkongsi dan mengajak kepada hal ini, pasti saya juga lalai dan membiarkan hidayah Allah berlalu sepi begitu sahaja.

Salah seorang kenalan di FB yang saya kenali sebagai Puan Mona Din, seorang bisneswomen yang berjaya dalam bidang fesyen Muslimah-Pencetus dan motivator kepada diri saya untuk cuba dan istiqamah mengamalkan Solat tahajud.


Apakah Solat Paling Utama Selepas Solat Fardhu Lima Waktu? Dan Mengapa Solat Ini Disebut-sebut Sebagai Solat Yang Utama Selepas Solat Fardhu ?
Baik, saya ulang tajuk entri ini sekali lagi.Mungkin ramai redaers blog ini yang sudah maklum akan jawapan kepada persoalan ini.Solat paling utama selepas solat fardhu lima waktu ialah solat sunat yang dilakukan pada malam hari atau atau pada sepertiga malam.Solat apakah itu? Inilah yang ingin saya katakan kepada anda semua, solat yang dimaksudkan ialah solat Tahajud.

Saya mempunyai dua kenalan di FB yang akhirnya telah mendorong saya untuk mula mengamalkan solat tahajud.Saya bukanlah seorang ustazah atau mendapat pendidikan formal dalam aliran agama.Saya cuma ada basic ( yang masih longgar ) dalam pendidikan agama sebab saya bersekolah agama secara formal dari darjah satu hingga darjah khas ( tatkala usia lingkungan 7 tahun hingga 14 tahun ).Selepas itu, saya hanya belajar agama di sekolah menengah dalam subjek Pendidikan Islam.Selebihnya, bila di Univ, saya mengikuti kumpulan usrah dan belajar sendiri berkaitan hukum-hukum asas dalam Fardhu ain.

Kelebihan sedikit pada saya ialah apabila saya rajin membeli buku-buku agama untuk menambah ilmu dan belajar sedikit-sedikit tentang agama Islam.Inilah mulanya bagaimana saya mula memperbaiki diri sendiri dan berusaha untuk menjaga ahli keluarga saya khasnya dari azab kubur dan siksaan api neraka.Nauzubillah.

Jadi, apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya ?
Tak payahlah serius sangat kan.hihi. Saya ingin berkongsi mengenai Solat Tahajud.Solat yang saya anggap "hadiah" atau "anugerah" daripada Allah kepada kita semua.Tapi rupanya tak ramai yang mahu terima "hadiah" ini.

Saya pun sama macam anda semua yang sedang membaca entri ini. Buat solat lima waktu pun ada masa kita kelelahan.Ada masa kita tak sedar pun yang kita sedang solat.Tahu-tahu dah bagi salam.Allahuakbar.Tapi begitulah kasih sayang Allah.Dia nampak.Dia Tahu.Kita solat pun tak serius.Solat wajib tu.Tapi sebab rahmat Allah tu sangat luas.Inilah yang saya sangat yakin dan percaya.

Walau kita buat jahat atau dosa, rahmat Allah tu mengatasi segalanya.

Apabila sering dan acap kali saya perasan status seorang sahabat di FB yang mengajak supaya mengerjakan Tahajud, hati saya akan berdetik begini : Kenapa dia ni rajin sangat ajak orang solat tahajud? setiap hari dan setiap kali ada news feed baru, sahabat FB saya ni hanya mengajak kepada tahajud.



Seorang lagi, tentang kenalan di FB.Saya ni kategori pengikut dan peminat utama beliau di FB.Sehinggakan saya set FB beliau sebagai "see first" dalam setting akaun FB saya. Mulanya saya follow beliau sebab saya suka akan perkongsian beliau tentang keluarganya, aktiviti bisnesnya dan banyak lagi.Rupanya saya perasan selepas itu, kenalan ini juga akan memulakan rutin news feed di FBnya dengan mengajak teman-teman dan pengikutnya di FB dengan bangun sepertiga malam dan mengerjakan tahajud.Subhanallah.


Syukurnya kalau anda juga ada kalangan teman-teman di FB yang begini.Mereka berdua inilah, secara peribadi saya anggap sebagai pencetus, motivator dan yang memberi inspirasi serta asbab saya mendapat hidayah untuk bergerak dan bertindak mengerjakan solat Tahajud secara perlahan dan berdikit-dikit.


Maksudnya disini, saya bermula dengan hanya buat solat tahajud jika tidak penat, time cuti dan ada mood.Teruk kann.huhu.

Keajaiban Solat Tahajud
Sesungguhnya.Saya ulang sekali lagi.Rahmat Allah sangat luas dan tidak bertepi.Pada asalnya, saya mahu solat tahajud sebab saya ingin tahu apakah kebaikannya untuk saya.Anda nak tahu apa yang saya dapat bila mula mengamalkan solat tahajud secara berdikit-dikit?

Saya akan terjaga sendiri sekitar jam 3.30 pagi.Mulanya saya akan buat tidak tahu dan teruskan tidur.Tapi saya akan terjaga untuk tempoh seterusnya sehingga hilang semua mengantuk saya.Dan waktu itu, saya akan teringat untuk ambil wudhu dan buat solat tahajud.Selepas itu, saya sambung tidur semula.

Ianya tidak habis di situ.Hampir setiap malam begitulah rutinnya.Sehingga saya akan hilang mengantuk dan terjaga.Saya akan dengan mudah ambil wudhu dan buat solat tahajud dua rakaat.Dalam pada itu, saya mula memperbaiki tatacara solat saya dengan berdoa yang lebih panjang, berzikir lebih lama, sebab waktu yang sunyi dan saya tahu-Allah ada untuk mendengar semua permintaan, keluhan dan aduan saya.Subhanallah.

Keajaibanya ialah apabila saya akan terasa menyesal, terasa rugi yang amat sangat jika saya terlepas solat tahajud dalam satu-satu hari.Pernah juga saya berkejar-kejar mengerjakan sola tahajud sebab tinggal beberapa minit sahaja lagi azan subuh akan berkumandang.Allahu.( Jangan contohi saya dalam part istiqamah ni.Masih berjuang untuk istiqamah sebenarnya! )

Rupanya, dalam hidup kita ini, bila kita menginginkannya, dengan niat yang baik, InshAllah, Allah pasti akan tolong kita.Pasti.Percayalah.Ya.Walaupun kita tahu, kita ni masih jahat, belum lagi baik, masih lagi berdosa, masih lagi belum bertaubat.Allah akan tolong kita.

Jika anda google sendiri, anda akan menjumpai banyak artikel yang berkongsi tentang fadilat, kelebihan, kebaikan dan segala macam keistimewaan solat tahajud ini.Jadi, saya hanya akan kongsikan pengalaman saya sendiri apabila saya cuba istiqamah mengerjakan tahajud.

Fadilat yang Saya Perolehi Selepas Mengamalkan ( walaupun ada masa tertinggal juga ) Solat Tahajud :
  1. Perkara pertama yang sangat berubah dalam hidup saya sejak dua tahun ini ialah perasaan dan jiwa yang sangat tenang.Bukan tiada masalah atau kesukaran, tapi perasaan tenang tu macam kita rasa relax je.Perasaan yang kita rasa bila kita anggap semua masalah boleh setel dan sangat mudah untuk dilalui.
  2. Banyak doa-doa yang Allah kabulkan dengan lebih cepat dan doa menjadi sangat makbul.Subhanallah.Inilah yang saya rasa perubahan dalam hidup saya.Impian dan hajat dalam hidup saya semakin mudah diperolehi dan dicapai.
  3. Semua urusan keluarga, pekerjaan, apa sahaja urusan saya menjadi sangat mudah, dilorongkan jalan yang luas, sehingga saya merasa ada sahaja "orang lain" yang tiba-tiba datang dalam hidup saya, setiap kali saya perlukan pertolongan.
  4. Kejayaan lebih mudah dicapai.Sama ada kejayaan untuk suami dan anak-anak juga diri saya sendiri.Ada masa saya perhatikan, kami mungkin tidak layak, tapi Allah kurniakan kejayaan itu.Mungkin asbab rezeki anak-anak.
  5. Tiada lagi masalah kewangan yang serius.Ini seperkara lagi yang saya sedari.Walaupun komitmen kami banyak, walaupun belum sampai hari gaji, kami hampir tidak menghadapi masalah tak cukup wang perbelanjaan.Semuanya cukup!
  6. Kesihatan tubuh badan.Saya memang jarang sakit sejak dulu.Cuma kali ini saya sedar saya tiada masalah penghadaman lagi.Walaupun saya kategori overweight ( entah dah obes agaknya.haha) saya tidak mengalami sakit kaki, dan sakit-sakit lain.alhamdulillah.
  7. Diberikan ilham dan idea, kemudahan menyelesaikan masalah kerja dengan lebih baik.Apabila kita diberikan idea, ilham dan cara menyelesaikan masalah, ia menjadikan semua tugas atau tanggungjawab yang berat menjadi mudah.
  8. Anak-anak mudah mendengar nasihat teguran dan mudah diurus.Anak-anak mahu mendengar kata, lembut hati dan tidak bergaduh sesama sendiri.
Alhamdulillah.saya sebenarnya masih jauh dari sempurna dalam hal-hal ini.Saya cuma memikirkan bila saya sudah tiada lagi, apakah yang dapat saya "wasiatkan" kepada pembaca blog ini.Jadi, saya mengambil inisiatif ini, ingin jadi seperti sahabat dan kenalan saya di FB, menjadi asbab kepada orang lain mendapat hidayah Allah.aamin.

Semoga bermanfaat, selamat memulakan solat tahajud dan istiqamah:)

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah. Orang macam ni yang kita patut friend ni FB. Posting yang membawa ke arah kebaikan. Semoga kita sama-sama dapat buat amalan tahajud ni dengan istiqamah. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, saya follow FB pn Mona ni pertama kali selepas baca perkongsian beliau tentang kisah disebalik penutupan banyak butik-butiknya.Sejak itu, baru saya perasan every first day posting beliau ialah tentang Tahajud.

      Delete
  2. Alhamdulillah ...semoga kita selaly diberikan kawan dunia dan akhirat...terimasih byk telah kongsi artikel ini...inpirasi hidup untuk lenih dekat dgn Allah swt...semoga sya dimudahkan...amien...was..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah rezekikan kita beramal dengan solat sunat Tahajud yang begitu banyak kelebihannya, jika kita mahu ambil tahu tentang solat ini.aamin.

      Delete
  3. Kak Mona is my best mentor since bila.. Since dia ada kak MA.. She's really inspired me.. Coz I pun ada anak syurga dan kami pernah jumpa beberapa kali. 😍.. Pasal solat tahajud yg di amalkannya pun menjadi sumber inspirasi..semoga kita semua terus berisriqomah bertahajud.. Dan dari situ juga saya start mendapat byk petunjuk especially berkenaan akhirat tempat yg amat kita nak pergi ialah syurga firdaus..now saya tgh istiqomah mmbc al Mulk dan Waqiah setiap mlm bersama ustaz Faliq di fb live. Slowly but surely.. Saya mmg x minta kekayaan di dunia.. Tetapi kaya di sana dan mati dlm husnul qatimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sy pun sedang berjihad untuk mengamalkan AL Waqiah dan Al Mulk..kadang susah juga nak istiqamah, tapi rupanya Allah tahu kelemahan dan kekurangan kita.Saat kita mahu dan berniat untuk melakukannya,DIA akan lorongkan jalan yang luas buat kita.aamin.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!