Tips Mudah Menjadi Peniaga Atau Seller di Lazada Dengan Untung Lumayan

As Salam,
Tips Mudah Menjadi Peniaga Atau Seller di Lazada Dengan Untung Lumayan-Maklumlah cuti-cuti sekolah ini, saya memang banyak masa untuk explore macam-macam benda kat internet.Dari layan drama korea yang best, saya scroll juga youtube yang kongsi pelbagai video, biasanya video masak-masak dan ceramah, ada juga saya saja tambah ilmu ( ecehceh) berkaitan bisnes online.

Menjadi Seller di Lazada antara cara Mudah memulakan bisnes Online kita buat pertama kali.
Lazada mempunyai bilangan pengunjung yang memang mahu membeli, yang sangat ramai.Hampir 700 ribu setiap hari.

Yup! saya memang minat dunia bisnes.Macam awak! Ya, macam awak dan korang yang suka buat bisnes.Bezanya saya minat tapi still ada kerja hakiki yang kena uruskan.Jadi, minat online bisnes ni saya buat dengan cara saya sendiri.

Korang pun mungkin minat online bisness kan.Tapi tak tahu nak mula dari mana atau dengan apa? Kadang-kadang kita tengok kawan-kawan buat bisnes online macam mudah je kan.Hari-hari dia update pasal jualan yang sold out atau hari-hari customer order barang.Sebenarnya, bila saya teliti dan saya buat sendiri ( dengan cara saya sendiri) apa yang korang tengok tu memang betul dan bukan fake, okey.serius.

Depa memang dapat sale lumayan dan memang sedang buat untung berganda dengan bisnes online.Kita pulak, sampai bila kita nak LIKE status kengkawan kita yang buat bisnes tu.Kita minat.Tapi ragu-ragu nak jual apa dan boleh untung ke?

Inilah e-Book yang mengandungi panduan dan tips lengkap menjadi Seller di Lazada dengan untung yang lumayan dengan pendapatan sehingga empat angka sebulan.

Menjadi Seller Di Lazada Sangat Menguntungkan!
Menurut sebuah e book yang telah saya baca, menjual di lazada bagaikan lubuk emas bagi ramai seller.Kenapa depa kata begitu ? Sebab orang ramai melawat Lazada, bukan macam orang layan FB atau Insta, yang sekadar untuk bersosial di alam maya.

Mengikut data, hampir 700 000 pelawat mengunjungi website Lazada setiap hari. Pelawat atau pengunjung ni pula, bukan datang saja-saja, melainkan memang datang untuk membeli secara online.Apa maknanya ni semua?Sudah tentu, mereka atau pelawat-pelawat ini adalah pelanggan atau pembeli segala produk yang dijual di Lazada.

Kenapa pula saya kata menjadi seller Lazada tu menguntungkan ? 
Yup, banyak untungnya.Mungkin kali pertama kita upload produk kat store kita di Lazada belum ada orang nak beli.Tapi dari aspek lain, kita dah untung dari aspek nak promote produk tiap masa, nak layan wassap bagai, itu belum lagi kalau kita bukak kedai, nak kena bayar sewa, nak siapkan rak display produk dan macam-macam lagi. Bab ni memang dah jimat banyak.

Bila 700 000 orang datang lazada setiap hari, pasti sedikit sebanyak store kita di Lazada juga akan ada pelawat yang terjah bukan.Eh, saya cerita ni untuk geng-geng yang dah pernah lawat website Lazada tau.At least, korang dah boleh bayangkan rupa kedai kat Lazada tu.

Tambah lagi, website jualan online seperti Lazada memang rajin buat sale atau promosi.Hampir setiap bulan.Kita yang jadi seller ni, memang tumpang gembira dan bahagia, sebab dari segi promosi sale atau promosi ni, dah sah-sah pihak Lazada yang akan up dalam iklan official depa kan.Alahai, senangnya jadi Seller di Lazada.ahaks.

Nak cuba tak, jadi Seller kat Lazada ?
Senang je. Kalau nak tahu cara daftar atau segala keperluan untuk setup shop kat Lazada, saya cadangkan korang dapatkan panduan, tips dan miliki e Book yang saya perolehi dari sini   :
Apa yang kita akan perolehi dengan eBook untuk Mulakan bisnes di Lazada ?
  1. Cara Daftar Sebagai Seller di Lazada
  2. Cara Listing Produk
  3. Cara Proses Order
  4. Cara Selesaikan Masalah Customer
  5. Cara Promosi Produk
  6. Cara Design Lazada Store
  7. Cara Promosi Lazada Stor
  8. Tips Dapatkan Sumber Borong Produk
  9. Tips dan Teknik Menjual Barang Dropship di Lazada
  10. Dapat dua buah e Book Percuma yang lain berkaitan cara menjual di Lelong.com dan gaya santai urus bisnes di Lazada.
Pada pendapat saya secara peribadi, sudah sampai masa kita berhenti dari hanya menjadi pemerhati dan saksi kepada kejayaan orang lain dalam menguruskan kehidupan mereka.Kita juga ada potensi dan keupayaan untuk bangunkan kehidupan keluarga kita dengan lebih baik.

Jadikan Pengurusan Kewangan keluarga kita lebih baik dan lebih hebat dengan untung berganda dalam bisnes online.Peluang sentiasa ada terbuka, apa kata kali ini kita cuba dan bertindak untuk memulakannya.

The Action is Yours.Do it Now:)



Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!