As Salam,
Rangupnya Jejari Sweet Potatoes- Hari ke-13 kita dok diam-diam dalam rumah dek mematuhi arahan PKP.Bila masuk fasa kedua PKP, teringat pula kata-kata PM kita yang lebih kurang begini bunyinya : kita perlukan kesabaran untuk melalui ujian penyebaran wabak pandemik COVID-19 ini, tapi hanya orang-orang yang tabah sahaja yang akan berjaya melepasi dugaan dan ujian ini.
Jejari Ubi Keledek Oren digoreng dengan tepung gandum-menjadi rangup dan manis rasanya.Cicah pula dengan sambal kicap johor.Memang ngam kan!
Korang macam mana.Sebagaimana tabahnya mereka yang terlibat secara langsung menanggani wabak covid-19 ini, begitulah sepatutnya kita contohi.Lebih-lebih lagi kita ini diuji dengan rasa selesa sebab "ditugaskan" duduk di rumah diam-diam.Bagi saya secara peribadi, kita yang ditugaskan di rumah ini turut berdepan ujian yang sulit (jika kita menyedari dan muhasabah diri kita).
Ubi keledek oren ni sebenarnya korang rebus je pun dah sedap makan gitu.Tapi saya pun dah rebus, dah goreng macam orang buat jualan kat warung tu.Tu yang kali ini saya buat style jejari untuk tarik perhatian anak-anak dan bapak anak.ahaks.
Siapalah yang sanggup bertahan dengan ujian perasaan sihat, lapang, senang? Itulah kita, bukan?Kita yang ahli keluarga tidak terlibat secara langsung sebagai frontliner wabak ini.Allahu. Ada suami depan mata.Anak depan mata.Hari-hari bersama siang dan malam.Semoga Allah lindungi dan pelihara hati kita supaya sentiasa ingat dan perbaiki diri dan amalan dalam waktu yang mencabar ini.
Korang buat apa time minum petang kat rumah? Saya pun sebenarnya tak gigih sangat nak buat minum petang bagai, tapi sebab saya jadualkan time makan.Cuma, beberapa hari lepas, saya dapat stok ubi keledek putih dan oren yang agak banyak dari Kak Ateh saya di Sepang, jadi kepala otak kena lah mikir menu yang sesuai nak manfaatkan ubi keledek tu semua.Rezeki berkebun abg ipar saya tu:)
Cara Menyediakan Jejari Sweet Potatoes ( Ubi keledek Oren ).
Korang buat apa time minum petang kat rumah? Saya pun sebenarnya tak gigih sangat nak buat minum petang bagai, tapi sebab saya jadualkan time makan.Cuma, beberapa hari lepas, saya dapat stok ubi keledek putih dan oren yang agak banyak dari Kak Ateh saya di Sepang, jadi kepala otak kena lah mikir menu yang sesuai nak manfaatkan ubi keledek tu semua.Rezeki berkebun abg ipar saya tu:)
Cara Menyediakan Jejari Sweet Potatoes ( Ubi keledek Oren ).
Kupas ubi keledek oren, cuci hingga bersih dan potong bentuk panjang atau jejari.
Jejari ubi keledek yang dah siap digoreng.Tak sempat nak ambik pic time bancuh tepung sebab saya buat sorang-sorang.Tak dan nak pegang HP. Kalau nak sediakan bancuhan tepung, saya gun bahan yang simple je iaitu tepung gandum, garam, air sejuk coway, satu sudu kecil baking soda dan sebiji telur gred c. Gaul semua dan bancuh sampai jadi adunan yang cair macam kita nak goreng pisang tu.Lepas tu panaskan minyak, celup ubi keledek dalam bancuhan tepung, dan goreng.
Orait, kalau korang nak cuba kat rumah, bolehlah buat sendiri.Bahannya sangat mudah, hasilnya jejari ubi keledek menjadi rangup dan enak.
Jemput makan dan selamat mencuba semua:)
Thanks reading this entry guys! Jumpa lagi, soooon:)
5 Comments
adus mmg sedap makan cicah dgn sambal kicap!
ReplyDeletekalau makan gitu je dah sedapjugak sebab ubi keledek ni rasanya cukup manis..:)
Deletebiasa orang buat keping2, sesekali buat bentuk jejari gini menarik jugak kan...
ReplyDeleteha ah, saya biasa goreng yg keping2 tu je..tapi saja nak ubah style potongan ubi keledek..hehe..
Deletelepasni bolehlah goreng tempe pulak
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!