As Salam,
Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan-Alhamdulillah.Selamat meneruskan ibadah puasa hari ke-2 kita pada hari ini.Semoga terus kuat, sabar, bermotivasi dan ikhlas dalam menjalani ibadah-ibadah yang lain juga selain berpuasa.Bulan ini bulan kita "berperang" dengan hawa nafsu.Dan ini adalah peperangan yang sering sahaja kita kecundang.Allahuakhbar.
Air minuman sagu gula melaka by Khairul Aming
Orait, pagi-pagi tadi saya terjumpa pulak posting terbaharu instafamous amos Khairul Aming mengenai minuman yang tidak kurang hebat enaknya.haha.Kemain bulan puasa cerita pasal air minuman yang sejuk dan sedap.Namanya Air Minuman Sagu Gula Melaka.
Sebenarnya, kita dah biasa dengar pun nama air sagu gula melaka ni.Saya pula biasa sebut kuah sagu gula melaka.Cuma yang saya jadi seronok nak kongsi dalam blog ni sebab style Khairul Aming sediakan air sagu gula melaka ni siap dengan ais ketul bagai tu, buat kita rasa dahaga nak minum air sekarang.kiki.
Resepi dan Cara Menyediakan Air Minuman Sagu Gula Melaka
Sumber resepi : Khirul Aming ( klik untuk lihat video penyediaan air sagu gula melaka)
Bahan2/Ingredients:
🌕1 periuk air mendidih (1 pot boiling water)
🌕1 cawan sagu/sago (1 cup sagu/sago)
🌕3 sudu sirap (3 tbsp rose syrup)
🌕2 cawan air (2 cups water)
🌕2 helai pandan (2 pandan leaves)
🌕2 keping gula melaka saiz sederhana (2 medium sized palm sugar)
🌕1 sudu gula pasir (1 tbsp white sugar)
🌕Susu cair (evaporated milk)
Step By Step Bergambar Menyediakan Air Minuman Sagu Gula Melaka
Korang sediakan biji sagu yang dah basuh bersih dan masukkan dalam air yang mendidih.Kalau saya buat sagu, biasanya saya rendam sekejap dalam 30 minit.
Masukkan juga sirap rose dalam 3 sudu makan. Kemudian kacau bagi rata.
Ini rupa biji sagu korang yang dah dicurah dengan sirap rose.Boleh juga kalau ko nak guna perisa pandan atau kaler hijau, biru, oren.Tak kisah.Sebab kita yang buat dia.Rasanya perisa jagung pon sodap kan.hehe.
Ini pula menunjukkan biji sagu kita dah hampir masak sebab kita boleh tengok pada air rebusan yang semakin likat dan juga kita dapat lihat biji sagu semakin jernih macam mata ikan.
Macam biasa, bila biji sagu dah kembang dan bertukar jernih, kita angkat dan toskan dia bawah air paip yang mengalir.Tujuannya nak hilangkan kanji yang ada kat biji sagu tu.
Dalam periuk lain, korangs ediakan air gula melaka pulak.Masukkan daun pandan dan gula melaka dalam dua keping.
Masukkan juga dalam satu sudu gula pasir. Kacau sehingga larut gula pasir dan gula melaka.
Siapkan cawan yang sedia berisi ais cube dan tuang air gula melaka.Ikut korang nak banyak mana gula melaka ni.Tak payah banyak sangat, sebab nnati kita akan tambah lagi susu cair.
Masukkan pula biji sagu yang dah disejukkan tadi.Warnanya yang berkilat menunjukkan biji sagu ini sangat lembut dan pastinya sejuk bila lalu kat tekak.haha.
Orait, inilah hasilnya.Jangan lupa masukkan juga susu cair bagi melengkapkan rasa air sagu gula melaka korang.Mesti berebut anak beranak nak minum air ini untuk berbuka puasa nanti.heh.
Selamat mencuba semua:)
3 Comments
Minuman yang menyegarkan untuk berbuka puasa tu... selamat berpuasa buat Cik Matahariku sekeluarga.
ReplyDeleteBest tengok khairulaming punya resepi, simple dan mudah... ada lg sorang kawan dia pun suka share resepi mudah jugak
ReplyDeletemengancam.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!