As Salam,
Pulut Serunding Kelapa Yang Sangat Lembut Dan Sedap- Saya dan Encik Suami merupakan peminat pulut kukus yang boleh tahan jugak tegarnya.haha.Apa sahaja makanan, yang berasaskan pulut, haruslah kami mencubanya.Cuma sejak saya jadi mak-mak ni, kalau nak cuba, dah tak boleh tunjuk sahaja, kenalah belajar membuat sendiri di rumah.Barulah berbaloi untuk keluarga.
Pulut serunding kelapa antara kuih warisan masyarakat Jawa yang biasa di temui di Johor dan Selangor. Tapi sekarang ni, kat mana-mana pun boleh jumpa pulut serunding,kat Nogori pasir berdengung ni pun banyak!
Time vitamin R tengah over dose ni, bolehlah cakap macam tu kann.hiks.Biasanya kalau hari bekerja, saya pun tak rajin nak menelaah resepi dan menyediakan kuih untuk minum petang.Tapi untuk berbuka puasa kali ini, saya ada buat pulut serunding kelapa selain hidangan utama yang lain.
Bila buat sendiri di rumah, saya suka buat saiz bulat kecil-kecil macam ni supaya anak-anak senang nak makan dan ngap terus.hehe.
Kuih ini agak nostalgia bagi saya sebab time sekolah rendah dulu, saya suka beli pulut serunding ni yang dijual dikantin sekolah dengan harga cuma 20 sen seketul.Tapi masa tu, sangat puas hati.Makcik kantin tu punya bulat dan besar dia buat pulut serunding, memang berbaloi bayar 20 sen.haha.
Resepi Pulut Serunding Kelapa yang Sedap
Sumber Asal resepi serunding : Amie Kitchen
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan Pulut Kukus
Beras Pulut 1 cawan
Santan Cair 1 1/2 cawan
Garam 1/2 sudu teh
Sedikit minyak ( disapu pada loyang )
pulut yang sudah dikukus.Saya memag suka akan pulut yang lembut begini.Rasa pulut yang lembut akan menyebabkan pulut serunding ini lebih enak:)
Cara Menyediakan Pulut Kukus
- Rendam beras pulut dalam 30 minit- 1 jam
- Toskan air.Sapu loyang dengan sedikit minyak.
- Larutkan garam dalam santan cair.
- Masukkan pulut dalam loyang dan santan cair bersama larutan garam dalam beras pulut.
- Kacau hingga sebati.
- Kukus beras pulut sekitar 25-30 minit atau sehingga beras pulut benar-benar tanak.
- Angkat loyang dari pengukus, sejukkan pulut sebentar sebelum kita kepal atau bentukkan bulat dan golek-golek dalam serunding kelapa.
- Sedia untuk dihidang:)
Serunding kelapa dengan gabungan udang kering, bawang, ketumbar serta cili dan serai membuatkan aroma serunding kelapa ini sangat sedap untuk dimakan bersama pulut.
Bahan-bahan Untuk Serunding kelapa
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar ( saya blend)
5 biji cili kering - kisar ( saya guna 3 sudu makan cili kering blend)
2 ulas bawang putih - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - hiris halus – kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar minyak
satu sudu makan ketumbar ( saya tambah)
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan Serunding Kelapa
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan kelapa parut, gula dan garam.
Kacau serunding hingga kering dan sedia diangkat.
Cara Menyediakan Pulut Serunding Kelapa
Bahan kisar sedang dimasak dalam kuali.Bahan kisar ini termasuklah udang kering, cili kering blend, bawang merah dan putih, serai dan serbuk ketumbar.
Kelapa parut sudah dimasukkan dalam bahan kisar tadi. Sebelum itu, pastikan bahan kisar tadi sudah terbit minyak, barulah kita masukkan kelapa parut ya.
Serunding kelapa yang sudah kering dan sedia untuk digaul bersama pulut
Pulut dan serunding kelapa sedia untuk dibentuk dan menjadi bebola pulut yang enak.
Dah namanya cikgu kot, saya memang tak reti buat kerja kalau takde SOP.haha. saya bentukkan saiz bulat-bulat dulu pulut tu, barulah saya golek atas serunding kelapa.Tujuannya supaya tangan saya pun tak comot dengan serunding bagai. Saya guna sarung tangan plastik time bentukkan pulut tu.Maklumlah kalau tidak melekit-lekit tangan kita.Mana nak ambik photo lagi.Eh..itulah sebabnya yg sebenar! sambil buat kerja sambil nak ambik photo.kiki.
Bolehlah ni kann.Nak bagi senang anak-anak kat rumah n anak-anak jiran nak ngap nanti:) Dengan resepi ini saya dapat hasilkan 22 ketul pulut serunding.Separuh untuk ahli rumah berbuka, separuh untuk jiran depan rumah yang sangat baik kepada kami sekeluarga:)
Alhamdulillah.Happy sangat dapat berbuka puasa dengan menu Pulut Serunding kelapa ni.At least mengubat kerinduan saya pada kampung halaman..huhu.
Selamat mencuba semua:)
6 Comments
Sedapnyaaaa! teringin pula nak buat benda ni rasanya hehe.
ReplyDeleteSuruh mak buat la esok!
Singgah dan follow sini ya. Jemput berkunjung ke blog saya jika berkelapangan.
alhamdulillah, benda-benda makanan yang menggamit memori ni memang akan bertambah sedap sebab kita akan teringat moment manis waktu dulu-dulu..heheh...
Deletenampak kesedapannya.
ReplyDeletealhamdulillah, memang sedap ni WP, harus cuba..:)
ReplyDeleteaduh sedapnya. kebanyakan kuih berasaskan pulut sukaaaa hehe
ReplyDeletekann..saya pun sama, suka kuih atau makanan yg berasaskan pulut..:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!