Murtabak Mini Kulit Popia Dengan Inti Sardin Yang Sedap Buat Hidangan Sarapan Pagi Atau Minum Petang

As Salam,
Murtabak Mini Kulit Popia Dengan Inti Sardin Yang Sedap Buat Hidangan Sarapan Pagi Atau Minum Petang- Musim PKP ni ramai yang kata yang tak pandai masak dan pandai masak, macam-macam resepi dicuba oleh mak-mak.ahaks.Den pon teraso jugak.hiks.

Kalau saya pula, selain nak cuba resepi baru, saya memasak juga sebagai salah satu terapi dan bahan untuk update dalam blog.Bila kita dapat buat benda yang kita suka, memasak contohnya.Ia memang satu terapi dan buat jiwa rasa happy dan bahagia.Tambah lagi kalau En Suami dan anak-anak suka dengan apa yang kita hidangkan.kann. Apapun, selama kita ada masa untuk mengembirakan dan membahagiakan insan-insan yang kita sayang, buatlah dengan sebaiknya.Buatlah dengan ikhlas, dengan hati yang riang.Allah akan mudahkan semuanya untuk kita, InshaAllah.

resepi cikmatahariku murtabak mini kulit popia inti sardin
Murtabak mini inti sardin dengan menggunakan kulit popia ini dah viral sejak dua tahun lepas lagi.Almaklumlah, bila cuti panjang ni, banyak masa dan banyak benda nak explore.Baru ada masa nak cuba membuatnya.hihi.

murtabak mini kulit popia resepi cikmatahariku
saya buat murtabak mini dengan dua versi.satu set saya buat yang rangup dengan goreng minyak yang lebih sedikit, satu set lagi saya goreng dengan minyak yang sedikit sahaja.Dua-dua pun sodap.Sebab yang paling sedap ialah intinya! kulit popia tetap rasa sama.hehe.

cara buat murtabak mini kulit popia
Ini murtabak yang saya goreng dengan minyak yang sangat sedikit.saya just sapu-sapu minyak sikit kat kuali.Yang ini pun, dekat 4 keping budak kemetot kat rumah ni makan.Mulanya dia jual mahal.Lepas dah ambik sekeping, 3 keping lagi dibelasahnya.ha, ambikk!

Yup, kali ini saya buat Murtabak Mini dengan menggunakan kulit Popia.Murtabak ni dah viral sejak dua tahun lepas lagi.Time saya belek-belek resepi nak buat murtabak mini ni, saya pun terfikir.Nampak sangat saya tak update dengan benda-benda viral ni kann?heh.

Step By Step Menyediakan Murtabak Mini Kulit Popia Dengan Inti Sardin Yang Sangat Sedap

Antara bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat murtabak mini kulit popia antaranya ialah kulit popia, telur 3 biji, kari ( tak kisah kari daging atau kari ikan), kentang dua biji, bawang holland sebiji, bawang putih 2 ulas, cili padi 3-5 tangkai, halia 1 1/2 inci, pes cili kering blend (takde dalam pic, kalau tak suka pedas, tak payah), sardin 1 tin, daun sup 2 tangkai.

Mula-mula panaskan minyak, kemudian masukkan  bahan-bahan yang dihiris seperti bawang, halia, cili, kentang.Kacau sebentar sehingga naik bau.Masukkan juga pes cili kering blend ( 2 sudu) dan serbuk kari dalam dua sudu.Kemudian masukkan sardin.Hancurkan sardin dan kacau sehingga sebati semua bahan.Biarkan seketika.Perasakan dengan garam, gula.

 Ini inti sardin yang saya dah pecahkan telur dalamnya.kacau telur sehingga hancur dan sebati dengan semua bahan.Akhir sekali masukkan daun sup.Kacau lagi, dan boleh tutup api. Sejukkan sebentar.

 Inti sardin yang sangat sedap rasanya.Family saya suka pedas, dan resepi ini sesuai untuk family yang suka pedas dengan gabungan cili, pes cili kering dan juga serbuk kari.Ia menjadikan inti sardin ini seperti inti sardin murtabak sebenar yang kita makan di restoran mamak atau restoran makanan lain yang menyediakan murtabak sardin.Korang memang kena cuba ni.Inti ini sesuai jugak untuk buat inti samosa.Phew. Sedap beb! tq kat depa yang kongsi resepi inti ni:)

 saya gunakan kulit popia yang saiz mini.Jadi, saya cuba dengan dua helai kulit popia yang dicantumkan.Kotlah inti ni akan meletup keluar time kita goreng nanti.Satu lagi set,saya guna sehelai je kulit popia, masukkan inti dan lipat macam biasa.Hasilnya sama, tetap sedap!
Pic ni cara letak inti dalam kulit popia.

 lipat macam biasa.ikutlah nak mula yang atas bawah atau kiri kanan dulu.konsepnya ialah ko kena lipat kulit popia tu bagi bentuk segi empat.kalau korang suka bentuk lain pun boleh.Kita buat dia kann,hehe.

Dah siap lipat.jangan lupa sediakan air masak buat gam kulit popia yang ternganga tu.tujuannya supaya inti murtabak tak keluar time ko goreng nanti.Safety first guys!

 Ini hasilnya gaiss.Gigih saya melipat murtabak mini kulit popia ni.Alhamdulillah.
Kalau korang buat dengan anak-anak memang kena tunjuk contoh macam ni beb.Biar depa belajar walaupun kita memasak atau buat benda yang bukan kerja sekolah, kekemasan dan organise tu sangat penting.kiki.Nampak nau mama ko sorang ni terlebih dos "R".

Orait, macam nilah rupa murtabak mini korang sebelum digoreng nanti.Bolehlah buat melepaskan rindu teringin nak melantak murtabak sardin mamak kann.heh.

murtabak mini dengan resepi paling sedap.
 Jika anda peminat murtabak sebenar, inti sardin dengan resepi ini memang ngam dengan tekak korang.Cubalah buat sendiri di rumah, mesti puas hati.

gambar murtabak mini kulit popia yang sedap.
 Yang ini murtabak versi rangup. Dah bebudak kat rumah ni suka yang rangup, depa siap request buat dua versi, yang rangup dan yang lembut.Mana-mana pon boleh, sebab kita buat dia:)

 Sambil dok melipat murtabak ni, terfikir jugak dalam hati, dah macam samosa pun ada rasanya.Cuma bezanya yang ini ko lipat, yang sana ko buat bentuk segitiga.Kann?

 Nak bagi En.Suami dan anak-anak makan, kenalah upgrade sikit presentationnya kan.Biar sopan sikit time nak ngap nanti.En suami bab ni dia bagi markah jugak tau.Karang dia complain nak makan camno ni.sabo je.

murtabak mini kulit popia cikmatahariku yang sedap.
Selamat mencuba guys! jemput makan dan jangan lupa kongsi kat komen kalau dah cuba buat, sodap ke idok?hehe.

Orait, thanks reading this entry-Till we meet with a new homemade recipe.yeahh.


Post a Comment

6 Comments

  1. Dulu2 kalau pegi pasar minggu, mesti cari murtabak mini kulit popia ni.
    memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, WP kena tubggu habis PKP lah kalau nak pi pasar minggu;)

      Delete
  2. Dulu pernah buat barang dh ada ingat puasa nanti nak buat juga, kot takde bazar pengubat rindu kt samosa

    ReplyDelete
  3. Auntie pernah buat gak ni masa anak anak ramai kat umah. Buat inti banyak banyak.. Boleh buat samosa guna inti yg sama

    ReplyDelete
  4. murtabak mini ni jadi kegemaran anak-anak pulak sekarang, memang sedap dan intinya boleh buat untuk samosa.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!