Pulut Kuning Rendang Daging Menu Pilihan Hari ke-30 PKP :)-

As Salam,
Pulut Kuning Rendang Daging Menu Pilihan Hari ke-30 PKP :)- Allahuakbar.Tahu-tahu sambil menghitung bilangan fasa kita dalam tempoh PKP, dengan berita semalam, jumlah yang dijangkiti virus Corona,menurun ke angka 86, maka hari ini marilah kita buat menu khas-Pulut Kuning Rendang Daging- hiks.

Pulut Kuning Rendang Daging Menu Pilihan Hari ke-30 PKP :)-

Sebenarnya takdelah beriya sangat nak berpulut bagai sempena PKP ni.Sedangkan di luar sana ramai lagi yang masih berhempas pulas memastikan keselamatan dan kesihatan kita semua terus dipertingkatkan.Pulut kuning dan rendang daging ini lebih kepada nak memenuhi selera Encik Suami dan anak-anak.Selera saya juga.hehe.

Saya jarang sekali masak pulut di rumah.Tapi bila cuti panjang, ada masa nak layan beras pulut yang kena rendam dulu, ada masa nak tunggu daging rendang empuk dan ada masa jugak nak tanak beras pulut.Maka itulah asbabnya kali ini menu ini jadi pilihan.

Pulut kuning dan Rendang Daging memang gandingan mantap dan biasanya menjadi simbolik bagi orang melayu time buat majlis kesyukuran atau menunaikan hajat yang disimpan.

Resepi Pulut Kuning Kukus Lembut, Sedap dan Berlemak
Sumber resepi : Youtube
Dicuba oleh     : Cik Matahariku
Bahan-bahan
3 cawan beras pulut
1 kotak santan kara
1 1/2 cawan air
1 sudu garam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1 sudu minyak masak
sehelai daun pandan ( digunting)

Memandangkan family saya kuat pedas, resepi rendang kak Azie ini menjadi pilihan saya.Rasanya memang sedap.Saya pula tidak suka kerisik yang banyak dalam rendang, jadi saya cuma masukkan dua sudu makan sahaja kerisik dalam rendang daging ini.

Cara Menyediakan Pulut Kuning Sedap Dan Lembut
  1. Rendam beras pulut sekitar 40 minit hingga 1 jam.
  2. Semasa merendam ini, saya masukkan sekali satu sudu serbuk kunyit.Tujuannya supaya beras pulut dapat menyerap warna kuning dari serbuk kunyit.
  3. Toskan beras pulut.Sapu sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan untuk mengukus beras pulut.Masukkan beras pulut dalam loyang.
  4. Sediakan bekas santan.Masukkan dalam air santan tadi 1 sudu garam,  1 sudu gula dan sudu minyak.Masukkan juga daun pandan yang sudah digunting.Kacau hingga sebati.
  5. Tuang air santan tadi ke dalam loyang beras pulut.Pastkan sukatan air berada pada paras beras pulut atau lebih sedikit sahaja.
  6. Didihkan pengukus.Kukus dalam tempoh 30-35 minit.
  7. Pada minit ke -25, boleh kacau-kacau sekejap beras pulut supaya santan sebati dengan beras pulut. 
  8. Dah cukup masa, keluarkan pulut kuning untuk disejukkan.
Resepi Rendang Daging Pedas Dan Enak
Sumber resepi : Azie Kitchen
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan :
1/2 kilo daging batang pinang
1/2 kotak santan kara
3 cawan air ( kalau nak tambah boleh untuk lembutkan daging)
3 sudu makan cili kering blend
3 sudu serbuk ketumbar (kisar)
1 sudu jintan manis(kisar)
5 ulas bawang merah saiz sederhana(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
1/2 bawang besar (dihiris)
2 inci halia(kisar)
1 inci lengkuas(kisar)
2 batang serai(kisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit ( boleh guna kunyit hidup untuk bau yang lagi sedap).
dua sudu makan kerisik (paket)
satu sudu kecil perahan air asam jawa
6-7 helai daun limau purut ( dihiris ) @ daun kunyit pun boleh.
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis bahan

Pulut kuning yang sedap ialah apabila berasa lemak masinnya dan juga sedikit manis.Bagi saya, resepi yang saya perolehi dari youtube ini sangat mudah diikuti dan hasilnya pulut kita menjadi tanak dengan baik dan cantik.Alhamdulillah.

Cara Menyediakan Rendang Daging Pedas Dan Sedap
Kalau ikut resepi asal Kak Azie Kitchen, dia ada bahan yang di tumis dan bahan yang disangai.Tapi saya masak dua jenis lauk, jadi saya kisar semua bahan dalam blend.Sekali jalan.heh.Jadi, ini cara saya masak.
  1. Panaskan minyak.Masukkan bawang besar yang dhiris.
  2. Masukkan semua bahan yang kita blend.Kacau hingga sebati dan biarkan lama sedikit sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan daging.Masukkan 3 cawan air untuk lembutkan daging.Biarkan sehingga mendidih.Jangan lupa tutup kuali atau periuk supaya wap air dapat lembutkan daging dengan lebih cepat.
  4. Bila air semakin kurang, boleh masukkan santan, perahan air asam jawa dan kerisik.Perasakan juga dengan garam dan gula.Masukkan juga daun limau purut.
  5. Biarkan sehingga daging empuk, kuah rendang semakin pekat dna kering.Gunakan api kecil sahaja.
  6. Boleh angkat rendang daging apabila semua rasa dah okey, daging dah empuk, kuah rendang dah semakin pekat,
  7. Untuk rendang daging ini, saya lebihkan kuah pekat sebab nak makan dengan pulut kuning.
Orait, masakan kali ini saya tak ambil gambar semasa menyediakan menu hidangan sebab selain masak rendang daging, saya juga masak ayam ungkep sebab ada anak yang tak suka makan daging.Jadi, malas nak serabut sambil masak sambil ambik gambar, jadi, saya cuma ambik gambar bila dah siap hidang sahaja.InshaAlla lain kali, saya usahakan untuk kongsi resepi dengan gambar cara menyediakannya ya!

Selamat mencuba:)



Post a Comment

16 Comments

  1. Memang pulut kuning tu nampak lembut sangat. Saya suka yang lembut begini, senang kunyah, senang nak telan heheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak Amie, saya pun sama.Saya suka pulut yang lembut macam kita makan lemang atau ketupat palas lemak tu..haih.dah terbyang sedapnya ketupat palas makan dengan rendang kann..hehe..

      Delete
  2. Cantik warna pulut tu, menyelerakan betul mKn dgn rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, rendang memang sedap dimakan dengan pulut:)

      Delete
  3. alaaa lama tak buat pulut dgn rendang...dok berkira2 bila nak buat tetiba nampak post ni mmg terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kenalah cuba dan buat sendiri di rumah ya..:)

      Delete
  4. jengah dari www.iamfuzy.com follower ke 547

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan pulut, terliur tengok pulut dengan rendang daging.
    My favorite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalh dengan saya, sebab lama tak makan pulut kuning, tu yang teringin dan cuba buat..alhamdulillah, family suka:)

      Delete
  6. Sedapnya pulut kuning dengan rendang :)

    ReplyDelete
  7. Santan kara tu kotak besar atau kecil ya?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!