Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan : Covid-19 Mengubah Cara Raya Kita

As Salam,
Salam Aidilfitri Dari Perantauan-Alahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar.Alhamdulillah.Bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak bertepi buat saya dan anda semua, atas segala kesihatan tubuh badan, rezeki yang melimpah, kekuatan mengakhiri ibadah puasa walau negara kita sedang ditimpa musibah.

Saya kongsikan sedikit pic hari raya kami sekeluarga-Ini jelah yang mampu.:) Beraya dalam rumah sahaja.



 pic yang ini memang rare, terpaksa buat macam ni sebab yang kecik tu merajuk dan tak mahu bergambar sama.


Terselit juga seketul kucing kat situ, kucing ni sudah kami pelihara sejak sebelum PKP lagi.Sempatlah dia beranak sekali tapi sayangnya semua anak-anaknya mati sebab diganggu kucing jantan rumah jiran.

Syukur, hari ke-2 syawal-Mood raya saya masih ON sebab biskut raya pun ada lagi.Lemang dan rendang pun masih berbaki sebab saya frozen already sebahagaian rendang yang dimasak pada malam raya .Kebetulan En Suami beli lemang sampai 5 batang, padahal yang nak makannya bukan satu kampung.haha.

 Antara hidangan pagi raya yang sempat disediakan

 Raya kali ini saya sempat sediakan Sayur lodeh Johor, Rendang pedas, Ayam masak kicap special, kuah kacang dan juga sambal goreng.Kuah kacang dan sambal goreng belum sempat hidang time ni.
Nasi himpit dan lemang tu beli ready made sahaja.

Yup, semua orang pun lalui dan hadapi situasi yang sama.Jika kampung masih dalam negeri yang sama, syukur masih boleh bertemu keluarga dan sanak saudara.Saya pula hanya mampu beraya dengan norma baharu iaitu video calling. Pagi raya buat video call dengan mak abah dan adik beradik sebelah mertua, dan juga family sebelah saya.

 Antara tetamu yang hadir pada raya pertama, anak buah kami iaitu anak Abang Long kami, pengantin baru yang baru sahaja selesai majlis mereka ngam-ngam PKP bermula, dan juga adik lelaki atau adik bongsu saya bersama isterinya .



Panggilan video call dari kejauhan menyerikan lagi Aidilfitri kami:)

Syukur semuanya masih sihat, ceria seadanya.Saya dan Encik Suami memang merancang untuk pagi raya, supaya anak-anak bangun awal pagi.Selesai subuh berjemaah, anak-anak diminta bersiap-saya pula menyiapkan lauk pauk dan kuih muih raya.Kemudian, solat sunat raya, aktiviti membuat rakaman ucapan hari raya, sesi bergambar dalam rumah sahaja, kemudian sarapan pagi.Buat video call kepada mak abah dan family sambil mengucapkan selamat hari raya dan memohon kemaafan.Sekitar jam 11 pagi, kami terima kunjungan anak buah yang datang dari Mantin dan juga adik lelaki yang tinggal di Sendayan. Begitulah cerita hari raya pertama kami :)


Kunjungan tetamu pada syawal.Syukur ada jugak saudara mara datang berkunjung.Kalau tidak, kami anak beranak sahajalah yang menghadap segala makanan dan kuih muih tu.Makanlah ko sampai lebam.haha.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku, sama ada New visitor atau renturning Visitor :).Andalah penyokong kuat blog kecil saya ini sehingga sepanjang Ramadan tahun ini views blog ini mencapai 1.2 juta views.Alhamdulillah.

Menyedari kekurangan dan kelemahan diri sendiri, saya juga menyusun jari memohon maaf jika sepanjang kalian membaca tulisan saya dalam blog ini banyak perkataan yang menguris rasa. Ada beberapa komen atau respon yang saya terima tentang resepi yang tidak menjadi, pun saya mintak maaf.

Saya pun tidak dapat nak bantu sepenuhnya berkenaan resepi yang diikuti tidak menjadi kerana ada ramai pembaca pula menyatakan terima kasih kerana resepi yang dikongsi menjadi, enak dan disukai keluarga.Pengalaman memasak makanan yang tidak menjadi, bagi saya adalah asam garam bagi semua tukang masak, bakers atau siapa pun anda.

Secara jujurnya, resepi yang saya kongsikan dalam blog ini yang mana saya sebutkan dalam post tersebut, adalah resepi yang berjaya saya cuba.Ada juga resepi dalam blog ini yang saya belum cuba, tapi saya publish dalam blog bagi tujuan saya merujuknya kemudian-mungkin untuk saya membuatnya kemudian atau mungkin resepi tersebut viral.

Jadi, apapun yang kalian tempuhi sepanjang mengikuti blog ini, saya mohon daripada Allah kebaikan yang banyak buat kalian.Saya manusia biasa.Tak sempurna dan masih lagi dalam proses belajar dan memperbaiki diri.InshaAllah.

Terima kasih atas kata semangat dan ucapan yang diberikan kepada saya dalam ruangan komen, semoga hal kecil yang saya usahakan ini Allah terima sebagai amal jariah yang berpanjangan.aamin.

Akhir kata, doakan semoga Allah berikan lebih banyak kesempatan kepada saya untuk berkongsi apa sahaja yang baik-baik kepada kalian.aamin.

Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.



Post a Comment

3 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!