Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

As Salam,
Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama-Alhamdulillah.Sejak PKP dan bersambung sampai bulan puasa ni, susah jugak saya nak dapatkan kelapa parut fresh.Fresh maksudnya kelapa yang tak berbau tengik ( kelapa dah lama) atau nak dapatkan kelapa muda yang bila diparut isinya bolehlah kita buat macam-macam jenis kuih.

Kelapa parut banyak digunakan dalam hidangan kuih muih tradisional masyarakat melayu.

Hari ini saya terjumpa satu post dalam grup popular masak-masak di FB iaitu Masak Apa Hari Ni Official (MAHN ) mengenai satu cara mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama.Lepas ni, bolehlah saya mintak En Suami beli kelapa parut banyak sikit supaya boleh simpan dalam fridge. 

Saya memang frust setiap kali nak buat resepi kuih yang perlukan kelapa parut, satu bahan tu je saya tak cukup.Kalau setakat nak santan, saya dah biasa guna santan kotak.Memang itulah pun santan yang saya guna kalau masak menu yang berasaskan santan.

Kalau korang tak tahu lagi tips ni, bolehlah buat lepas ni.Saya kongsikan dalam blog supaya lebih ramai readers yang akan dapat manfaatnya.Manalah tahu, ada jugak geng yang macam saya, dah umur 4 dekad ni baru tahu cara nak simpan kelapa supaya tahan lama.adehh.haha.

Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama
  1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
  2. Taburkan garam pada parutan kelapa hingga rata.Fungsi garam adalah  agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
  3. Panaskan pengukus.Biarkan air mendidih barulah dimasukkan loyang yang berisi kelapa parut.
  4. Masukkn loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan
  5. Kukus selama 15 minit
  6. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik
  7. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku
  8. Kukus semula bila hendak menggunakannya
Step by Step Menyimpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

 Letakkan kelapa parut dalam loyang dan tabur garam dalam kelapa parut.

Gaul garam supaya sebati dalam kelapa dengan menggunakan sudu atau alatan yang sesuai.Elakkan menggaul dengan tangan dikhuatiri boleh menyebabkan santan cepat basi.

 Selepas kukus kelapa parut dalam 15 minit, biarkan ia sejuk.Kemudian boleh pack dalam plastik yang sesuai.

Simpan kelapa parut yang dah siap pack dalam tempat sejuk beku.Kukus semula kelapa parut apabila mahu digunakan.


Dengan cara ini kelapa parut boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan.Untuk mendapatkan santan yang pekat pula, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis.Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat .

Orait, selamat mencuba:)


Post a Comment

9 Comments

  1. Owh selepas ini bolehlah simpan parut kelapa. Biasanya tak pernah nak simpan. Beli bila nak guna sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mudah nak dapat kelapa parut, better beli time nak guna kan..saya susah nak dapatkan kelapa parut ni..

      Delete
  2. Jarang simpan kelapa parut.
    Biasanya pakai habis

    ReplyDelete
  3. Saya biasa beli kuantiti sebiji dua..kalau malas nak masak tu saya simpan mcm biasa tak pernah lg buat gini nanti nak try..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, time PKP dna bulan puasa ni, banyak juga kuih yang boleh dicuba dengan kelapa parut, tu yang terfikir nak tahu cara simpan kelapa parut..

      Delete
  4. singgah follow sini.

    thank you so much for sharing this.

    ReplyDelete
  5. Terbaik kak syam🥰🥰🥰

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!