Kisah 3 Bulan Menyepi Dari Berblog

As Salam,
Syukur.Allah masih panjangkan usia dengan kurniaan kesihatan tubuh badan yang baik.Sebelum taip entri ni, sempat tengok balik bila last aku update blog ni.Rupanya dekat dua bulan lebih blog ini sepi dan sunyi dari sebarang entri.Lama nau pulak rasanya.Padahal bukannya tak bukak blog.

Seingat saya, sejak naik sekolah selepas fasa PKP, saya memang tidak publish apa-apa post di blog ini.Saya tak nafikan, sesi persekolahan dalam tempoh PKPP memang sedikit meletihkan bagi kami kalangan guru.Apapun, bertabah sajalah kalau ada yang mempertikaikan kerjaya seperti kami ini.Mehlah datang sekolah dan jadi guru sehari, nanti korang akan dapat jawapan yang sebenarnya.

Masa ni tengah buat pemeriksaan pakaian murid.Murid saya ni tak pakai lencana sekolah.Biasanya jika kali pertama murid buat kesalahan atau langgar peraturan, kita bagi nasihat je dulu.heh.

Jadi cikgu kat sekolah, selain mengajar dan membimbing murid, kena jugak check kuku murid secara berkala.Budak sekolah rendah biasa memang ada problem kuku panjang.Mak pak depa kadang tak sempat nak check kuku anak.Busy nau.heh.

Ini pula hobi saya yang baru. Gigih tanam pokok pulak.kiki.Pokok monstera antara tanaman jenis indoor yang sedang saya jaga pertumbuhannya di rumah.Pokok ni pernah viral suatu ketika dulu.Monstera ni jenis daun yang split tau.Tak sabar nak tengok daun dia split.

Gitulah ceritanya. Kesungguhan berkebun dan menanam pokok-pokok indoor plant sehingga banyak mengambil masa saya di depan laptop. Menulis minat saya sejak sekian lama.Berkebun pula minat yang baru disemai, tapi nampaknya fokus saya pada pokok-pokok di mini kebun saya telah menjauhkan minat saya dalam bidang penulisan.huhu.

Ehh..ada ke readers yang tertunggu-tunggu post terbaharu saya di blog?Sejak berblog hampir 10 tahun ini, memang belum pernah dapat komen atau pm dari readers jika blog saya sunyi tidak berupdate.Makanya, fahamlah saya, ko update blog atau tak, takde sesiapa pun yang terkesan.isk.isk.Bertabahlah.

Sesi Persekolahan Norma Baharu Yang Meletihkan
Yup.Begitulah yang saya rasai sejak memulakan sesi persekolahan dengan norma baharu.Ibaratnya jika waktu bekerja di sekolah dari jam 7.00 pagi, tugas saya akan benar-benar selesai sekitar jam 2.00 petang.Jika dibandingkan dengan frontliner lain, memanglah kerjaya guru seperti saya tidak akan terbanding dengan pengorbanan mereka.

Namun, saya percaya setiap tugasan mempunyai cabaran yang berbeza.Hadapilah sahaja.Tenang-tenang sendiri dan pandai-pandailah mengurus masa yang ada.Insha Allah.Dalam kesulitan, pasti Allah iringkan dengan kemudahan.

Ini juga antara "alasan" kenapa saya tidak lagi mampu duduk didepan laptop dan berblog.Semoga Allah tidak ambil kelapangan masa saya dari beribadah dan menambah amal sebagai bekalan bertemu denganNya nanti..aamin.

Dalam pada fasa PKPP, masih lagi saya dan rakan-rakan berjaya anjurkan program Bulan Kebangsaan.Syukurlah. Masih ada kenangan untuk dibawa ke hadapan, menyambut Bulan Kebangsaan dengan norma baharu:)

Salam Hijrah 1442 kepada pembaca Blog Cik Matahariku
Hampir sahaja saya terlupa akan kedatangan bulan Muharam-tatkala saya menaip entri ini pun sudah melewati 15 muharam.Syukur akan kesempatan bertemu lagi tahun baru hijrah kali ini.Dalam tempoh entri di blog ini tidak berupdate, pelbagai kisah kematian yang saya dengari.Ada yang indah, ada juga yang menakutkan.Kematian adalah nasihat kepada kita yang masih hidup.

Kerap juga lintasan kesedaran bahawa mati itu tidak akan tercepat atau terlambat, setiap kali mahu meninggalkan bilik rasmi saya di sekolah, saya akan pastikan mengemas meja dan bilik saya dengan rapi.Manalah tahu, esok saya dah tak kembali lagi ke bilik ini.Allahuakbar.Sebaiknya, saya ingin begitulah keadaan bilik rasmi ini tatkala saya ada dan tiada.

Semoga tahun baru hijrah ini dapat meningkatkan lagi iman dan taqwa kita kepadaNya.Semakin banyak bersyukur, berbuat baik dan meninggalkan perkara-perkara yang mungkar atau yang sia-sia.Betul.Hidup ini tidak lama.Tahu-tahu sampai masa Allah jemput kita kembali kepadaNya.Marilah kita meninggalkan kenangan atau ingatan yang baik-baik sahaja didunia ini.


Ujian Kehilangan dan Kerosakan IC Anakanda di Asrama
Antara peristiwa penting dalam persekolahan anak sulung saya apabila Kad Pengenalan atau IC nya telah hilang.Tapi akhirnya terbongkar iaitu bukan hilang tetapi dicuri, dirosakkan dan dibuang serpihan kad IC tu di ampaian asrama puteri.

Saya dan Encik Suami akhirnya membuat aduan ke pihak sekolah.Rupanya perbuatan tersebut ada unsur dendam dan syukur hal ini juga telah berjaya diselesaikan oleh pihak sekolah.Bagi pihak kami, meskipun hal ini sedikit menyulitkan kami sekeluarga, namun saya dan Encik suami akhirnya mengambil keputusan untuk berlapang dada dan bertenang.

Meski anak sulung pada awalnya tidak puas hati dengan tindakan kami, saya dan Encik Suami menjelaskan dengan panjang lebar kepadanya mengapa kami mengambil pendirian tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dengan membuat laporan polis.

Kami memdapat pengajaran bahawa meski anak tinggal di asrama, jangan lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru atau warden.Anak sulung saya antara pengawas sekolah yang sedang menjalankan amanahnya, tetapi ada sedikit tindakannya yang menimbulkan kemarahan ( mungkin kerana ketegasan dan keberaniannya) maka terjadilah kes ic nya di curi dan dipatah-patahkan.

Saya nasihatkan puteri sulung saya bahawa, Allah nak beri banyak kebaikan kepada kita semua dengan apa yang terjadi.Beruntunglah bila kita menjadi asbab kebaikan bagi orang lain.aamin.

Tali Silaturrahim semakin goyah kerana Syak Wasangka dan Adu Domba
Saya mungkin hanya sebahagian daripada cerita ini.Menjadi pemerhati dari kejauhan mengajar saya bahawa, dalam menjalin silaturrahim, sangat perlu menjaga lisan.Jika tiada hal baik yang ingin engkau bicarakan, sebaiknya engkau diam-diam sahaja.Engkau suka atau tidak, biarlah Allah sahaja yang menjadi saksi.

Sebagaimana pedih dan sakitnya hati bila aib kita disebar dan dikongsikan di khalayak, saya belajar di sini bahawa kita juga punya aib yang tidak suka jika dikongsikan kepada umum.Hukum alam ini mudah sahaja.Dalam pada engkau mengata dan memburuk-burukkan orang lain- engkau marah bila perbuatan engkau diketahui empunya diri dek kerana ada manusia yang suka mengadu domba. Adakah engkau terlupa, empunya diri yang telah engkau kata dan nista itu juga sama seperti engkau apabila keburukannya diperkata.Betul bukan? What you give, you get back-

Saya pun ada aib sendiri seperti orang lain.Cuma sahaja Allah masih menutup aib saya.Masya Allah.Marilah kita bersangka baik sesama kita.Jadilah seperti pokok yang menjatuhkan buah-buah yang manis meskipun dilontar batu yang keras dan menyakitkan!

Saya tahu, saya takakan mampu menulis setiap masa dan ketika.Semoga Allah ampuni kita dan dikurniakan kita semua rezeki kebahagiaan seperti di syurgaNya.aamin.

Salam permisi.Doakan saya "gigih" menulis lagi.


Post a Comment

8 Comments

  1. hai cik matahari, timm selalu je bukak blog akak kalau nak cari resipi, silent reader gittew..
    ic dipatah-patahkan, allahu beraninya pelajar yg buat tu..semoga jadi iktibar,
    btw take care cik matahari as a frontliner dgn virus covid yang semakin membimbangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq timm, dari dulu lagi rajin singgah blog akk-yelahh timm, terima kasih atas ingatan.semua orang ada tanggungjawab sendiri kan sejak virus corona melanda.

      Delete
  2. Wak faham tugas guru macam mana.
    Lebih2 lagi masa PKP ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih WP singgah sini, cabaran ada di mana-mana, PKP dan norma baharu memang banyak menuntut kesabaran kita semua.

      Delete
  3. Selalu mencari resepi dalam blog ini..

    ReplyDelete
  4. yelah cikgu banyak tanggunjawabnya, banyak nk di perhatikan sekolah musim covid nih.
    Nak melayan kerenah anak seorang pun kadang pening ini kan pulak berpuluh orang.

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali kak. Lama akak menyepi. Takpe, tugas jadi keutamaan. Faham penatnya bagaimana dan lebih mengajar kita erti sabar.

    Allahuakbar, masih ada lagi kes begini di sekolah asrama. Alhamdulillah kes dah selesai dan harap pelajar tersebut ambil pengajaran juga.

    Semoga Allah lindungi kita semua. Aaaminnn

    ReplyDelete
  6. Betul cikgu, memantau murid mematuhi SOP sgt mencabar..tahap 1 dan 2 sama je 😅

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!