Kembali Bekerja Dari Rumah Dalam Fasa PKPB ( November Hingga Disember )

 As Salam,

Ketika penat dan kelelahan di sekolah kerana hambatan tugas hakiki sebagai guru, disamping mengawasi dan memastikan anak-anak murid disekolah agar sentiasa menjaga jarak, menjaga kebersihan dan patuhi SOP, saya memang ada hasrat dan berharap, agar dapat "cuti kembali" seperti fasa PKP dahulu.haha.Tapi masa tu, cakap kat Encik Suami, nak cuti tapi taknak virus Covid-19 ni.

Selang sehari pelaksanaan PKPB di Mukim Jimah Port Dickson, Menteri Keselamatan Dalam Negeri umumkan pula pelaksaanaan PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.


Tapi itulah. Manalah kita tahu, Allah kabulkan juga hasrat ini sekali bukan kita atau lokasi dan sekolah kita sahaja kena tutup, hampir satu Malaysia pula kena jalani semula fasa PKPB ini.Allah sebaik-baik pengatur.Semoga kebaikan juga yang tersedia buat kita semua dengan kembali penguatkuasaan PKPB ni.


Syukur saya dan Encik Suami sempat pulang ke kampung menziarah orang tua di kampung kami di Kota Tinggi dan Muar, Johor.Sebelum itu, ada juga saya merungut-rungut dekat mak mertua yang "anak bujangnya" asyik balik Muo sahaja.kiki.Padahal saya maklum, mak saya bukan selalu ada di kampung kami di Kota Tinggi.Tapi tulah.saja nak cari pasal.(jangan ikut peel buruk saya ni ).

Seronok sangat mak budak sorang ni dapat balik kampung dia.hihi.Tq Encik Suamiku yang baik hati.(puji ada makna..)

Mak dengan anak menantu:) Time ni mak tengah tunggu azan maghrib nak buka puasa, kita pulak yang beriya belikan juadah berbuka.Macam kita pulak yang puasa.Nampak nau pelahapnya.kann.


Rupanya Encik Suami dah ambil cuti awal sempena Keputeraan Baginda Rasulullah SAW tempohari.Tujuannya nak penuhi permintaan saya balik kampung di Kota Tinggi.Saya pula yang terpaksa mohon CRK daripada Guru Besar kerana sekolah saya tidak mengambil cuti peristiwa sehari selepas cuti am Maulidur Rasul.


Bila GB bertanya tujuan saya mohon CRK, saya tanpa selindung berterus terang yang saya nak ziarah orang tua di kampung ( dengan sedikit alasan takut selepas ini jika diumum PKP, saya tak sempat ziarah orang tua ).Kemain lagi kan saya.Tapi saya tetap minta GB berikan pertimbangan.Alhamdulillah.Semuanya dipermudahkan.


Kembali Bekerja Dari Rumah Dalam Fasa PKPB ( November Hingga Disember )


Sebelum pengumuman PKPB, kami di Mukim Jimah, Negeri Sembilan baru sahaja diisytihar sabagai kawasan yang tertakluk kepada PKPB selepas Seremban menjadi daerah dengan Zon Merah.Dalam pada itu, saya dan Encik Suami ada juga merasakan kemungkinan daerah kami juga bakal diumumkan PKPB kerana kes yang semakin hari semakin meningkat.

Budak Bulus sekor ni mengekor je ke mana saya pergi kat sekolah.Dia tak cam saya yang "beso gedabak" melainkan dia dengar suara saya, baru dia dtg dekat.Terima kasih Ihsan jadi "saka" cikgu kat sekolah.Depa panggil ni kucing cikgu:)

Ni pula best friend kat umah kalau saya stay up buat kerja-kerja sekolah.hihi.Masa ni lah depa dok buat tunggang langgang kat umah.Habis bantal sofa semua tergolek.Buat kerja malam-malam buta depa ni.

Meeting dan meeting.Tiap kali habis meeting, tambah lagi list keje kena buat.Bertabahlah.


Di sekolah pula, menghampiri hujung tahun persekolahan, banyak pula tugasan-tugasan yang perlu guru selesaikan.Bukan sahaja menyediakan soalan peperiksaan, tugasan lain sebagai Ketua Panitia dan Penyelaras SPBT menuntut pegorbanan masa yang bukan sedikit.


Bukanlah merungut kerana kerja yang banyak.Macam tak bersyukur ada pekerjaan pula kan.Tapi alhamdulillah, style kerja saya pula, jika banyak mana pun tugasan yang perlu dihantar, saya tetap akan memilih manakah tugasan yang perlu kepada kesegeraan.Siapkan secara berperingkat.Saya ukur kemampuan saya sebagai ibu dan isteri yang bekerja.


Pada usia mak-mak ini, saya tidak mahu korbankan fikiran dan otak saya untuk terlalu stress dengan pekerjaan dan hal-hal dunia yang memang tak akan habis!Biarlah kalau orang lain nak jadi orang pertama atau orang yang kerjanya selalu updated-saya relax-relax sudah.Saya dah lalui zaman bekerja dengan sungguh-sungguh non stop 7 days a week-


Kini adalah fasa usia dimana saya kena selalu bertenang dan terima seadanya.Elakkan marah-marah, buruk sangka atau pentingkan diri sendiri.Kematangan menjadikan kita faham, semua orang tidak berfikir dan bertindak seperti kita.Masing-masing ada cara berfikir dan bertindak sendiri.Hormati dan terimalah apa adanya.

Bekalan buku teks bagi kegunaan 2021 yang sudah sampai ke sekolah.Tak tahu bila pula dapat proses buku ini.Sekolah dah tutup.Tengah pikir idea yang terbaik untuk setelkan bab buku ni.Ya Allah, tunjukilah padaku jalan yang mudah menyelesaikan pekerjaanku ini.aamin.

Kalau depa suka alhamdulillah.Kalau depa tak suka, nak buat macam mana.Kita bukan boleh paksa orang suka kita.Kita pun ada kesukaan atau kebencian kita sendiri kan.Saya akur kalau dahulu saya selalu nak "perfect" dalam apa yang saya usahakan.Allah pun dah kabulkan banyak doa-doa saya.Apa lagi yang tak cukup dalam hidup saya ni.Saya selalu rasa bersalah kalau nak minta sesuatu, padahal Allah dah bagi banyak sangat kat saya.Allahuakbar.Syukur banyak-banyaklah.

Marilah kita berharap dan berdoa semoga situasi pandemik yang sedang kita lalui segera berlalu.Usahlah kita berfikir bila pelaksanaan PKPB ini banyak benda kita tak boleh buat.Jika kita orang yang positif dan yakin dengan aturan Allah, penuhilah waktu PKPB ini dengan hal-hal yang memberi nilai kepada kehidupan kita didunia mahupun diakhirat nanti.


Saya juga mahu fasa PKPB kali ini dapat saya luangkan dengan lebih bermanfaat dan lebih baik daripada fasa PKP dan PKPB yang dilalui sebelum ini.Semoga Allah mudahkan semuanya untuk kita.aamin.



Post a Comment

2 Comments

  1. Sekolah cuti tapi cikgu kena datang sekolah seperti biasa kot.

    ReplyDelete
  2. rajin mak berpuasa.. sekolah cuti tp cikgu tak cuti. heheh

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!