Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

 As Salam,

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning- Alhamdullillah.Masak rendang ayam dan pulut kuning di rumah saya bukanlah suatu yang biasa atau rutin.Rendang ayam dan juga pulut bukanlah favourite anak-anak saya walaupun saya dan Encik Suami sangat sukakan pulut.Cuma awal pagi tadi selepas solat subuh, saya beritahu suami tengahari nanti nak masak pulut kuning dan rendang ayam.Rasa teringin nak makan pulut yang lembut, lemak masin manis cicah dengan rendang ayam pedas.hehe.


rendang ayam dan pulut kuning yang sedap
Kelaziman bagi masyarakat Melayu pulut kuning dimakan bersama rendang ayam atau daging bagi meraikan kesyukuran akan sesuatu kejayaan atau keselamatan sekeluarga.Saya pula buat kali ini sekadar meraikan kesukaan suami dan diri sendiri.Alhamdulillah-


rendang ayam paling sedap dan mudah
Rendang ayam pedas dan sedap untuk dimakan bersama pulut kuning yang lembut dan berlemak.


Walaupun bukan favourite anak-anak, tapi mereka layankan juga menu mak pak ni sebab depa ni tolak kayu dengan batu je kalau bab makan.kiki.Orait, kali ini saya kongsikan resepi rendang ayam cara saya ( suka pedas dan kurang kerisik ).

gambar rendang ayam yang sangat sedap
Enaknya rendang ayam dimakan bersama pulut kuning:)


Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning
Sumber resepi : Cik Matahariku
Saiz hidangan : Untuk 7-10 orang dewasa
Bahan-Bahan : 
Ayam saiz sederhana ( 1 ekor )
Bahan-bahan untuk dikisar
5  ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 inci lengkuas 
5 batang serai 
1 sudu makan jintan manis
3 sudu makan ketumbar
1 gengam cili padi ( kalau suka pedas)

Bahan-bahan lain :
1/2 cawan santan kara
1 cawan air
1 paket kerisik
3 sudu makan cili kering blend
Daun limau purut secukupnya ( dihiris )
Daun kunyit secukupnya
1  1/2 sudu makan paste asam jawa Adabi
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar dihiris
2 batang serai diketuk

Cara Menyediakan Rendang Ayam Pedas dan Sedap
1. Cuci bersih ayam dan toskan seketika.
2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
3. Panaskan minyak untuk menumis.
4. Masukkan hirisan bawang besar, serai ketuk dan diikuti bahan kisar.
5.Masukkan cili kering blend, kerisik dan santan serta satu cawan air.
6.Kacau hingga naik bau dan masukkan ayam.
7.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8.Biarkan sehingga ayam empuk dan kuah memekat.Pastikan guna api sederhana sahaja.


cara mudah buat rendang ayam
Pulut kuning yang sedap bagi saya mestilah lembut dan berlemak.Tidak susah sebenarnya nak dapatkan tekstur pulut yang lembut, tapi masih mengekalkan butiran beras pulut yang cantik.


Resepi Pulut Kuning Kukus Lembut, Sedap dan Berlemak
Sumber resepi : Youtube
Dicuba oleh     : Cik Matahariku
Bahan-bahan
3 cawan beras pulut
1 kotak santan kara
1 1/2 cawan air
1 sudu garam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1 sudu minyak masak
sehelai daun pandan ( digunting)

Cara Menyediakan Pulut Kuning Sedap Dan Lembut
  1. Rendam beras pulut sekitar 40 minit hingga 1 jam.
  2. Semasa merendam ini, saya masukkan sekali satu sudu serbuk kunyit.Tujuannya supaya beras pulut dapat menyerap warna kuning dari serbuk kunyit.
  3. Toskan beras pulut.Sapu sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan untuk mengukus beras pulut.Masukkan beras pulut dalam loyang.
  4. Sediakan bekas santan.Masukkan dalam air santan tadi 1 sudu garam,  1 sudu gula dan sudu minyak.Masukkan juga daun pandan yang sudah digunting atau diikat. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang air santan tadi ke dalam loyang beras pulut.Pastkan sukatan air berada pada paras beras pulut atau lebih sedikit sahaja.
  6. Didihkan pengukus.Kukus dalam tempoh 30-35 minit.
  7. Pada minit ke -25, boleh kacau-kacau sekejap beras pulut supaya santan sebati dengan beras pulut. 
  8. Dah cukup masa, keluarkan pulut kuning untuk disejukkan.


Selamat mencuba semua :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Lamanya tak masak rendang. Ini memang pasangan rendang selain ketupat.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap!!! Lama tak makan rendang!

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!