Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Teknik Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2- Mudah dan Selamat :)

 As Salam,

Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2- Mudah dan Selamat :)-Yay!!- Alhamdulillah.Genap seminggu anak-anak lelaki saya selamat berkhatan.Syukur Allah permudahkan semuanya dari mula bawa ke Klinik sampailah ubat bius habis.haha.Mesti mak pak yang ada pengalaman jaga anak berkhatan tahu apa yang berlaku after their ubat bius habis kan.muehee.Drama sangat rasanya.

Sabar na.Saya akan kongsi satu persatu pengalaman khatankan anak di Poliklinik pilihan Encik Suami iaitu Poliklinik Azhar Di Seremban 2, Negeri Sembilan.Al maklumlah kediaman kami ni, dekat je nak pi area Seremban atau Port Dickson, tapi Somban jugak sayang tertumpah.huhuu.

Amsyar Iman ( 9 tahun) dan Aryan Iman (7 tahun) bersama doktor Kamal Syakier di Poliklinik Azhar, Seremban 2-Doktor yang best, ramah dan pandai ambik hati budak-budak berkhatan supaya tak nervous nak bersunat.heh.Very recomendded berkhatan here:)-Pic ini diambil pada hari ketiga depa berkhatan sebab buat follow up-Bukan buat apa-apa pun just Doc tengok balik luka, bagi tips cepat sembuh tapi si adik drama je lebih tengok muka tu.hihi.

Orait, kalau ikut pengalaman kami plan untuk khatankan anak ni, start a year before.Saja sakat budak-budak ni dan remind depa tentang hal bersunat.Bagi saya secara personal, hal ini baik untuk anak-anak lelaki supaya depa can get ready.Bila tahun 2020, banyak cuti PKP, akhirnya kami decide untuk bawa anak berkhatan rasminya pada cuti sekolah bulan Disember.

Jadi Ayah depa pun mula survey tentang klinik yang ada buat berkhatan untuk anak-anak time cuti sekolah.Part survey ni memang kena buat sebab kita kena ambik tahu klinik mana yang memang ada buat service berkhatan, jenis kaedah berkhatan yang ditawarkan dan bayaran bagi servis yang diberikan.Bila semuanya dah clear, so my husband buat appointment dengan Klinik tersebut.

Inilah tempat bersejarah di mana anak -anak lelaki saya selamat berkhatan:) biar pengalaman yang saya kongsi ini dapat dibaca anak-anak bila depa beso nanti. Poliklinik ini berhampiran dengan Bank RHB Seremban 2.

Hari bersejarah bagi anak-anak lelaki.Semoga pengalaman dan kenangan ini akan dibawa anak-anak untuk zuriat mereka pula nanti.InshaAllah.aamin.

Dalam tempoh buat appointment, dalam bulan Oktober tempohari, maka masa-masa yang ada, Encik Suami suka nau nyakat bebudak dua ketul ni.Tapi si Adik terlebih dahulu memang kata nak sunat.si Abang pula pada asalnya masih 50-50, tapi saya sebagai mak-mak tetap bagi info yang realistik.Sebagai mak bapak, janganlah sesekali bagi info tidak tepat tentang hal bersunat ni.

Tips Anak Yakin dan Berani Untuk Berkhatan
Jangan kata kat anak sunat tu tak sakit, walhal kalau korang tanya si bapak, dulunya dia mahu meraung time bersunat kann.kiki.Antara tips yang saya guna pakai dalam menjelaskan tentang hal bersunat ni, saya bagitahu kat anak-anak, bersunat tu memang sakit, tapi sakitnya sekejap dan Doktor akan bagi ubat untuk cepat sembuh dan baik kan luka.

Terangkan juga secara mudah kenapa anak lelaki kena bersunat.Tak payah janji yang bukan-bukan semata-mata nak pujuk anak supaya berani bersunat.Ini realistik ya.Saya dan Encik Suami tak janji apa-apa pun sebelum mereka bersunat.Mencipta dan mendorong anak lelaki supaya berani bersunat ialah dengan berkata yang benar tentang proses bersunat.InshaAllah.Allah akan tunjukkan jalan dan mudahkan semuanya.


Memandangkan aapointment berkhatan pada jam 9.30 pagi, jadi kami sengaja keluar awal dan bawa anak breakfast dengan makanan kesukaan depa.Nasi lomak ayam goreng kat mamak.Masa ni kami tak sebut2 pun pasal bersunat.Just have fun with the food, gitu.

Yang ini memang den confius.Sapa nak bersunat sebenarnya.Kita bawak anak makan yang depa suka, macam si bapak pulak yang excited kan.set telur mata dan ayam goreng hok si bapak punya kemainnn!.


Sehari sebelum hari berkhatan, ayah depa tanya siapa yang nak bersunat dulu ? Spontan adik bagitahu, dia yang nak sunat dulu.Kami pun okey je, asalkan depa tak ubah fikiran sebab deposit dah bank in.haha.Okey, cakap pasal deposit untuk proses berkhatan ini, jumlah bayaran bagi servis berkhatan kaedah laser yang kami pilih untuk anak-anak ini ialah RM 360 untuk dua orang. Sangat okey dah ni dengan servis yang kami terima:)

Jenis Kaedah Berkhatan Yang Perlu Di Ketahui ( Sumber : Klinik As Salam )
Bercakap soal pilihan kaedah berkhatan, yang saya tahu ada tiga kaedah yang digunakan oleh doktor iaitu antaranya kaedah Konvensional, laser dan clamp.Boleh tengok kat bawah, info yang saya dapat berkaitan ketiga-tiga kaedah ini :


1.  LASER
👉 Nama lainnya adalah teknik/kaedah 'diathermy' atau 'cauthery' yang memotong lebihan kulit menggunakan rod elektrik.. 
👉 Sering dipakai oleh doktor dan pakar-pakar
👉 Menghasilkan potongan yang lebih cantik dan rapi. 
👉 Mengurangkan risiko terjadi pendarahan kerana saluran darah kecil akan terus dibakar oleh laser 
👉 Mengurangkan jahitan. 
👉 Luka menjadi cepat sembuh. 


2.  CLAMP
👉 Alat yang dipakai di hujung penis. Alat ini akan dipasang dan akan dibiarkan menggantung di penis sehingga luka mengering. 
👉 Mengurangkan pendarahan dan jahitan 
👉 Penjagaan oleh ibu bapa selepas pembedahan adalah mudah
👉 Risiko terkena infeksi di sekitar alat 
👉 Alat mudah tercabut jika tidak dipasang sempurna
👉 Perlu datang semula utk membuka clamp


3.  TEKNIK PEMBEDAHAN KONVENSIONAL
👉 Lebihan kulit akan dipotong menggunakan pisau bedah dan bius akan dilakukan sebelum pembedahan.  
👉 Pembedahan dilakukan oleh doktor dengan teliti sehingga risiko untuk tersalah bedah adalah sangat kurang. 
👉 Jika teknik ini dilakukan oleh orang yang belum mahir, akan meningkatnya risiko pendarahan yang banyak
👉 Proses pembedahan kebiasaannya lama berbanding teknik-teknik yg lain 
👉 Penjagaannya perlu lebih lama dan lebih teliti.
Pilihlah apa cara sekalipun, yang penting kepakaran dan pengalaman doktor yang melakukan sunat itu yang menjadi tolak ansur. 😉

Adik sedang menjalani proses berkhatan dengan teknik pembedahan laser.tengok jari kaki dia tahu dia nervous kann.heh.

Best kan Doktor Kamal ni,Gigih dia pakaikan kain pelikat kat Adik.Sebenarnya saya tertarik dengan cara Doktor dan klinik ni perkemaskan kain pelikat anak-anak yang lepas bersunat.

Kalau korang tengok kat  FB Poliklinik Azhar ni, ikatan kain pelikat lepas bersunat dengan ikat kat leher memang macam trend atau style depa.Suka saya tengok!


Gambar kat atas tu semua bukan saya yang ambik tau.Semuanya kerja Encik Suami sebab dia yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai agenda bersunat ni.kiki.Jadi sementara ayah teman adik bersunat kat dalam, mak pulak temankan abang kat luar tunggu giliran.Bagi saya, rasanya lebih mudah jika kita ada beberapa anak lelaki yang hampir sebaya untuk khatankan mereka sekaligus.Moralnya supaya bila sakit, semua sakit.Betul dak.

Pengalaman si Abang pula berkhatan.Abang memang nampak cool.Yup. dalam banyak hal, abang ni memang selalu cool n steady je.Kain pelikat kat kepala tu sebab si Ayah kata bilik tu sejuk sikit, just nak cool down abang yang pastinya nervous dengan apa yang sedang berlaku.heh.

Settle already! alhamdulillah.Selamat sudah keduanya berkhatan. 

Abang ni masa dikhatan, Doc bagitahu kena bius sebanyak empat kali sebab kulitnya tebal sedikit berbanding adik.Sebab tu bila abang keluar dari bilik bedah, dia boleh senyum-senyum lagi.

Maka, bermulalah drama air mata selepas depa ni selesai berkhatan.Lebih tepat lagi selepas ubat bius habis di rumah.Macam si Abang, otw balik masih steady lagi.Si Adik pula, dalam kereta lagi sudah mula drama air mata sementara tunggu abang bersunat.Part ni saya bagitahu awal kot korang nak khatankan anak lelaki sesama macam kami.Get ready mental okey. Semuanya ambik masa sekitar sorang 15 minit untuk berkhatan.Nurse akan bagi ubat dan minta kita terus bagi anak makan ubat tahan sakit.

Kena ingat ya mak pak semua, setiap anak pasti berbeza daya ketahanan, kesabaran dan kekuatan dalam memberi respon terhadap sakit bersunat.Memang ada anak yang relax je walaupun rasa pedih akibat sunat tu.Tapi bagi anak saya yang si Adik khasnya, dia memang jerit-jerit dalam kereta sampai cakap, Adik taknak sunattt...haha.Ko dah selamat sunat pun nak oii.Mula-mula saya pujuk secara berbudi bahasa, bila dia dah menjerit-jerit ( sebab nak hilangkan rasa takut, rasa sakit ) but finally, cara paling efektif ialah ko buat diam je.Gosok2 je rambut dan kepala dia atau peluk dia dalam dakapan kita.

Si Abang pulak, bila dah dok atas katil kat rumah, baru rasa pedih dan sakit.Saya cakap kat Abang, supaya tarik nafas perlahan kalau rasa sakit, but dengar juga dia teresak-esak perlahan.Saya kata kat abang, takpe abang nak menangis pun, nangislah sebab sunat memang sakit kann.Tujuannya supaya dia boleh relieve apa yang tersimpan sejak belum bersunat lagi.It is true.Bila menangis, beban yang anak simpan since sebelum bersunat akan hilang dan reda dengan cara melepaskan tangisan tu.InshaAllah.

Dah selamat keduanya berkhatan.Bagi main gadjet untuk bagi depa lupa sekejap kesakitan bersunat.Padahal, memang tu je pun yang dihadapnya.Dah nak main apa dengan kain pelikat ke hulu hilir kann.hihi.

Alhamdulillah, tidur malam pun lena.Nakk  kencing pun takde drama apa-apa.Hari kedua dah mandi dan sapu ubat kat bahagian yang dilaser.Semua urusan penjagaan baby sunat ni dijalankan oleh Encik Ayah dengan penuh dedikasi:)

Mesti korang nak tahu, macam mana ayah depa buat supaya kain pelikat boleh terangkat macam tu kan.Ceritanya, dua tiga hari sebelum anak-anak bersunat saya dah ingatkan si ayah get ready untuk persiapan anak lepas bersunat.Dia pulak buat tak endah, nak jadikan cerita, balik bersunat tu baru dia sibuk nak pikir alat atau cara nak bagi kain pelikat tu supaya tak kena bird anak, sudahnya korang nak tahu apa yang dia beli untuk setelkan masalah tu? Dia pi cari skarf rambut org pompuan hok plastik yang macam bentuk C tu untuk elak rambut jatuh atas dahi.Ha, benda alah itulah yang dia selit kat lipatan kain pelikat anak supaya kain tak terlekat atas bird budak-budak tu.Memang saya tak puas hati pada mulanya.Tapi bila dia cerita orang dulu guna kulit kelapa atau sabut kelapa, barulah saya faham dan boleh terima.machiam2 kan husband ai tu..huh.

Hari kelima, abang dah boleh pakai seluar atau short. Tengok luka abang memang cepat sembuh dan baik.Si adik pula, time saya menaip entri ini dia masih lagi berpelikat.Ada jugak cuba nak pakai seluar, tapi dia kata tak selesa lagi.Ikutlah nak.Dalam pada bersunat tu, kami sempat bawa depa balik kampung di Muar dan Kota Tinggi Johor masa cuti Krismas.

Dari segi penjagaan makan budak dua ketul ni, saya masak yang rebus-rebus je.Saya ikut saranan doktor supaya bagi makan anak-anak jenis protien macam ayam, ikan supaya cukup khasiat untuk proses pemulihan.Setakat seminggu jaga anak-anak bersunat, semuanya dipermudahkan dan anak-anak juga menunjukkan proses pemulihan yang mudah dan mengembirakan.

Poliklinik Dr Azhar dan Rakan-rakan di Seremban 2- Boleh klik gambar untuk tengok review mak bapak dan pelanggan lain yang mendapat servis dari klinik ini-

Setakat ini dahulu perkongsian pengalaman kami membawa anak berkhatan dan menjaga di rumah.Semoga dapat berkongsi manfaat kepada ibu bapa yang bercadang untuk mengkhatankan anak:) InshaAllah, jika kita fikir ia mudah dan selamat, Allah akan luaskan dan mudahkan urusan kalian.aamin.




Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!