Penghujung January 2021 : Catatan 30 Hari Yang Tinggal Kenangan

 As Salam,

Sungguh.

Cepat benar masa berlalu dan meninggalkan kita.Tahu-tahu hari ini kita sudahpun meninggalkan banyak kenangan dan peristiwa yang dilalui.Bulan pertama pada tahun ini, saya mulai dengan pelbagai adegan perpisahan dengan sahabat baik di tempat kerja.Sedih sudah pasti.Tapi inilah realiti kehidupan.Sahabat datang dan pergi dalam hidup kita.Yang tinggal memory untuk dikenang.

Bersama antara sahabat-sahabat baik yang selalu ada waktu saya memerlukan pertolongan.Salah seorang darinya, Kak Imah ( berbaju kuning ) akan meninggalkan kami kerana berpindah ke kampung halaman di Johor. Terasa kehilangan Kak Imah yang sangat baik dan kaya dengan budi baik.Will miss u kak.


Bersama kalangan sahabat meraikan Kak Imah. Untungnya menjadi orang baik seperti Kak Imah, ibaratnya 7 hari 7 malam majlis perpisahan dengannya diraikan.Banyak perkara baik dan bermanfaat saya belajar dari Kak Imah.Terima kasih Kak Imah kerana selalu give positives vibes.I had learn much from you.


Blog ini pula semakin hari semakin bersawang nampaknya.huhu.Saya pernah sebut sebelum ini.Yang saya tidak akan menulis hanya kerana saya terdesak atau sekadar untuk update blog.Menulis itu bukanlah benda yang boleh dipaksa-paksa.


Entahlah.Agaknya bila dah semakin menginjak usia, minat saya juga sudah berubah.Dulu zaman remaja dan usia 20-an saya memang kemaruk membaca novel, bertimbun novel itu sekarang tersimpan dalam stor rumah.Masuk zaman menjadi Isteri dan mak-mak, buku ke mana. kita ke mana.Yang ni memang tragis.Tahu-tahu anak-anak kecil yang kita pimpin tangannya ke hulu hilir dulu, yang kita suap makanan dengan tangan kita, kini 3 daripanya sudah berusia belasan tahun.


Dalam tempoh usia 30-an, saya mula mengenali Blog, dan benar-benar aktif sekitar tahun  2011-2017-Kini, ada masa jika ada kelapangan, barulah saya benar-benar berblog.Owhh.saya hampir lupa.Saya sebenarnya sudah punya minat baru sejak bermula PKP pada tahun lepas.Orang kata ini hobi orang-orang tua.Yelah tu kot.haha.Saya mula minat menjadi parents of plant.Kemainnn.


Buka facebook,leka tengok update daripada grup Indoor Plant.Tak heran nak tengok cerita artis atau menonton drama korea di Youtube.Tapi bila saya join grup tu, rupanya mitos tentang hobi menanam pokok dan berkebun tu untuk orang tua, salah sama sekali.Ramai je kalangan ahli grup tu muda-muda dari saya.Yup. sebenarnya its part of hobby.Ada orang lelaki lagi hebat pasal pokok dan menjaga pokok.Kita yang mak-mak ni pulak belajar dari depa.hiks.


Antara koleksi Calathea yang saya minati sejak minat berkebun.Terjebak dengan geng Calatheas yang kemaruk mengumpul koleksi pokok yang berdaun cantik.

Kalau ikut perasaan memang nak angkut balik semua pokok time pi nursery.Tapi nasib baik sedar diri.Kita pi nursery sebab orang sponsored, so kenalah pandai ambik hati orang yang sponsored.Karang lain kali siapa lagi nak teman kita pi nursery kann.haha.


Tahun baru pada kali ini buat pertama kalinya saya dan anak-anak tidak ke sekolah.Ah, bukan kami sahaja, entah-entah satu dunia pun macam tu.Pandemik Covid-19 memang sangat melelahkan.Kita yang follow the rules pun letih, apatah lagi mereka yang bekerja di barisan hadapan.Semuanya kena ikut norma baharu.


Termasuklah tugas saya yang dulunya dapat menguruskan urusan pemulangan buku teks dengan mudah, tapi tahun ini perlu kaedah baru.Empat hari 4 malam (kononnya) saya dan rakan team buku teks di sekolah serta dengan bantuan Guru Kelas dan Guru Pembantu, melaksanakan urusan buku teks.Rupanya hikmah disebalik kejadian, sangat istimewa.


Saya bersyukur di saat saya memerlukan bantuan, ramai rakan yang hadir menghulur tangan dan tenaga bagi memastikan urusan berkaitan buku teks berjalan lancar.Semoga Allah terima jariah mereka semua dan mengurniakan mereka kehidupan yang berkat, dipermudahkan urusan dan sihat serta selamat dunia dan akhirat.aaminn.


PDPR Di Rumah

Buat pertama kalinya juga, dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR), saya berusaha menyediakan rakaman video pengajaran saya.Yup, zaman berubah.Kalau dulu telefon tidak boleh dibawa ke sekolah, sekarang sekolah sudah berada dalam telefon!


Apapun, saya bersyukur kerana dengan kemudahan yang banyak, saya sepatutnya dapat menyediakan semua keperluan pembelajaran murid dan anak saya denga sehabis baik.Hakikatnya, saya tak punya alasan pun untuk "mengelat" atau beralasan dalam PDPR saya tahun ini.

Semoga Allah jadikan ini asbab saya mengutip hasil di negeri akhirat nanti.aamin.

Terima kasih Ya Allah, 

atas kesihatan, kesenangan, kemudahan, keselamatan

atas segala kurniaMu yang tidak terhitung.

atas segala hal baik dan hal buruk yang datang dalam hidupku.


Engkaulah sebaik-baik pemberi nikmat, Pelindung dan tempat bergantung.

Sampai jumpa lagi.Hidup ini bukanlah untuk melihat siapa yang paling hebat.Hidup ini adalah untuk melihat siapa yang paling bijak mengurus hidup sebelum mati, siapa yang lebih dahulu meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkan dia.


Notes :Ini entri throwback.Sejak PDPR di rumah, masa berblog semakin mengecil.Masih mengadap laptop, tapi sibuk pula dengan persiapan slide untuk presentation kelas.Doakan saya direzekikan menulis di sini dengan lebih banyak.aamin.



Post a Comment

1 Comments

  1. Saya pun suka calathea, daun banyak pattern dan cantik. Fittonia pun cantik. Semoga dipermudahkan urusan PDPR. Aaminnn...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!