Ramadan Yang Diraikan dan Kisah Blog Yang Sudah Bersawang. Alahaii...

 As salam,

Saya mulai kalam penulisan kali ini dengan ucapan Ramadan Kareem kepada semua rakan Blogger dan silent reader blog ini. Yup, hari ini sudah masuk Ramadan ke-6, dan saya baru sempat mengucapkannya kepada semua pembaca blog ini.Nampak sangat tuan tanah dah macam tak ambik port pasal readers blog dia.haha.Itupun entah-entah readers blog dia tak ambik port dia update blog ke idak.halamak.Sedihnya!

Melayan si Bulus di rumah :) kat mana kita nak buat kerja, kat situlah dia lepaking.sabo je.Mamat hensem bajet sombong ni namanya Aydeen atau lebih tepat lagi Aydeen Iman.Jangan tanya dia ni puasa ke tidak.Kalau ikut nama memang Muslim, tapi tulah..haha.Sorry My Deen ( sebut Maydin, kiki) mama tampal pic awak kat blog kali ini.Anyway awak memang cuteee!


Betullah.menulis di blog atau mana-mana pun, jika takde hati nak menulis, apatah lagi nak update blog, tak akan kemana lah tu.Saya ada  ni.Tak juga busy sangat.Semuanya sihat alhamdulillah.Ya, cuma mungkin diri sendiri yang tak punya semangat nak menulis dan berkongsi bagai.Kali ini saya gagahkan diri yang sedia "gagah" ni untuk bertanya khabar geng readers semua.


Dia macam tahu je kita nak public kan photo dia ni. Pandang camera kemain.haha.

Harapnya korang happy, bersemangat, teguh dan istiqamah dengan segala macam amal soleh sempena kedatangan Ramadan yang dirindui ini.Pada umur saya sekarang, sikit-sikit mulai mempelajari dan memahami, ibadah puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.Ramadan ini lebih indah kalau kita dapat mulai sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita.


Semoga kita semua mendapat rahmat, pengampunan dan keredhoaan Allah Taala pada Ramadan kali ini. Betul sangat.Kita tidak ada daya upaya dan kemampuan untuk buat amal apa pun, jika tanpa pertolonganNya.Lauhawlawallakuwataillahbillahhilaaliyilaazim..


Jika kita belum bertudung atau apa-apa sahaja perbuatan kita yang menyalahi perintah Allah, inilah the best time untuk memulaknnya.Saya percaya, kebanyakan orang, pada bulan ini, hatinya lebih lenbut dan bersih.Untuk mula buat perkara yang betul, kadang kala memang kita kena paksa diri.Biar tak ikhlas.Tapi Allah tahu.Mungkin pada kita yang tak ikhlas itulah, yang Allah nilai dari sudut hati kita paling dalam, itulah keihklasan kita.Wallahhualam.


Sudah sampai masanya, kita perlu berfikir arah dan matlamat hidup kita.Saya sangat terkesan dengan orang-orang yang kita kenali atau selebriti, yang Allah kurniakan mereka hidayah,benarlah apabila kita memilih akhirat, dunia mengejar kita.


Ada juga kata-kata lain yang saya perolehi dari kalangan selebriti ini, apabila kita beriman dengan hari Akhirat, kita tahu, ia benar.Kita memang tak sanggup dengan siksaan kubur, pengadilan pada hari pembalasan dan juga kita memang tidak mampu menghadapi kepanasan dan siksaan di Neraka Jahanam.Masya Allah.

Oh Allah, I Love to fulfill my desire, But I Love you more...Nice words:)


Maka, marilah kita bermula dengan langkah pertama.Meski sedikit.Pilihlah mana-mana amal soleh yang kita mampu buat dan boleh buat. Semoga Ramadan ini mendorong kita untuk memulakan dan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.


Kadangkala perasaan rindu untuk berblog memang ada.Tapi tulah.Mungkin malas atau mungkin diri sendiri bosan dengan blog sendiri.haha.Teruk nau tuan tanah blog ni.Doakan saya terus berusaha memperbaiki diri, bersemangat menghasilkan content blog yang bermanfaat.Doakan saya, dijauhi dari rasa lemah dan malas.


Baik, cukup sekadar ini.Jangan lupa search resepi masakan dan kuih muih saya di alam maya dengan menaip resepi Cik Matahariku ya.Saya mula membangunkan blog ini sekitar tahun 2011 dan mula aktif berkongsi resepi sekitar tahun 2013.Manalah tahu, takde idea nak buat menu berbuka puasa atau bersahur, boleh cuba resepi yang saya kongsikan:)


Sampai jumpa lagi.Wassalam.

Post a Comment

0 Comments