Jagalah Urusanmu Dengan Tuhan.

 Assalamualaikum,

Subhanallah.Lama sangat tak menulis dalam Blog sendiri ni.Entah apa khabar readers Blog ini.Itupun kalau masih ada pembaca lah kan.hehe.Hujung-hujung tahun 2021 ni, terasa nak menulis sesuatu kat sini pulak.Syukur.Dalam banyak hal, Allah masih pinjamkan kehidupan yang bahagia, sihat dan dipermudahkan semua urusan.Alhamdulillah.

Baru-baru ini, saya ada lihat satu perkongsian di laman Instagram.Seorang Ustaz, mengajar kita bahawa kita selalu minta kesihatan, kejayaan atau kekayaan dalam hidup kita.Itu tak salah katanya.Tetapi cuba buat sekali, apabila berdoa, lahirkan daripada hati kita yang paling dalam dan ikhlas, katakan seperti ini : Ya Allah, aku hendak Engkau ya Allah...

Sungguh.Saya benar-benar tersentap apabila mendengar ustaz tu berkata begitu.Tak pernah seumur hidup saya, saya "berani" minta doa seperti itu.Tidak pernah terfikir.Tak pernah " mahu" pun.Tak pernah Allah ilhamkan begitu.Tetapi lewat hari semalam, saya diizinkan untuk melihat perkongsian tersebut.

Sambung ustaz tu lagi, cubalah berdoa begitu.Apabila kita mendapat kasih sayang ALLAH, kita akan mendapat semuanya.Yakinlah.Allahuakbar.

Betul kan.

Saya akui.Tak pernah sekali dalam banyak benda dan hal pada kehidupan saya ini, saya minta doa begitu.Ini hanyalah secebis kisah yang saya ingin kongsikan kepada pembaca budiman. Setiap dari kita, mempunyai kisah tersendiri tentang hubungan kita dengan Allah.

Sebenarnya jika ingin bahagia, bukanlah memperbaiki hubungan kita dengan pasangan, dengan sahabat atau dengan ahli keluarga, yang utama ialah memperbaiki hubungan dengan Allah.Jika kita bahagia dalam hubungan kita dengan Allah, pastilah ALLAH akan menjaga urusan kita dengan yang lainnya.

Catatan kali ini agak ringkas dan pendek sahaja.

Terkadang dalam usia ini, saya lebih suka memilih untuk berdiam dan memerhatikan sahaja. Saya kurangkan pergaulan dan persahabatan dengan ramai orang.Sehingga pernah saya beritahu suami, Dialah sahabat baik yang tinggal untuk saya.Jika dia buat saya sedih, saya rasakan satu dunia buat saya bersedih.huwaaa.Sedih kann.

Semoga kalian mendapat sedikit manfaat dengan catatan ini.

Saya bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat.Saya cuma mahu berkongsi sedikit manfaat yang telah saya nikmati.Yakinlah,Jika baik urusanmu dengan Tuhan, Segala urusanmu yang lain juga akan bertambah baik dan dipermudahkan.aamin.

Sampai jumpa lagi.

Doakan saya kuat untuk istiqamah dengan amal yang sedikit dan kecil ini.aamin

Nota : Catatan kali ini tiada sekeping gambar pun!

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!