Welcome March ! Please Be Kind To Me :)

Assalamualaikum.
Dengan gembiranya menanti bulan ketiga dalam tahun 2023, yelah kan.Mood orang yang menaip entri tengah bercuti sekolah.Haruslah dia happy.haha.Sekurang-kurangnya tak perlu rush bangun pagi-pagi atau mandi subuh sapiee.yeahh.Maksud saya camni.Saya tetap juga bangun seawal jam 5 pagi.Tapi takdelah berkira-kira lepas ni nak bersiap bagai untuk ke sekolah dan sebagainya.Kata cotiii.

Bersama rakan guru di sekolah semasa Majlis Persaraan Cikgu Haizah. Acara penutup bagi sesi persekolahan 2022 sebelum bercuti panjang.yayy.

Bersama sahabat dalam panitia Bahasa Melayu meraikan Kak Haizah yang telah selamat bersara menjelang Mac ini.Semoga kak Haizah menikmati dunia persaraan dengan sebaiknya dan penuh gembira,aamin.

Nampaknya bulan Februari berjaya berlalu tanpa sebarang post baru.Nampak sangat kesibukan sepanjang Februari.Syukur semuanya dah berlalu dan kini sedang persiapkan diri untuk penggal persekolahan baru.Memang rasa aneh bila penggal baru bermula pada Mac, tapi kali ini sudah tahun kedua, kita follow the flow jelah kan.

Bergandingan dengan rakan Pengacara majlis sekolah.Seronok bersama depa sebab selalu positif dan support each other each time masing-masing ada event atau job, kami akan diskus dalam grup kecil kami.Semoga Allah pelihara silaturrahim ini.aamin

Apa nak buat March ni ?
Yang pasti yang saya tunggu-tunggu atau mungkin semua orang tunggu ialah kedatangan Ramadan Al Mubaraq. Ramadan Kareem dijangka pada 23 Mac 2023.Semoga Allah berkati kita semua dan sampaikan kita pada Ramadan nanti.aamin.

Terima Kasih Februari
Yup.Susah senang atau apa sahaja yang kita hadapi, semuanya dalam izin dan aturan Allah. Meskipun hanya lengkap dengan 28 hari, Februari tetap indah bagi saya.yay!!Banyak perkara saya pelajari dalam tempoh 28 hari tersebut.

Cukuplah, jika saya sedari bahawa :
1. Hargai pengorbanan orang tersayang walau kecil dan sedikit.Ia tetap hal yang dilakukan oleh mereka dengan rasa kasih dan sayang kepada kita.

2. Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan sesiapa pun yang kita berurusan.Jika orang tersebut punya banyak kelebihan dari kita, anggaplah kehadiran kita dalam hidup mereka, untuk kita belajar menjadi lebih baik.Jika kita berurusan dengan orang yang mungkin punya kelemahan, bersyukurlah kerana Allah pilih kita untuk melengkapkan hidupnya.

3. Jangan sesekali ajak orang lain tidak menyukai apa yang kita tak suka.Hormati pendirian dan prinsip hidup orang lain.Caranya ialah selesaikan masalah kita dengan orang atau hal yang kita tak suka dengan matang.Orang yang matang tidak akan memburukkan orang lain.

4. Cari dan Curi masa untuk berbuat amal soleh sebanyak-banyaknya.Ramai yang saya kenali sedang sihat tiba-tiba jatuh sakit dan kemudian pergi mengadap Ilahi.Kematian dan ajal memang tidak pernah menunggu kita.Jika telah sampai waktu, tidak kan terlambat atau tercepat walau sesat.

5.Media sosial banyak pilihan.Pilihlah untuk follow insan-insan hebat dalam agama, atau punya kepakaran dalam bidang tertentu yang dapat meningkatkan ilmu, nilai hidup atau bertambah amal kita di dunia ini.InshaAllah, semuanya akan datang kepada kita selagi mana kita menginginkannya.

Bersama anak-anak pengawas SPBT sekolah yang akan meninggalkan kami untuk ke fasa seterusnya iaitu alam menengah.Haih.Terasa sayu dan sedih dengan perpisahan ini.Depa sangat baik dan mudah dibimbing.Semoga Allah pelihara anak-anak ini walau dimana mereka berada.aamin.

Orait, nampaknya Mac semakin mendekat. Jam kat laptop saya ni pun dah menunjukkan jam 1: 16 am.

Untuk March yang mendatang ini :

Berusahalah dengan cara paling baik.
Raihlah kejayaan dengan jalan yang betul
Tidak kan ada  makna kejayaan atau pencapaian jika kita meraihnya tanpa nilai yang benar.
Kepuasan sebuah perjuangan terletak kepada jalan dan proses yang engkau pilih.
Pilihlah yang terbaik mengikut agama bukan dunia semata.

sampai jumpa lagi.kbai.

Post a Comment

2 Comments

  1. cuti sekolah baru muncul ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..yelah Dana.Mood berblog kadang mengada jugak.Nak kena cari the right timing.hhehe.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!