Resepi Biskut Mazola Mudah Dengan Menggunakan Peanut Butter Creamy

 Assalamualaikum,

Salam siaran November yang indah dan barokah.heh.Kemain positif ekau ya.Awal November kami sudah tersurat apabila Encik Suamiku warded 3 hari 2 malam di Hospital Port Dickson ( HPD ).Syukur dah selesai dan dapat kembali ke rumah dengan mudah dan lancar.Allah sebaik-baik pengatur dan penolong.Bab ni saya akan share pada lain kesempatan ya.InshaAllah. 

Biskut Mazola yang ini versi Rajin dan Solehah.Masa ni saya masih guna resepi lama iaitu menggunakan Kacang tanah kisar sendiri di rumahku syurgaku. Mazola versi Peanut butter boleh tengok pic hok bawah ni ya.ehehe. Apa-apaun tunjuk yang lawa dulu.hikss.

biskut mazola peanut butter

Biskut Mazola versi hangus sikit.haha.Masa bakar Biskut Mazola ni, saya tak set semula suhu oven.gitulah mak-mak kalau buat kerja sambil-sambil kan.Kejadian lepas set suhu boleh tengok pic yang kat bawah ya.

semengah sikitlah kan rupa paras biskut Mazola ai ni.jangan tanya mana kacang tanah seketoi pun takdak sbg hiasan atas biskut tu.Asal usul saya buat biskut Mazola ni sebab nak habiskan peanut butter yang dah nak  expired.Jadi, kita memang tak plan nak guna kacang tanah.satu habuk kacang tanah memang takde kat dapo time buat ni.

Wei.Kali ni saya nak kongsikan cara mudah saya buat Biskut Mazola yang super sedap dan creamy dengan hanya menggunakan Peanut Butter!.Mesti korang tak sangka kan.Biskut Mazola zaman tiktok yang serba viral ni, kita yang mak-mak ni dah tak payah susah-susah nak kisar kacang tanah kalau nak buat Biskut Mazola.yay!!

First time saya dapat resepi ini sekitar 3 tahun lepas dari facebook Azlina Ina.Mesti korang kenal kan sis Azlina Ina ni.Followers dia pun dah capai million kot.Kalau korang geng mak-mak yang suka simpan resepi berbanding buat, sesuai betul la follow rapat dia.haha.

Resepi Biskut Mazola Menggunakan Peanut Butter Creamy ( Sukatan Cawan )
Resepi asal : Azlina Ina
Resepi Adjust : Blogger Cik Matahariku

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 cawan peanut butter ( jenama bebas asalkan bahagia )
1 cawan minyak masak ( minyak jagung pun bagus )
1/2 cawan gula kastor ( kalau nak guna gula pasir, blend halus )-manis secukup rasa.
1 biji telur ( ambik kuning sahaja )
Esen vanila ( satu sudu kecil/ sudu teh )
Kacang tanah sebagai hiasan

Cara Menyediakan :

Sediakan tepung Gandum dalam bekas yang sesuai.Masukkan peanut butter,Gaul sampai sebati.Masukkan Gula kastor dan akhir sekali minyak masak.Gaul sampai doh sebati.Kalau doh terlembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit. Adjust doh sehingga boleh bentuk. Terap biskut ikut acuan kegemaran.Kalau malas, ekau bulat-bulatkan je.hiks.

rupa paras biskut mazola Cik Matahariku sebelum dibakar dalam oven.Nampak sesuatu ke ? Nampak tak kemalasan ai kat situ.haha.

orait.Yang ini versi rajin dan solehah. Almaklumlah masa ni buat biskut Mazola nak hidang time raya.Yang versi malas tu sebab buat nak makan-makan sendiri kat rumah.lebih privacy.gitu.haha.

Kalau nak resepi Mazola versi rajin dan solehah ni, boleh tengok kat blog ni atau search je dengan taip biskut Mazola Cik Matahariku-Ok, boleh pilih nak buat resepi yg mana :)

Orait, selamat mencuba.Sesungguhnya yang terbaik dan sempurna dari Allah jua yang Maha Memiliki apa yang ada dilangit dan di bumi.Yang buruk itu, datangnya kerana kelemahan saya sebagai manusia yang serba jahil dan lemah.

Sampai jumpa lagi.Mohon Doa-doakan yg terbaik utk kami sekeluarga.aamin.

Post a Comment

0 Comments