Entri Tahun Baru 2024 Yang Tertunda. Selamat Tahun Baru Silent Readers :)

 Asslamualaikum,

Salam Tahun baru Masihi 2024.Nak kata masa cepat sangat berlalu, memang semua orang tahu.Kita yang ditinggalkan ni. semakin hari semakin baik atau tidak ya ?Diri saya sendiri, dapat rasakan ada banyak benda dan hal dalam hidup saya yang nak kena improve dan buat lebih baik lagi.

Foto ni ambil masa laki bini konon-konon nak tengok sun rise kat PD waterfront.Memang lawa view dia kan.Untunglah jadi org PD.Korang tak dapat view ni kann.haha.

Walaupun gambar takdak kena mengena dengan post, tetap nak cerita yang selagi ada sinar mentari, selagi itulah ada harapan yang boleh kita tunaikan.Percaya pada Aturan hidup yg Allah tentukan buat kita.Allah sebaik-baik penjaga hidup kita :)

Tatkala menulis blog pada malam ini, saya agak moody.Padahal dulu masa start nak masuk forty, dah janji nak jadi seorang yang lebih sabar, tak cepat melenting atau marah, nak jadi lebih matang.Tapi tulah.Bukan semua yang kita nak jadi tu, otak dan akal kita setuju sama.Dia ibarat mulut kata mahu berubah, tapi hati nak jadi jahat lagi.Aduhh.

Lupakan tentang itu, marilah kita hanya bercakap dan muhasabah tentang diri sendiri.Nak cakap pasal orang lain, takut kita tak faham situasi dia.Biarlah.Kita cakap pasal diri sendiri, yg kita tahu situasi kita kenapa kita macam ni, kenapa kita macam tu.

Tahun baru 2024 saya hadapi dengan satu perasaan macam takde apa-apa. Like ko bangun pagi, owh..cuti lagi hari ni.Cuti apa ya? Owhh.Cuti sebab tahun baru.Then, oklah.Macam tu je.Mungkin gaya dan fikiran orang yang dah jadi mak-mak memang macam nilah kot kan.haha.

Jom Buat Rutin Baru di Tahun Baru 2024

Nasihat saya untuk diri sendiri, harapan saya mulai Tahun Baru 2024, saya dapat buat rutin baru untuk menjadikan dunia dan akhirat saya lebih baik.Ini kisah saya kenapa saya terfikir untuk ubah rutin atau buat rutin baru dalam hidup saya. Sebenarnya saya ni seorang yang agak jarang berselawat.Kadang-kadang tu, sampai ada sesiapa tegur kat media sosial, dengan pertanyaan selawat dak lagi hari ni? Saya rasa macam, eh, baru teringat.Aku belum selawat lagi hari ni.Macam tu lah lalainya saya dengan dunia.Allahuakbar.

Mulakan Rutin Berselawat, dan Saksikan Kesannya Dalam Hidup Kita

Pada masa lain, saya ada tonton satu video Tik Tok (VTT) yang mengalakkan kita supaya amalkan selawat beribu-ribu sehari.Kesannya sangat hebat.Jadi, dari situlah saya berhasrat untuk cipta rutin baru, saya mahu mulai berselawat 100 hari sehari.Itu sahajalah kemampuan saya setakat ini.Jahil betul saya kann?

Alhamdulillah.Semuanya datang dari Ilham, hidayah dan petunjuk dariNya.Saya hanya hamba berdosa yang berhasrat ingin ke syurgaNya yang penuh nikmat dan menjauhi NerakaNya yang penuh azab.

Wahai Tuhanku Yang Maha Baik,

Yang selalu sahaja menyenangkan Diriku,

Ampunilah diriku dengan segala kesilapan, kesalahan dan dosa-dosa silam yang ku perbuat.

Janganlah Engkau tinggalkan aku sendiri walau dalam kadar sekelip mata.aamin

Post a Comment

4 Comments

  1. Tu la kan kita ni kekadang lalai. Padahal benda sangat senang je. Semoga istiqomah la kan.

    ReplyDelete
  2. Tak terlambat lagi untuk saya ucapakan selamat tahun baru. Marilah kita mulakan tahun baru ni dengan perkara-perkara yang positif. Terima kasih berikan peringatan.

    Terima kasih sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!