Assalamualaikum,
Cuti sekolah memang part paling best dalam hidup saya sebagai ibu dan isteri.Whoaa.Kali ini saya nak kongsikan Cara saya buat Nasi Ayam dengan menggunakan resepi Che Nom, seorang youtuber terkenal, sekarang pun dah jadi tiktoker terkenal.Tak rugi follow resepi masakan dia, sebab banyak yang saya ikut resepi beliau semuanya sedap dan menjadi.
Nasi Ayam ni sebenarnya banyak betul resepi dan versi.Cuma bagi saya, setakat ini resepi Che Nom memang menjadi kegemaran saya sekeluarga.Yang paling penting nasi dan sambal dia mesti onn kan.
Bab ayam dia nampak macam hangus kan.Sebenarnya tidak.Bila kita perap ayam dengan sos tiram dan kicap plus madu, memang sedikit sebanyak ayam akan nampak macam hangus.Tapi dalam dia sedap je, juicy dan lembut.
Bila tetamu datang rumah, Nasi Ayam antara menu yang menjadi pilihan saya. Ia mudah disediakan dan tak rumit untuk menyiapkannya.
Ini gambar lama tatkala adik saya sekeluarga datang menziarah.Memang seronok bila dapat jamu ahli keluarga atau saudara mara dengan air tangan kita sendiri kann.
Antara hal yang buat saya suka masak dan cuba pelbagai resepi ialah selain permintaan anak-anak, saya nak prepare pelbagai hidangan menu bila ada tetamu datang ke rumah.Jadi, taklah kita buat menu yang sama je setiap kali depa mai rumah.Ya dak ?
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom
Sumber Resepi : Che Nom
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan:
Bahan perap Ayam: 2 sudu besar sos tiram, 2 ulas bawang putih dan 2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam, 1 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar kicap cair.
Bahan untuk nasi ayam: 1/2 senduk mentega,1 kayu manis,5 biji buah pelaga,2 kuntum bunga lawang,2 helai daun pandan,1 batang serai, 3 cawan beras, 4 1/2 cawan air rebusan ayam,Sedikit garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
Bahan untuk sos: 6-8 biji cili merah, 6 biji cili api, Bahan tumbuk halus,2 sudu besar cuka,Garam, Gula dan Sedikit air rebusan ayam.
Bahan untuk kicap: air lebihan perapan ayam,1 mangkuk kecil kicap manis,Sedikit air rebusan ayam
Bahan untuk sup: Lebihan air rebusan ayam,Tulang ayam (jika suka),Karot,Kentang,1 biji bawang besar yg dikisar,1 sup bunjut,1 sudu kecil lada putih, Garam, Gula, Daun sup, Daun bawang
Bahan bahan untuk goreng ayam:Minyak untuk menggoreng,Ayam yang diperap,Sedikit madu.Gunakan madu untuk sapu pada ayam yang sudah digoreng.Tujuan menyapu madu selepas menggoreng ayam ialah supaya ayam tidak mudah hangus atau hitam semasa di goreng.
Bahan-bahan untuk hiasan:Tomato, timun, salad, daun sup dan daun bawang
Sambut birthaday En.Suami pun saya sempat lagi sediakan Nasi Ayam.Haha.Encik Suami saya ni sebenarnya bukan pengemar Nasi Ayam, tapi bila saya masak nasi ini kat rumah, dia akan makan berulang dan bila teringin dia akan minta saya sediakan Nasi Ayam.Maknanya Nasi Ayam resepi ni telah berjaya menawan hati suami sayalah kann.Cubalah.Kot berjaya tawan hati calon suami korang.heh.
Ayam yang gebus dan moist ini menjadi kesukaan anak-anak untuk dimakan bersama Nasi Ayam resepi Che Nom.Korang cubalah buat sendiri kat rumah.Pasti menjadi.InshaAllah :)
Selamat mencuba :)
Cik Matahariku
Azam Tahun Baru 2025 :Nak belajar banyak lagi menu baru untuk suami dan anak-anak :)
4 Comments
Memang resepi Che Nom tak pernah mengecewakan! Saya pun pernah cuba. Nasi Ayam ni pun nampak menyelerakan, tambah pula ayam yang juicy dan sambal yang padu.
ReplyDeleteYa, setuju. Resepi Che Nom memang best.
DeleteAyam tu nampak best.
ReplyDeleteof coz..hehe.Cubalah buat mesti sedapp.
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!