Selamat Tahun Baru 2025 : Hasratkan Yang Terindah dan Terbaik Untuk Dunia Dan Akhirat

 Assalamualaikum,

Update Blog Cik Matahariku Pada Hari ke-21 Tahun 2025- Hi. Sebenarnya den nak kabo yang selepas 21 hari masuk Tahun baru, baru ada masa nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua readers blog yang tersayang ( kalaulah ada lagi pembaca blog suam-suam kuku ni.haha )

Antara perkara manis yang berlaku pada Januari 2025.Saya jarang-jarang dapat nombor bertuah bila ada sesi cabutan.Tapi tahun ini, permulaan yang baik apabila saya antara yang terpilih dapat cabutan Grand Prize pada majlis Dinner sekolah.Nak tahu kisah seterusnya, tunggu update saya kemudian.yeahh.

Dah start cuti sekolah kan. Bermulalah acara masak-masak di rumahku syurgaku. Nama je cuti sekolah. tetap ada tugasan nak kena selesaikan termasuklah laporan dan minit mesyuarat panitia.Apapun, kita bersyukur sahaja sebab ada pekerjaan tetap, sedangkan orang lain mungkin sedang struggle nak tukar kerja atau mencari kerja.Alhamdulillah.

Penting ke ucapan Selamat Tahun Baru setiap kali munculnya tahun baru ?

Pada hemat saya secara peribadi, memang penting dan perlu bagi orang-orang yang mempunyai matlamat, misi dan impian dalam hidup.Tahun baru adalah gambaran atau tanda aras usia meningkat ( mengikut kalendar masihi ), perubahan tempoh masa dalam perkhidmatan dan banyak lagi.

Sebaiknya begitulah. Setiap kali Tahun Baru menjelma, kita tekadkan hasrat untuk menjadi diri kita yang lebih baik dalam segala hal.InshaAllah.

Saya ada terbaca kat Threads ( boleh follow saya dengan nama cikmatahariku )-sempat lagi iklan.haha. Bila usia kita bertambah, dan orang tanya kita berapa umur kita, dengan proudnya jawablah macam ni lebih kurang, I am 28 years old with 20 years experience.. dan, saya suka jawapan macam ni..heh.

Oklah.Bila tahun baru, banyak benda nak capai dan banyak perkara kita inginkan untuk dapat kan. Saya pun macam tu.Cuma teringat, pernah ada orang kata, KITA PADA HARI INI ADALAH APA YANG KITA TELAH BUAT PADA 10  ATAU 20 TAHUN LALU.JIKA BAIK KEHIDUPAN SEKARANG, MAKA BERTERIMA KASIHLAH DENGAN APA YANG TELAH KITA KORBANKAN UNTUK APA YANG KITA CAPAI PADA HARI INI.

Alhamdulillah untuk apa sahaja keadaan yang kita miliki sekarang.

Bagi diri saya, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan dengan pembaca Blog Cik Matahariku. Ini adalah harapan saya di tahun baru 2025 :

  • Libatkan Allah dalam semua urusan kita.InshaAllah dalam setiap urusan, sama ada hal kecil atau besar kita adukan semuanya kepada Allah. Ia sebagai salah satu signal kehambaan kita kepadaNya yang Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Mentadbir dan Maha Mendalam pengetahuanNya tentang diri dan kemampuan kita. Sehinggakan ada sorang Ustaz ni ajarkan, kalau selipar kita putus pun kita mengadu kat Allah, dan bantulah kita untuk dapatkan selipar yang baru.Ya, Kita tak mampu buat apa-apa atau capai apa-apa jika tanpa pertolonganNya.
  • Perbaiki dan pertingkatkan lagi amal soleh sebagai bekalan untuk ke akhirat nanti. Dunia ini hanyalah sebuah perjalanan, bukannya destinasi kita.Kalau nak capai sesuatu, pastikan impian dan cita-cita itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita. Para alim ulama ada beritahu, jika kita meninggal dunia, kita minta Allah kembalikan ke dunia, dan beri masa untuk buat ibadat dan amal soleh sekali lagi.Memang taklah masa tu kan.Dalam Quran ada dialog Allah dan hambaNya tentang hal ini.Kena refer tafsir Quran untuk rujukan seterusnya.
  • Perbanyakkan bersikap tenang dan sabar. Dalam banyak masa, ramai rakan beritahu saya ni cool dan tenang je orangnya.Sebenarnya tidaklah sepenuhnya saya begitu.Banyak masa, saya selalu cakap dalam diri.Kalau marah sekalipun, hal yang sudah terjadi, takkan dapat kembali seperti sediakala.lagipun benda tu berlaku dengan izin Allah juga.Mesti ada hikmahnya. Jadi sabarlah.Dalam masa yang lain, saya seperti orang lain juga. Mudah melatah juga. Ada benda saya kritik juga. Kita bukan orang baik pun.Cuma ada cita-cita nak jadi orang baik. tu je.Jadi tahun baru ni, marilah sama-sama kita menuju dan berlumba-lumba menjadi orang yang selalu buat yang terbaik dalam hal kebaikan.Aamin.
  • Memberi lebih banyak manfaat kepada orang lain. InshaAllah, saya memilih dengan menulis di blog untuk berkongsi manfaat kepada semua pembaca. Kita ni bukanlah orang yang banyak duit atau harta. Amal pun tak seberapa. Harapnya dengan berkongsi apa-apa yang saya tahu, dapatlah sikit saham kat akhirat sana.aamin.
Semoga sudut pandang dan fikiran saya ini dapat difahami oleh readers Cik Matahariku.Mohon maaf kalau ada tulisan dalam post kali ini menyinggung hati. Semoga Allah pelihara niat saya dan doakan semuanya Allah permudahkan untuk kita.

Sampai jumpa lagi.Bye.

Cik Matahariku
Teringin update blog macam dulu-dulu.Harap Allah izinkan :)

Post a Comment

0 Comments