Assalamualaikum,
Hi, Apa khabar semua pembaca Blog Cik Matahariku?Yeahh. Cuti sekolah ni, kebetulan pula Encik Suami pun cuti sebab Chinese New Year, rajinlah dia bawak anak beranak jalan-jalan ke Lotus, Lukut Port Dikcson. Area rumah saya ni agak strategik la jugak. Kami berada di centre point ke Port Dickson atau Seremban.Mana-mana mudah nak aksess. Alhamdulillah :)
Sedapnya Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut, Port Dickson.Jom Cuba :)
Setakat ini saya belum rajin lagi nak buat sendiri Yee Mee Sizzling ni kat rumah.Walaupun ia asalnya feveret si bapak, sekarang ni anak-anak pun dah suka Sizzlling ni lepas ayah depa bawak makanYee Mee Sizzling kat Lotus Lukut. Kali ini tak tahulah dah kali ke berapa si bapak ajak makan Yee Mee kat sini Korang pernah tak cuba Yee Mee Sizling yang kat sini? Ataupun korang rasa kat mana-mana pun, Yee Mee ni memang macam tu pun rasanya.kann? haha. Lantak situ.
Yee Mee Sizzling yang kami order di food court Lotus, Lukut. Satu set macam ni RM 6 sahaja.Yang bestnya part makan Sizzling ni sebab dia hidang panas-panas, jadi macam makan kat rumah.Walaupun hakikatnya ko makan kat kedai.haha.
Nampak sangat anak beranak dah kelaparan. Yee Mee tengah panas-panas pun hadap je.Biasanya kalau makan kat pan macam tu, sekejap je panas dia kan.
Pak depa ni kalau makan kat luar, dia memang rajin jadi tukang serve dan ambik makanan bagai.Dari sejak kahwin dia memang macam tu.Takpelah kita bagi chance.Kalau makan kat rumah, anak-anak yang serve semua termasuklah part sendukkan nasi untuk ahli keluarga.Masing-masing ada part sendiri.
Seronok dapat makan Yee Mee sizzling sebab semua dah kelaparan.
Selamat menjamu selera Encik Suamiku- Semoga berbahagia selalu.aamiin.hikss
Alhamdulillah. Semoga bertambah barokah dan mewah rezeki suamiku dan kami sekeluarga.
Meh doakan ramai-ramai :)
Cik Matahariku,
Tunggu Encik Suami request masak Yee Mee Sizzling kat rumah, selagi dia tak request kita makan jelah kat Lotus kalau teringin.hehe.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!