Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025-Hari tu masa saya tengok igstories Neelofa, dia ada share list preparation beliau sebelum tiba Ramadan.Sebenarnya, sharing tu daripada followers dia yang lain, dia share semula dalam igstories. Saya tengok sekali lalu, but still sempat baca semua details.Cuma sekarang ini saya tak ingatlah semuanya.Its about 2 or 3 last days.Sori deh.Nak kongsi kat sini jugak sebab rasa impresss betul dengan cara Neelofa meraikan bulan barakah dan sangat mulia iaitu Ramadan Al Mubarak.

Neelofa yang selalu menginspirasikan.Bagaimana dia berubah sehingga 180 darjah dari segi pemakaian dan juga bagaimana baiknya dia mengajak rakan-rakan artisnya untuk bersama-samanya mendapat kebaikan dalam beragama.

Sebelum-sebelum ni, masa anak-anak kecik dan baru belajar berpuasa, saya ada lah jugak buat list preparation nak Puasa sebab masa tu nak anak-anak happy berpuasa dan kita jamu dengan menu berbuka yang sedap-sedap.Macam tu ko tarbiyyah anak berpuasa ya.haha. Nampak tak kat situ.Beza mak ada ilmu dengan takdak ilmu.huhu.

Hubungan baiknya dengan ibunya juga menjadi teladan yang baik kepada kita semua.Sehingga ibunya pernah bercerita, Neelofa ni jenis anak yang selalu berkongsi apa sahaja dengan ibunya dan selalu mohon doa ibunya dalam apa sahaja yang ingin dicapainya dalam hidup.

Insof sekejap.Yelah kita ni nama je anak lima orang.Dah hampir 20 tahun berkeluarga. Moralnya tetaplah menimba ilmu walau dengan siapapun, meskipun orang tu ibu muda dan anak baru dua.Saya memang pengikut Neelofa di Instagram, sebab suka dengan perkembangan hidupnya yang sangat menjaga hubungannya dengan ALLAH. No wonder Allah bagi dia berjaya dalam bisness dia, ibarat Allah bagi dunia kat dia.Sebab dengan kekayaan dan kecantikan yang dia ada, dengan kerjaya dia, dia pilih untuk berniqab.Pada saya itu pengorbanan terbesar seorang wanita cantik.

Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

Sekali lagi, saya ulang.Saya just ingat randomly. Kalau ada yang pernah baca atau tahu list sebenar, bolehlah share kat komen.List ni lebih kepada kita tiru benda baik dari Neelofa.Boleh tambah atau buat ikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

1. Sediakan menu untuk berbuka sekeluarga- kalau dapat sediakan awal, boleh belanja barang dapur awal dan tak kelam kabut untuk persiapan sahur dan persiapan terawih.

2. Boleh sharing atau save niat puasa Ramadan, syarat sah dan batal puasa, niat solat sunat terawih dan solat sunat lain.

3. Bersedia dengan ganti puasa bagi yang wanita.Boleh latih anak-anak puasa sunat di bulan Rejab atau Syaaban supaya tak terkejut pada hari pertama puasa Ramadan.

4. Kemas rumah dan buat gotong-royong sebelum puasa. Sekurang-kurang bila dah hujung puasa, tinggal kemas sikit-sikit untuk  persiapan sambut raya.

5.Boleh rancang untuk buat tadarus dengan keluarga atau sahabat handai atau rakan sekerja.

6. Senaraikan doa-doa terbaik yang boleh didapati dari media sosial atau yang di kongsikan oleh ustaz dan ustazah.Ramadan di dalamnya ada satu malam yang tidak akan ditolak sebarang doa, iaitu malam Lailatul Qadr.

7.Boleh pilih surah-surah mana dalam Al Quran yang kita nak tadabbur maksudnya.Ada banyak program di media sosial program Tadabbur Quran yang dibuat secara online.Ada juga yang saya pernah jumpa perkongsian percuma tentang Tadabbur Surah-surah dalam Quran.

8. Sediakan Telekung atau pakaian solat bersih atau beli yang baharu jika berkemampuan untuk beribadat sepanjang Ramadan.

9.Rancang nak buat apa jika datang waktu haid/ nifas semasa Ramadan.Contohnya pilih zikir atau selawat yang boleh kita amalkan sepanjang kita sedang haid/ nifas.

10.Sediakan rutin atau jadual amalan bulan Ramadan kepada semua ahli keluarga supaya mendapat kerjasama dari anak-anak contohnya jadual sehari atau seminggu di bulan ramadan.Waktu berbuka, bersahur dan waktu imsak, banyakkan zikir dan baca Al Quran dan sebagainya.

Beliau juga seorang isteri yang mengutamakan suami dalam kehidupannya.Ibarat mana yang baik hubungan beliau dengan suaminya, kita boleh contohi.Semoga terus disayangi penduduk bumi dan langit wahai Neelofa :)

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda sekeluarga :)



Cik Matahariku,
Nak kumpul doa terbaik banyak-banyak.Sebab kadang-kadang tak tahu nak doa apa, sebab rasa Allah dah bagi semua yang kita inginkan..Alhamdulillah.



Post a Comment

0 Comments