Rahsia Amalan Surah Al Baqarah Ayat 284 Hingga 286 : Allah Cukupkan Semua Keperluan Dunia Akhirat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rahsia Amalan Surah Al Baqarah Ayat 284 Hingga 286 : Allah Cukupkan Semua Keperluan Dunia Akhirat- Alhamdulillah.Surah Al Baqarah Ayat 284 hingga 286 ni, atau mudahnya kita sebut dua ayat terakhir surah Al Baqarah, betul-betul menginsafkan saya.Teringat saat-saat awal saya mula menghafaz dua ayat terakhir ini sebab masa tu kekerapan saya mengamalkan zikir Al Mathurat. Pendek kata, dia seperti menghafaz secara tak sengaja kerana kelaziman saya mengulang-ngulang bacaan ayat tersebut setiap kali selepas solat subuh dan Asar.

Saya anggap masa tu adalah zaman kegemilangan  atau zaman saya sangat komited dan istiqamah dengan amalan zikir Al Mathurat.Yelah, zaman kita masih bujang, belajar di kampus dan ikut usrah bersama kawan-kawan di ABIM, kita dapat konsisten baca pagi dan petang dan tahu-tahu eh, aku dah hafal rupanya zikir-zikir ni.Tanpa sedar.

Masa berlalu.Bila berkahwin dan sibuk menguruskan anak dan keluarga, lama-lama saya meninggalkan amalan bacaan zikir Al Mathurat ini.Dia ibarat masa tu kita rasa semua zikir pun sama je kan.Tujuannya untuk mengingati Allah.Bila ingat balik, ruginya rasa. Sampai sekarang agak susah nak mula balik.Macam Allah tak izin dan takde rezeki nak amalkan Al Mathurat ni. Allah sahaja yang tahu segalanya.

Allah Beri Peluang Beramal Semula

Sehinggalah suatu hari, bila scroll media sosial, terjumpa ada sorang ustaz ni bagitahu amalkan sebelum berdoa dengan bacaan ayat 284-286 surah Al Baqarah.Katanya, Allah akan cukupkan semua keperluan kita, dan semua doa kita tak akan ditolak.Saya dengar macam, wahh..bestnya.Ayat apakah itu? Ya, masa tu kita tak tahu pun, bahawa ayat yang dimaksudkan itu kita dah ulang-ulang setiap hari.Dia macam rutin wirid kita lepas solat, cuma kadang buat dan kadang tidak.

Bila saya scroll bahagian komen netizen, tahulah saya bahawa ayat tersebut telah saya baca tanpa saya ambik berat pun akan kelebihan dan keistimewaan ayat tersebut.Sekali lagi berasa rugi sebab beramal tanpa ilmu.Aduhhh. Mungkin sebab itulah, saya doa tapi saya tak memahami secara mendalam apa yang saya minta.Dia macam mintak doa diangin lalu.Kalau dapat, bonus, tak dapat,bukan rezeki..huhu.

Jom, kita perhatikan ayat dan maksud  Surah Al Baqarah Ayat 284 Hingga 286



Berdoalah Kepada Allah Dengan Penuh Pengharapan dan Kefahaman
Saya percaya, kadang kita ni hafal doa dalam bahasa Arab tanpa kita ambik berat maksudnya dengan lebih mendalam.Memang ada dan banyak bezanya bila kita berdoa dalam bahasa Arab dan kita tahu maksud doa yang kita lafazkan tu. Dan saya akui, bila kita berdoa dengan sesungguhnya sebab kita faham apa yang kita mohonkan, kita dapat rasa, Allah memang nak bagi apa yang kita mohonkan tu, sebab itulah dia lorongkan kita dengan doa yang sama berulang kali.Korang perasan tak benda ni?

Keistimewaan Amalan Dua Ayat Terakhir surah Al Baqarah :

1. Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan.

2.Imannya akan diperbaharui kerana di dalam ayat tersebut adanya sikap pasrah dan berserah diri kepada Allah Ta’ala.

3.Boleh digunakan sebagai pengganti dari berbagai zikir kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat.

4. Dijauhi daripada gangguan jin, syaitan dan makhluk halus yang selalu merosakkan fikiran manusi

Makna Mencukupi Keperluan Dunia Akhirat

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

Amalan Membaca 7 kali setiap hari Surah Al Baqarah Ayat 284-286

Usahakan membaca ayat ini sekurang-kurangnya 7 kali setiap hari. Maha Suci Allah, terlalu banyak keistimewaan buat pengamalnya atas izin Allah antaranya;

  • Jika dia seorang lemah, maka akan menjadi kuat
  • Jika dia seorang hina, maka akan menjadi mulia
  • Jika dia kalah, maka akan segera mendapat pertolongan
  • Jika dia dalam kesempitan, maka akan mendapat ketenangan
  • Jika dia berhutang, maka akan segera dapat melunaskan
  • Jika dia dalam kesusahan, maka akan diberikan kesenangan
Pengalaman peribadi saya yang baru cuba amalkan dua ayat terakhir surah Al Baqarah ini memang sangat menakjubkan.Yang penting kuncinya ialah amalkan dan cuba istiqamah, InshaAllah akan nampak hasilnya.Kalau tak amal, kita tak dapat keistimewaanya.

Keyakinan dalam berdoa juga sangat penting.
Apakah keyakinan yang dimaksudkan itu? Kena yakin Allah akan bagi, Allah akan aturkan dan uruskan sehingga apa yang kita mohon itu berhasil kita dapat. Allah itu sangat dekat dengan kita.Hatta suami, isteri, anak dan ibu bapa pun tidak akan faham atau dekat dengan kita seperti mana dekatnya Allah kepada kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarkan dan kongsikan kepada rakan dan sahabat handai.InshaAllah.Allah pasti makbulkan !:)

Cik Matahariku
Bezanya doamu dan doaku adalah kepercayaanku kepada Tuhanku.
Aku tahu Tuhanku tidak akan menghampakan diriku.
Tuhanku pasti mendengar dan mengetahui apa yang aku lahirkan dan aku sembunyikan.
Jika Tuhanku tidak memberi seperti yang aku inginkan,
Aku Tahu kerana DIA lebih tahu apa yang terbaiknya aku perolehi.
Terima Kasih Tuhanku Yang Maha Baik...

Post a Comment

0 Comments