Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Excited kemain dapat tengok Encik Suami bayar Zakat Fitrah hujung minggu ni. Syukur ada penjaga kita yang bertanggungjawab menguruskan bayaran zakat fitrah kami sekeluarga.Sebenarnya, hujung minggu ni kami balik kampung di Muo.Pulang dari kampung, singgah di Lotus, selesai membeli barang yang diperlukan, Encik Suami nampak kaunter zakat. Teruslah dia singgah bayar.
Encik Suami sedang melafazkan akad membayar zakat fitrah untuk kami sekeluarga.
Semoga Allah tambah barokah keatas rezeki kami sekeluarga.Dilimpahi rezeki yang mewah, yang tidak pernah putus dan mencukupi buat keperluan kami sekeluarga.aamin
Dulu-dulu zaman belum kahwin, abah saya lah yang bayar zakat fitrah untuk saya. Setiap kali balik rumah lepas bayar zakat, abah akan tunjuk resit zakat tu.Nampaklah jumlah yang abah saya bayar. Perkiraan zakat fitrah kat negeri Johor atau negeri lain berbeza-beza ikut negeri kan.
Kadar zakat fitrah dibayar mengikut harga dan gred beras yang kita gunakan seharian. Memandangkan kami ni rakyat marhein, biasa makan super special tempatan sahaja, maka zakat fitrah yang dibayar ialah RM7.50 untuk seorang. Alhamdulillah.
Waktu-waktu membayar zakat fitrah.Marilah bersegera membayar zakat bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat sama-sama meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.
Semoga ALLAH mudahkan kita semua dalam melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi apa sahaja laranganNya.Aamin.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!