Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku- Alhamdulillah.Syukur pada tahun ini kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia Ramadan, yang datangnya dengan seribu rahmat, seribu pengampunan dan seribu kemuliaan. Kadang terasa sayu, masa sampai bulan rejab dan Syaaban tempohari, ada satu doa yang para ustaz ajarkan untuk kita amalkan. korang pun mesti ada baca doa ni kan ?
DOA MEMASUKI BULAN REJAB DAN SYAABAN
Doa yang sebaiknya diamalkan tatkala bulan Rejab dan Syaaban
Yang saya kata sayu tadi tu sebab tahu-tahu hari in kita dah berada dalam bulan Ramadan kan.Maha baiknya Allah. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan hambaNya yang selalu dapat bersyukur dengan segala kurniaanNya.
Bila umur dah masuk team makcik-makcik ni, puasa kita dah level bukan lagi menahan lapar dan dahaga lah kan. Tapi tulah, sebab perasan masih belia remaja, kadang puasa pun jadi level kanak-kanak ribena.haha.Kena pulak kerja kat sekolah sambil mengajar budak-budak tahun 1 dan 2.Memang geng kita budak-budak yang masih belajar berpuasa la. Nasib cikgu tak join makan kat kantin.hikss.
Pada kesempatan ini jugak, saya ingin sampaikan ucapan :
Selamat Meraikan Ramadan Al Mubaraq.
Semoga ALLAH melimpahi hidup kita semua dengan keberkatan dan kemuliaan Ramadan.
Dijauhi daripada azab api neraka dan siksaan kubur.
Dikurniakan doa yang makbul, dapat beribadat pada Malam Lailatul Qadr dan dikurniakan kesihatan tubuh badan, sihat sejahtera, hidup bahagia sekeluarga dunia akhirat. Aamin.
Apa agaknya menu korang dah masuk dua hari Ramadan ni?
Macam saya kata, mak-mak ni dah tak kisah berbuka lauk apa dan menu apa. Pak-pak mungkin kisah kot.haha.Saya pula, menu berbuka saya yang akan fikirkan, cuma kena dapat approve anak bongsu pula.Si Abang dan kakak follow je.Depa malas nak gaduhh.Janji mama masak sedap.hehe.
Perlahan-lahan tetap juga kita mak pak ni nasihatkan anak-anak yang semakin membesar ni bahawa nilai puasa itu tinggi.Ia setanding nilai solat yang kita panggil sebagai Ibadah.Puasa juga ibadah wajib yang kita akan tunaikan sepanjang bulan Ramadan.
Sebelum saya mengakhiri catatan Ramadan ini, jemputlah tengok post-post saya sebelum ini pada Ramadan-ramadan lepas.Saya ada kongsi banyak resepi untuk berbuka puasa dan bersahur untuk korang:)
Ayam paprik ni antara fevourite anak-anak, kalau tak bulan puasa ni
depa suka je makan ayam paprik
Agar-agar coklat ni korang patut cuba.Sangatlah ngam dekat tekak.Tambah-tambah musim panas
macam sekarang.Bila kita buat sendiri rasa manis agar-agar coklat ni kita boleh adjust:)
Sagu gula melaka ni pun sama segar dan sejuk kat tekak.
Saya suka makan ni kalau lepas solat terawih.
RESEPI HOMEMADE AIR TANGAN CIK MATAHARIKU
Kalau ada sesiapa yang pernah ikut resepi kat blog ini, depa pasti akui bahawa resepi yang saya kongsikan dalam blog ini kebanyakannya saya dah cuba buat sendiri dan menjadi.Insha Allah. Korang pi kat menu kat bahagian atas blog, klik menu RESEPI CIK MATAHARIKU.Semoga ALLAH kurniakan kita kemudahan, kesabaran dan nikmat sebanyaknya sepanjang Ramadan ini.Sampai jumpa lagi :)
Ramadan ini ahli rumah saya berkurang. Dari bertujuh, tinggal berlima.Semoga anak-anakku yang sedang di perantauan, ALLAH mudahkan urusan belajar di bulan Ramadan ini.aamin
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!