Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Tahun Baru 2026 : Semoga Menjadi Tahun Yang Penuh Dengan Keberuntungan- Haih.Tertinggal jauh juga keretapi saya kali ini.Dekat seminggu menjelang tahun baru 2026, inilah baru pertama kali saya buat post di Blog sendiri. Apa khabar pembaca Blog Cik Matahariku? Masihkah menjadi diri yang sama, atau sudah punya azam yang sudah berjalan seiring dengan pergerakan waktu?
Teringat pesan Influencer terkenal, Khairul Aming (KA) tatkala beliau berkongsi berita baik pembukaan Restoran Rembayung miliknya. Banyak juga yang beliau pesan kepada semua pengikutnya di media sosial, tapi saya teringat yang satu ini.
"A comfort zone is a beautiful place, but nothing grows there"
Betul sangat lah tu KA. Kalau imbas semula kehidupan saya sekitar 10 tahun lalu, jika saya dan Encik Suami tidak buat keputusan besar iaitu berpindah ke Negeri Pasir Berdengung ni, kami pun tidak tahu ada jalan kebahagiaan dan rezeki yang terbentang luas di sini.Alhamdulillah. Rezeki kita pada masa akan datang, memang kita tidak tahu, tapi bila kita berusaha untuk perbaiki diri dan keluarga, InshaAllah akan ada jalan dan peluang yang datang.
Kehidupan yang selesa bukanlah suatu masalah, tapi kita tidak akan banyak belajar.Percayalah. Hijrah itu adalah suatu kesempatan memperbaiki kehidupan.Mungkin kita sendiri tidak terfikir pun akan mendapat sesuatu yang lebih besar nilainya dalam hidup kita.
Sempena Tahun baru 2026, banyak perkara yang bermain dalam fikiran untuk dilaksanakan. Saya ingin kongsikan, antara cara termudah dan berkesan, bagaimana kita dapat mencapai impian atau hajat kita hanya dengan menulisnya dalam sebuah buku.
Ya, tulislah impian anda supaya ia menjadi kenyataan yang membahagiakan.
Macam pelik kan.Tapi saya sudah melakukannya sejak usia belasan tahun lagi. Saya kongsikan begitu sebab saya sudah mendapat banyak impian hidup hanya dengan menulis impian saya. Allah itu tidak pernah menafikan sekecil-kecil perkara impian kita.Jadi, kenapa tidak pernah yakin bahawa meski hanya di ruang kertas, impian tetap berjalan di atas Takdir Ilahi.
Kalau korang rajin perhatikan, kebanyakan orang-orang berjaya dalam bidang masing-masing, antara persamaan mereka ialah menulis apa yang mereka rancang dalam hidup mereka. Mereka menulis.Ya, itulah sebabnya orang-orang seperti Khairul Aming mengurus perjalanan kerjaya dan perniagaannya dengan sangat baik sekali.
Apabila kita gagal merancang, ia bermakna kita merancang untuk gagal-
Kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku,
Selamat Tahun Baru 2026.
Bukanlah semua yang berlalu itu tidak baik untuk dikenang.
Jika ada kebaikan atau pengajaran, sama-samalah kita muhasabah.
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia,
Tanpa kita mengambil ibrah daripadanya.
Semoga Tahun 2026,
Semua kepayahan menjadi mudah,
segala kedukaan menjadi bahagia yang indah,
Setiap kesakitan beroleh kesembuhan syifa,
Segala kegagalan diganti usaha yang berhasil,
Setiap lelah dan pengorbanan tercipta kejayaan bermakna.
Semoga setahun mendatang dan tahun-tahun yang menunggu
Adalah tahun penuh keberuntungan, kemewahan, dan keberhasilan setiap harapan.
aamin.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!