Ramadan Yang Paling Tenang Buatku

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam Ramadan Kareem kepada readers Blog Cik Matahariku-Wahh.Seronoknya dapat jumpa sekali lagi Ramadan pada tahun ini. Ramadan yang bagi mak-mak macam saya ni bukan lagi tentang memilih menu yang enak sahaja, malah memikirkan bagaimana nak jadikan Ramadan ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Korang pula macam mana?

Gambar ramadan lepas, program masak bubur lambuk di sekolah.
Pengalaman bergotong royong menyediakan bahan masakan bersama rakan guru, sebenarnya sedikit sebanyak menjadi moment ramadan yang takkan kita lupakan.

Teringat beberapa hari sebelum Ramadan, saya tengok kat Story Neelofa, dia kata Ramadan ni biarlah kita bersunyi-sunyi, betenang-tenang buat amal ibadah antara kita dengan Allah sahaja.Doalah banyak-banyak katanya.Setiap saat dalam bulan Ramadan ini adalah waktu doa-doa dimakbulkan dan sangat mustajab. Marilah kita sama-sama berusaha merintis jalan dan membuka pintu kepada kebaikan, tidak kira sebesar atau sekecil apa, kita usahakan.

Menjelang pertengahan Ramadan, saya luahkan kesyukuran pada hari ini, kerana masih dikurniakan kesihatan, kemampuan dan kesanggupan menyediakan atau memasak sendiri hidangan berbuka untuk suami tersayang dan anak-anak ( tinggal dua orang sahaja di rumah ).

Kadang-kadang saya berasa ajaib dengan bulan Ramadan kali ini. Selain Allah ringankan saya, awal pagi sahur saya sekeluarga tidak lagi diberatkan dengan memasak menu nasi dan lauk ( sebab En Suami dan anak-anak nak makan ringan-ringan dan alas perut sahaja ) sebelah petang pula, dalam masa satu jam setengah sahaja, saya sempat pula menyediakan hidangan berbuka.Saya akan mula masuk dapur mulai jam 6 petang, dan berakhir sekitar 10-15 minit sebelum waktu berbuka, saya dah boleh hidang menu berbuka di meja makan.

Iftar bersama keluarga dan saudara mara juga antara nikmat ramadan yang tidak semua orang mendapatnya.

Pelbagai hidangan berbuka ibarat kita berkongsi rezeki dengan ahli keluarga dan sama-sama menikmati rezeki kurniaan Tuhan.

Pasti Allah mendengar doa saya lewat solat, saya mohon tidak terkejar-kejar sebaik usai solat 5 waktu sepanjang ramadan ini. Saya nak berlama-lama atas sejadah. walaupun kadangkala, lebih lama dekat phone berbanding sejadah.huhu.Baiknya Allah kepadaku..

Seperkara lagi, ada satu doa yang saya suka ucapkan bila saya sedang sibuk, berkaitan masa.Saya pernah dengar, masa tu juga makhluk yang Allah cipta.Jadi, saya akan berdoa, dengan menyebut, wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku rezeki yang halal lagi berkat, rezeki yang tidak perlu aku terkejar-kejar dan berpenat lelah untuk mendapatkannya-aamin.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kita ikut sangkaan hambaNya kan.Itu yang ustaz dan ustazah biasa ingatkan. Jadi, saya yakin dan penuh percaya, kebergantungan kita akan kekuasaan Allah itulah yang buat doa kita menjadi mudah dikabulkan. InshaAllah.

Akhirnya,
Semoga Ramadan tahun ini menjadi lebih baik buat diri kita dengan niat untuk memperbaiki amalan walau sekecil-kecil amalan, berusaha memudahkan urusan saudara kita, perbanyakan sedekah dan amal jariah, berkata-kata yang baik, saling memaafkan dan sebagainya.


Cik  Matahariku :
Mungkin waktu lain kita tidak mampu untuk menjaga Istiqamah dalam ibadah khusus kita, marilah pada bulan yang mulia dan penuh barokah ini, kita pilih satu amalan kecil untuk istiqamah. Allah datang kepada kita lebih dekat berbanding kita datang kepadaNya.

 


Post a Comment

0 Comments