Assalamualaikum,
Jarang-Jarang saya nak bersiaran dengan ayat-ayat sedih, sugul dan luahan macam ni kan. Saya pun manusia biasa.Kadang Allah bagi bahagia, ada masa Allah bagi duka supaya saya sentiasa beringat bahawasanya Dialah Raja dan Penguasa segala hamba.Jangan pandang ada hamba yang lebih baik dari DIA yang maha kuasa.Kalau kita rasa ada seseorang yang hebat, ingatlah bukan dia yang hebat sebenarnya.Tapi Allahlah yang maha baik bagi orang tu hebat supaya dapat memenuhi impian kita.Semuanya dari Allah semata-mata.
Jadilah seperti senja.Dia tahu kegelapan akan menjelma, namun dia juga berharap sinar pagi pada esoknya pasti bertandang. Fitrah alam, kegelapan akan berganti terang, hujan kan diikuti pelangi yang cantik terbentang.Jika kita ada Allah,
Kita ada SegalaNya!
Kita ada SegalaNya!
Inilah motivasi saya untuk hilangkan kesedihan di hati saya sekarang.Manusia siapa pun disisi kita, pasti akan ada menghampakan atau mengecewakan kita.Tapi Allah yang maha baik, tidak akan sekali-kali meninggalkan kita.
Kepada pembaca budiman,
Saya ingin kongsikan di sini, jika kita disakiti, jangan terlalu memikirkan rasa hampa atau kecewa kita menguasai diri. Seorang wanita yang matang, tidak akan kalah oleh perasaan luka di hati.Sebab pergantungan kita kuat kepada Allah, bukan pada makhluk. Jika kita dalam kesedihan atau kekecewaan, kita cari solusi.Apa solusi yang paling baik? Kita cari cara menyembuhkan luka sendiri.
Siapa pun makhluk Allah yang buat kita menangis, itu urusan dia dengan Tuhan. Asalkan bukan kita yang buat Allah murka. Ingat.Usah lemah.Boleh menangis, tapi jangan sampai kita tewas oleh perasaan sendiri.
Baiknya Allah.
Dia bagi saya kurang gembira hari ini, tapi DIA ajar saya cara bersangka baik dengan dugaanNya. Kalau kita faham dan bersangka baik dengan apa sahaja ujianNya, kita tidak akan larut dalam kesedihan yang panjang.
Semoga Allah terus memimpin hati kita, selalu percaya bahawa setiap aturanNya mengandungi hikmah yang tersembunyi.
Kalau kita ingin beri kepercayaan kepada makhluk, usah beri seratus peratus. Kepercayaan dan harapan kepada makhluk tidak dapat menjamin yang suatu hari nanti dia akan tetap setia dan jujur dengan kita. Perhatikan sahaja siapa pun makhluk yang kita berurusan.Jika dengan hukum hakam Allah pun dia langgar, dia ambil remeh atau dia buat tidak peduli, apalah agaknya nasib kita kalau kita berharap dan bergantung kepadanya?
Cukuplah Allah bagiku.
Terima kasih kerana tidak dapat bertahan dalam kejujuran yang panjang.
Aku tidak berharap kepadamu.
Aku hanya berharap kepada Tuhanku...
Semoga perkongsian ini memberi sedikit nasihat dan pengajaran bersama. Manusia tidak kan lepas untuk membuat kita marah, sedih, kesal atau kecewa. Jadi, anggaplah makhluk hanyalah pinjaman, asbab untuk Allah kabulkan doa kita. Hanya asbab.Semuanya dari DIA.
Cik Matahariku,
lagu ini sangat mendalam mengambarkan perasaan sendiri :(
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!