Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hi, Syukur.
Kalau korang dapat baca post yang ini, maknanya tuan tanah masih wujud lagi di dunia yang fana ini.huhu. Apa khabar semua readers Blog Cik Matahariku? Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan lagi nikmat sihat, nikmat tenang dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Menjelang November, seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun "kesibukan" hampir kepada semua guru di Malaysia.haha.kemain statement.Kalau tengok calendar peribadi saya, penuh aktiviti sekolah yang memerlukan komitmen kita.Tapi bila kita faham dan sedar, itu sebahagian tanggungjawab yang perlu kita tunaikan, kita hadap sajalah dan tenang-tenang selesaikan tugas kita.
Belajar Mendidik Dengan Hati
Pada masa ini, saya sedang menguruskan proses Pemulangan Buku Teks di sekolah. Hari ini terjadi satu peristiwa kecil, yang bagi saya menuntut budi bicara dan ihsan saya.
Kelazimannya, semasa proses pemulangan buku, akan ada sahaja murid yang menghilangkan buku teks dan sepatutnya perlu diganti buku yang hilang dengan buku yang sama.Namun ada sesetengah ibu bapa, yang ingin mendidik anak mengambil tanggungjawab dengan membayar sendiri buku yang hilang dengan duit tabung dan sebagainya.
Nak jadikan cerita, hari ini pula ada Majlis Qhatam Quran murid tahun 6 di sekolah. Ketika saya sedang membuat 'sorting" buku teks bersama pengawas SPBT, datang dua orang murid tahun 6, sambil beritahu nak bayar denda buku yang mereka hilangkan. Surat makluman ganti buku atau bayar harga buku telah saya serahkan sebelum ini kepada mereka.
"Cikgu, saya nak bayar buku yang hilang.." sambil tunjuk not sepuluh ringgit.
" Awak dah cari ke buku tu..? memang tak jumpa? saya bersoal jawab sambil buka fail rekod buku hilang. Saya kenal je kedua murid ini. Dengan berpakaian baju melayu, saya agak mereka baru selesai majlis Qhatam Quran.
" Wahh.. awak dah khatam ya? Cikgu banggalah budak muda-muda ni dah khatam Quran, awk dapat hadiah la tu kann? Sempat saya bersembang sambil meneliti nama empunya diri.
"Ha ah.Dapat pulut kuning, nasi lemak, dengan duit.." rakan yang sorang lagi laju menjawab. saya perhatikan duit di tangan masing-masing dengan not yang sama. Hati saya tiba-tiba tersentuh.
" oooo..jadi awak guna duit hadiah khatam buat bayar buku hilang ya? okeyy.. cikgu suka sikap tanggungjawab yang awak tunjukkan. Awak sanggup guna duit hadiah Khatam awak untuk bayar denda ni.." tetapi tetaplah pada masa yang sama saya terima duit buku yang mereka hulurkan. Baki duit setiap sorang saya pulangkan sekitar 40 sen.
Kalau ikutkan, jika saya tak buat sesuatu, pastinya cerita ini tentang cerita mereka sahaja.Kalau mereka berkongsi dengan anak cucu nanti, hanya nama mereka yang baik sahaja.Saya terfikir sesuatu,Saya juga ingin cerita guru mereka turut indah di fikiran dan ingatan mereka:)
Sebelum mereka beredar, saya minta tunggu sebentar, lalu mengambil not lima ringgit sebanyak 4 keping dari dalam dompet.
" ok..cikgu bangga dengan sikap tanggunjawab awk berdua, cikgu juga bangga sebab awk berdua dah berjaya khatam Quran, jadi ni hadiah dari cikgu sebab sikap baik yang awak berdua tunjukkan, terus jadi anak soleh dan budak baik sampai besar ya.."
Mereka berdua berpandangan.Saya angguk kepala dan minta mereka ambil not hijau yang saya hulurkan. Terus bersinar mata dan lahir senyuman dari bibir mereka.Kalau kalian berada bersama saya saat ini, dia bagaikan satu perasaan puas hati yang amat sangat sebab kita tahu kita tak terlepas peluang mendidik anak-anak dengan sikap ihsan dan menghargai sikap baik orang lain. Masya Allah.
Bersyukur Dengan Rezeki Menjadi Guru
Saya teringat bicara Dr. Rizal salah seorang tetamu jemputan dalam Ar Rasyidin Podcast bersama Dr Hanzalah.Beliau bercerita tentang cita-citanya ingin menjadi pakar psikologi atau supaya beliau dapat membantu ramai orang-orang yang mengalami depression (kalau tk silap).
Beberapa lama kemudian, apabila beliau melanjutkan pengajian lebih tinggi, beliau menukar niatnya daripada menjadi seorang pakar psikologi kepada pensyarah yang boleh membimbing lebih ramai orang tentang pendidikan memahami depression.
Kini, saya harus lebih banyak bersyukur dengan rezeki kerjaya yang Allah lorongkan buat saya. Peristiwa pada hari ini sebenarnya antara banyak cerita menarik yang saya lalui apabila menjadi guru.
Ada masa kesabaran menjadi guru semakin menipis juga dengan macam-macam ragam anak-ana murid pada masa ini, tetapi belajarlah juga untuk lebih sabar lagi seperti pesanan Dr. Fadzilah Kamsah, seorang pakar motivasi di negara kita.
Katanya, mendidik anak kecil ini, bukan sahaja perlukan 10 atau 20 kali pengulangan, pesanan atau nasihat, malah kadang kala kita perlu ulang sehingga 300 kali barulah mereka boleh benar-benar faham dan mengikut didikan atau nasihat kita.
Ringkasnya, selagi nasihat dan teguran belum capai 300 kali, maknanya didikan kita belum sampai ke hati.Bertabahlah Guru!



0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!