Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Cara buat Serunding Kelapa Yang Mudah dan Sedap ni sebenarnya saya ambil dari SINI. Bila saya tengok bahan-bahan yang digunakan, saya terus jatuh hati dengan rasanya! Wah, gitu sekali? Yelah, saya tahu, itulah bahan-bahan yang Ibu mertua saya gunakan setiap kali beliau menyediakan serunding kelapa.

Kalau ikutkan, banyak kali juga ibu mertua saya buat serunding kelapa ni, cuma "menantu bertuah" yang sorang ni sahaja malas nak mintak resepi atau salin kat dalam buku. Tahu makan saja.haha.Bila terfikir untuk memakannya, baru sibuk nak cari resepi. citt.

Biasanya Ibu mertua saya akan buat serunding kelapa ini setiap kali tibanya Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, atau apabila keluarga mertua mengadakan kenduri ponggahan ( kenduri menyambut ketibaan ramadan, popular di kalanga masyarakat Jawa).Serunding kelapa yang sedap ini akan dimakan bersama Nasi Ambeng idaman Malaya.hehe.Kalau cakap bab Nasi Ambeng ni, kena buat entri lain pulak nanti.Ok, tunggu lain kali.

serunding kelapa ni sebenarnya boleh digandingkan atau dimakan bersama nasi himpit, nasi ambeng, ketupat nasi, lemang dan juga burasak.Mana-mana pun sedap.

Masa ni saya buat pulut kukus dan saya akan gaul dengan serunding kelapa yang sedap.Jadilah pulut serunding macam kat bawah ni:)

 Pulut serunding kelapa ni antara favourite saya sekeluarga. Memang sedap kalau dapat makan serunding kelapa dengan pulut kukus yang lembut macam ni.
Sumber Resepi : Cikgu Ani
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
Air asam jawa secukupnya

Bahan kisar:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan udang kering

Cara Membuat Serunding Kelapa Yang Mudah dan Sedap

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit 
   minyak.
2.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga 
   mendidih.
3.Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga 
   kelapa jadi ringan dan kering. 
4.Sedia untuk dihidangkan.

Cara Menyediakan Serunding Kelapa yang Sedap

 Masa ni semua bahan kisar sudah dimasukkan dalam kuali.Biarkan seketika sehingga ia terbit minyak, barulah masukkana air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

 Part ni pulak, saya dah masukkan kelapa.Kita gaul sehingga kelapa jadi ringan dan agak kering.

Serunding kelapa yang dah siap:) saya memang suka akan serunding kelapa yang warnanya seperti ini.Jika serunding kelapa warnanya kuning  atau pucat, saya anggap serunding tu tak sedap.haha.

Nota :
Sekiranya anda ingin membuat serunding kelapa yang kering dan tahan lama, mak mertua saya ajar supaya kelapa parut tu di sangai atau sangan ( orang jawa sebut macam tu..) dalam kuali, dengan api perlahan dan tanpa minyak. Bila kelapa parut tu dah kering dan kekuningan, angkat dan masukkan dalam bekas lain dulu.

Kemudian, tumis bahan kisar macam langkah di atas, akhir sekali baru masukkan kelapa parut yang dah dikeringkan tadi.

Taraa. Sekarang dah siap dan boleh di makan.hehe.Kadang-kadang Ibu Mertua saya yang rajin dan suka dan pandai memasak ni akan masukkan daging dalam serunding kelapanya. Wahh, kalau zaman saya mengandung dulu, boleh mengidamlah dibuatnya serunding kelapa daging Ibu Mertua saya ni.Hmm, apa lagi, jom ramai-ramai buat serunding kelapa sempena Lebaran tahun ini. 

Serunding kelapa juga sedap dimakan bersama ketupat nasi atau ketupat palas, leper ( makanan orang jawa yang menggunakan beras pulut, santan dan kelapa parut ) atau boleh juga di makan dengan lemang. Selamat mencuba Serunding Kelapa Yang Mudah dan Sedap ini..:)