Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Contest SEO Eridy sekarang ni semakin hangat kan? Kalau tidak, tak kanlah begitu ramai blogger Malaysia yang telah menyertai dan menyokong contest ini. Jika diperhatikan, seingat saya sudah lebih 100 blogger yang mengambil bahagian.Itu tak termasuk lagi yang sedang berkira-kira dan buat pertimbangan untuk masuk contest ni, sebab tarikh tutup penyertaan pun lambat lagi.
Ya, bagaimana dengan entri kengkawan yang sudah pun hantar penyertaan Contest SEO ni? Sudahkah berada di laman utama engine carian Google.com atau sudah pun ke "laut".haha.Yang pasti Blogger Eridy penganjur Contest SEO ini pastinya sedang senyum lebar sebab misinya untuk memperkenalkan blog barunya yang diberi nama Blog Eridy sudah berjaya.Yeay!
5 Entri Pilihan Contest SEO Eridy
Oklah, kengkawan semua, bagi memeriahkan Contest SEO Eridy, saya ingin kongsikan dengan anda semua 5 Entri Pilihan saya berdasarkan ciri-ciri penulisan SEO yang saya perolehi daripada bacaan saya.ecehceh.Adalah baca sikit-sikit.Tapi sampai sekarang masih failed lagi bab SEO sebab suka belajar sekerat jalan.huhu.Bila sampai bab yang susah nak faham, terus malas nak belajar dah.teruk kan?
Jom, kita semak dan kaji Entri Contest SEO Blogger-blogger berikut :
- www.hasrulhassan.com
- Adibsite.blogspot.com
- www.eyriqazz.com
- relakssminda.blogspot.com
- ahmadfaizal.com
Ciri Penulisan Contest SEO
Ada beberapa ciri yang hampir sama yang saya sukai terdapat dalam entri Contest SEO Eridy blogger-blogger ini. Ciri-ciri yang saya maksudkan, sudah tentulah yang ada kaitan dengan SEO ya, bukan Ciri-ciri Orang Yang Lahir Bulan September seperti yang saya pernah publish sebelum ini. Okeh, Jom kita kaji :)
- Menulis entri yang panjangnya mesti sekurang-kurangnya lebih dari 200 patah kata.
- Mengulang beberapa kali perkataan yang sama seperti Contest SEO Eridy, Contest SEO, Blog Eridy atau Contest Blog Eridy.
- Tidak salin ayat bulat-bulat dari entri penganjur Contest Seo ( maksudnya buat ayat sendiri ).
- Ayat pertama entri dimulai atau mengandungi keyword Contest SEO Eridy, begitu juga ayat pertengahan atau isi dan juga penutup entri.
- Mempunyai tajuk bagi isi penting, mempunyai beberapa perenggan dan menggunakan bahasa dan ayat yang jelas, mudah difahami dan tidak merapu.hehhe.
Kelebihan Sertai Contest SEO
Ya, inilah peluang terbaik untuk semua blogger menguji tahap kemampuan anda menulis dan menguasai teknik dan strategi SEO.Konsep (Search Engine Optimization)
SEO bukan sahaja tentang cara menulis, malah lebih luas dan teknikalnya pun pelbagai.
Selain dapat kenal lebih ramai rakan blogger, contest SEO Eridy ini ibarat kita juga memperkenalkan blog kita kepada kengkawan yang sama-sama masuk Contest.Yelah, kalau sebelum ni, singgah blog kita pun taknak, tapi bila dah sama-sama masuk contest, tentu ada perasaan nak tahu apa yang kawan blogger kita tulis tentang contest yang sama kan?heheh.
Kepada sesiapa yang belum menyertai lagi Contest SEO ini dan berminat untuk menghangatkannya, anda boleh dapatkan butiran lanjut di Contest SEO Eridy.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!