Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Baru sahaja menyemak entri penyertaan Contest SEO Eridy: Siapa Eridy?di Google.com.Ada sedikit rasa terkilan sebab macam dah ke "laut" je entri saya tu.haha.Okeh,lupakan sekejap entri saya yang ke laut tu.Kepada blogger yang sertai contest tersebut, malam ini sehingga jam 12 malam merupakan peluang terakhir untuk anda hantar entri penyertaan ke Blog Eridy.com.
Ini bermakna selepas tarikah 11.12.13 ni, maka tamatlah segala urusan berkaitan penyertaan para blogger semua dalam Contest SEO Eridy.Para peserta kemudiannya akan mempertandingkan keywords Contest SEO Eridy sehingga tarikh tamat pertandingan contest ini iaitu pada 30 Disember 2013.
Saya tidaklah pasti sama ada anda boleh mengesan entri penyertaan saya ini.Sebenarnya, secara jujur, bila saya taip keywords tersebut di Google.com, saya langsung tidak berjumpa dengan entri penyertaan saya.Kenapa ya jadi begitu? Adakah masalah cookies di blog saya atau apa? Atau crawler engine carian di Google, ada masalah dalam mengindeks kewujudan entri Contest SEO saya kali ini? Sebab itulah saya buat andaian, entri saya sudah ke laut. Tetapi jika benar sudah ke laut, jika dilaman ke-20 sekalipun, pasti entri itu tetap ada kan? Kepada kengkawan yang tahu punca masalah entri saya ini, diharap dapat membantu ya!
Masa untuk Gunakan Teknik dan Taktik SEO
Kepada kawan-kawan blogger yang sudah belajar atau menghadiri seminar berkaitan SEO,inilah masanya untuk anda menggunakan segala teknik dan taktik SEO yang anda tahu untuk menguji kekuatan dalam penulisan blog dan meraih wang tunai yang ditawarkan dalam pertandingan Contest SEO ini.
Ada yang berpendapat, blogger yang menggunakan domain berbayar mempunyai peluang lebih cerah berbanding pengguna blogspot dalam contest kali ini. Ada juga yang beranggapan pagerank lebih tinggi juga mempunyai kelebihan berbanding yang memiliki PR blog yang lebih rendah. Apapun, sesiapa yang berusaha lebih, pastilah dia mendapat lebih!
Semoga berjaya kepada rakan-rakan semua dan semoga Contest SEO Eridy:5 Entri Pilihan kali ini benar-benar memberi manfaat besar kepada blog anda semua.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!