Bonus 11 CPUV Sekaligus Dari Nuffnang

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Tak tahulah nak kongsi macam mana rasa happy ni.Kalau sebelum-sebelum ini, blog ini pernah mendapat 7 CPUV paling banyak dari Nuffnang iaitu dalam satu-satu masa,tapi kali ini saya ingin kongsikan entri penghargaan ini kepada pengiklan yang sudi meletakkan iklan depa dekat blog Cik Matahariku yang serba baru ni.heheh.


Walaupun hakikatnya blog ini belum ada header lagi.huhu.takdak ka sesiapa yang nak sponsor atau menaja header di blog tuan tanah ni.Pleasee.

Ok.Berbalik kepada cerita asal usul entri ini ditulis,tentulah ingin menghebahkan kepada semua "orang kampung"bahawasanya blog ini telah mendapat tambahan rezeki pada bulan Oktober yang penuh barakah ini.Alhamdulillah.:)


Tapi masih jugak hati saya tertanya-tanya,mengapakah CPUV yang blog saya terima seperti ada unsur mistik dan misteri lagaknya.Tak gitu kengkawan semua?Cuba perhatikan satu demi satu senarai iklan yang dipaparkan, terdapat tiga atau empat dari pengiklan yang sama.Saya belum sempat lagi nak tanya team Nuffnang tentang ini.Sungguh.Saya benar-benar musykil dengan CPUV yang saya terima kali ini.

Ada ke sesiapa yang mendapat "CPUV selonggok"macam blog saya ni?Cer citer sikit, betul ke idak CPUV yang saya dapat ni? Confius makcik weii..

Walau apapun,Terima kasih kepada kengkawan blogger yang sudi singgah dan meninggalkan jejak di kotak komen.Sesungguhnya saya belum ada daya untuk membalas semua kunjungan anda, namun akan diusahakan untuk ziarah semula jika punya kesempatan.Maafkan saya..:(

Jika ada kengkawan blogger yang nak tahu tips dapat CPUV banyak dari Nuffnang, boleh belek-belek entri ni :
Semoga anda semua kengkawan blogger dan juga readers blog ini sentiasa dimurahkan rezeki dan jangan lupa untuk banyak-banyak bersyukur kerana hanya dengan begitu Allah akan tambah rezeki kita semua.

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka..:) 

Post a Comment

0 Comments