Edisi Khas Siri 1 : Tentang Dia

Dengan Bismillah,

Menjangkau usia 30 an ini, semakin kerap saya berdoa semoga Tuhan sentiasa lorongkan saya ke jalan-jalan menuju kebaikan dan menjauhkan saya daripada segala yang mendatangkan keburukan dan kemungkaran.Amin.Tersedar yang usia saya ini dah terlalu tua untuk melayan fbook yang kebanyakannya di isi oleh "frend" yang pernah menjadi student saya. Selebihnya,kawan-kawan sesama kerja di Sriah atau di Ipsah, tak ramai pula yang rajin hantar post baru.Maka saya beralih arah ke blog.Dan masih juga berharap, semoga Tuhan izinkan saya menjadikan ruang kecil ini sebagai peluang saya memanjangkan silaturrahim dengan kawan lama dan kawan baru..ada juga seorang sahabat yang surprise dengan kewujudan blog ini..:)- sebenarnya, kalau ikutkan diri saya, saya lebih tak sangka boleh bina blog seperti ini. 

Blog ini asal usulnya saya bina ( sekadar mengisi masa ketika mengandung anak ke-4..(wahh..banyaknya masa saya kan..).Tetapi kalau anda perasan, tarikh post saya yang pertama di laman ini, sebenarnya bersamaan tarikh saya melahirkan anak saya yang ke-4.Kuasa Tuhan kan.( entri saya ni nampaknya dah tersasar dari cerita sebenar yang saya nak sampaikan..huhu).

Beberapa bulan lepas, saya dikejutkan dengan satu panggilan misteri.  ketika itu saya berada di bilik khas saya, di sekolah, sedang menulis buku rekod mengajar. Apa yang membuatkan saya berasa tambah misteri apabila suara di talian itu, menjerit dan bertanya sama ada saya mengenalinya.Amboi..bukan main pemanggil misteri ini. Ingat dia tu macam Siti Nurhaliza ke, satu Malaysia boleh cam dan kenal suaranya.Misteri saya terjawab selepas kami berbual dan bertanya khabar.Anda tahu siapa pemnaggil misteri yang menerjah telinga saya itu. Dialah teman karib saya semasa kami belajar di SMKA, dalam tingkatan 3. Bukan kawan biasa, tetapi kawan baik dan kamcing sebab kami duduk bersama dalam kelas waktu itu.Bayangkan, dengan usia saya dah pangkat mak budak, saya terima panggilan daripada teman baik saya, yang kali terakhir saya temuinya ketika kami tamat tingkatan 3. Ketika itu, teman baik saya ini menyambung pelajaran ke sekolah teknik ( sebab result periksa dia lebih bagus daripada saya ).

Pada mulanya saya bengang juga kerana dia memarahi saya, kerana langsung tidak menghubunginya. Saya diamkan sahaja. Memang salah saya.( tapi sebenarnya saya rasa rendah diri waktu itu kerana dia berjaya ke sekolah yang terpilih, sedangkan saya masih belajar di sekolah harian ( masa tu saya anggap budak yang masuk asrama dan belajar di sekolah terpilih mesti hebat-hebat, tapi betul ke tanggapan saya ni, entahlah ).

Daripada nada suara teman saya tadi, tahulah saya dia tak pernah anggap saya seperti mana saya berasa rendah diri terhadapnya ( selepas 19 tahun, baru terjawab..). Selepas menerima panggilannya, esoknya saya segera menghantar mesej kepada sahabat baik semasa di sekolah rendah untuk bertanya khabar ( saya bimbang dia juga akan marah kepada saya ).Dan juga kepada pensyarah saya yang juga lama saya tidak hubungi padahal ketika di Ipsah, dialah antara pensyarah yang banyak membantu saya. Apa reaksi anda selepas membaca tulisan ini ? Nasihat saya, segeralah hubungi siapa sahaja yang sangat baik dengan anda pada masa lalu, semoga tidak terjadi seperti mana yang saya lalui.Terasa sangat bersalah dan terkilan...

Kepada teman karib saya tadi, saya harap dia masih ingat dan simpan nota kecil saya padanya 19 tahun lalu, tentang 3 perkara yang disukai sahabat..:)-..

Post a Comment

4 Comments

  1. Sdh didedikasikn di grup adela77 siapa gerangan dia itu...:)-

    ReplyDelete
  2. aku selalu ingat kat kawan2 aku.. tp aku tak tahu adakah mereka semua masih mengingati aku....:(

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana masih mengingati sahabat lama.:)

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!