Guru Yang Masih Belajar

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena meraikan Sambutan Hari Guru 16 Mei 2015 pada hari ini, saya kongsikan dengan anda semua, sebuah entri lama di blog ini ( yang juga merupakan entri yang dipublish tatkala saya baru sahaja melibatkan diri dalam dunia blog Malaysia).

Selain mendapat Pageviews (pv) tak sampai pun 50 views, saya rasakan ia sebenarnya antara entri yang saya tulis dari hati seorang guru.Jiwa seorang guru sejati yang seharusnya sentiasa mahu belajar dan terus belajar meski dari seorang anak didiknya sendiri.

Mungkin kalangan guru hari ini, banyak melupakan bahawasanya, pada diri setiap murid yang ada di hadapan kita itu, merupakan segedung ilmu yang Tuhan hamparkan untuk kita kutip satu-satu ilmu dan hikmah dalam menyelusuri kehidupan sebagai manusia biasa.

Untungnya Kita Sebagai Guru
Untungnya kita sebagai guru, dipilih untuk belajar dan mengajar dari seorang manusia kecil yang belum berdosa.Ya, manusia suci yang setiap tindak dan tutur katanya hanyalah untuk memahami pengajaran gurunya.Cuma ada kala, mereka menunjukkan "sikap mahu belajar" itu dengan mengundang rasa  geram ,marah dan menguji sabar seorang guru.

Ya, sayalah itu, seorang guru biasa yang selalu lupa bahawa meski mereka menguji kesabaran kita, mereka sebenarnya mahu belajar daripada kita.Bukan sekadar belajar Bahasa atau Matematik, mahupun sains dan seni, mereka mahu kita ajar bagaiman menjadi manusia mulia berperketi.Allahurobbi...

Terimalah Catatan ini :
 Guru Yang Masih Belajar ( November 2011)


Bahagiakanlah Insan Yang Mengembirakan kita

Macam baik-baik je tajuk entri saya kali ini :)-.sebenarnya saya terkesan dengan satu peristiwa sebelum perayaan Deepavali baru-baru ini. Memandangkan saya baru bekerja semula setelah cuti bersalin selama 3 bulan, maka ramailah anak-anak murid saya yang bertanya itu ini. Murid darjah 1 katakan.kadang-kadang kita ni pun dipanggilnya "Ibu" disekolah..sampai tersasul macam tu sekali.

Ramai juga yang merungut akan tempoh cuti saya yang begitu panjang. saya layan pertanyaan mereka seadanya.yelah kan..kita masuk kelas nak mengajar, diajaknya pula bersembang..haru!. Mengenangkan anak-anak murid saya yang berbangsa India akan merayakan Deepavali pada minggu berikutnya, maka saya memanggil dan memberi mereka duit raya, taklah banyak pun, cuma saya tahu mereka gembira dan seronok dengan pemberian itu. Daripada air muka mereka, saya tahu mereka tak menduga, saya akan berikan mereka duit raya itu.( sebab saya bukan jenis guru yang gemar memberi hadiah kepada murid, saya lebih suka memuji dan memberi galakan sebagai dorongan agar mereka melakukan atau mencapai sesuatu yang lebih baik pada masa depan.)

Hasil carian imej untuk gambar murid sekolah rendah

Diringkaskan cerita, semasa waktu rehat saya di datangi seorang murid. Dia menghulurkan kepada saya sebatang pen merah. harga pen merah itu 80 sen,( sebab harga pen itu masih elok terlekat pada batang pen ).saya tanya kepadanya, kenapa beri cikgu pen ini ? Dia hanya senyum dan tidak menjawab. selepas dia pergi, giliran saya pula yang senyum dan mengelengkan kepala.

Aduhai anak muridku..dia beli pen dengan duit yang saya beri tadi.saya ingat saya telah buat dia gembira dengan pemberian duit raya tu, rupanya dia juga ingin buat saya gembira dengan memberi pen itu.lihatlah, mudah dan lembutnya hati anak kecil kan..

Dia mengajar saya : Apabila kita gembira, jangan lupa bahagiakan insan yang mengembirakan kita..Hari ini dan seterusnya, saya tahu SAYA ADALAH SEORANG GURU YANG MASIH BELAJAR...


Post a Comment

0 Comments