Dengan Bismillah,
Keputusan pertandingan telah diumumkan, dan rezeki tidak menyebelahi kami. Apapun, saya yakinkan mereka pengalaman menyertai pertandingan itu tetap bermakna.Kalah dan menang itu adat pertandingan. Ia bukanlah hujung sebuah kejayaan. Malah dengan positif, saya yakinkan mereka, kita akan cuba lagi tahun hadapan.InsyAllah!
Hmm... Sy rasa sedikit kalut hari ini. Menghantar murid ke pertandingan, seperti saya yang akan bertanding.Apapun, tatkala saya menaip entri ini, rasanya semua dalam keadaan terkawal.
Pertandingan bercerita Bahasa Melayu sekolah rendah peringkat zon ini, walaupun nampak ringkas, tetapi tetap meresahkan saya.Bukan mudah rupanya menggalas harapan orang.
Apa pun, saya ingatkan dan nasihatkan anak-anak bimbingan saya yang seramai 2 orang ini agar redha dan bersyukur dengan apa jua keputusannya nanti.
Perasaan Redha akan membuat kita rasa bertenang dan bersyukur. Apapun, pastilah selepas kita berusaha sehabis baik dan daya.
Doakanlah...:)-
![]() |
| Ummi Sayyeda ( peserta tahap 1 ) |
![]() |
| Ummi dan Shasha Alya ( Peserta tahap 2 ) |


3 Comments
Kalah dan menang tu adat bertanding. Sekurang-kurangnya mereka mencuba daripada menikus.
ReplyDeleteKalah dan menang cuma perkara kedua. Yang penting usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai kemenangan.
oh ya.. widget index untuk blog awak ni cuma mengganggu.. Bila awak tulis komen, cuba try submit.. button submit tu dah dioverlay oleh widget tu
ReplyDeleteok.sy cuba adjust tadi..:)- terima kasih sbb prihatin dan beri cdgn mengatasi.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!