Cara Ajar Anak Berdoa

Dengan Bismillah,
Lewat petang semalam, ketika saya bersama suami dan anak-anak pulang dari berbelanja keperluan persekolahan bagi sesi 2013, saya terdengar puteri ketiga saya yang bakal menginjak usia 4 tahun, bertanya spontan kepada kakak sulungnya, :

" Kak Iman, makan chocolate pun kena baca doa ke.." soalan spontannya ini kedengaran kerana ketika itu mereka tiga beradik sedang menikmati chocolate bersama di dalam kereta. Si Kakak menjawab masih dengan nada spontan, tetapi membantu saya memberikan jawapan kepada adiknya yang bertanya.

" Yelah, chocolate pun rezeki yang Allah bagi, kenalah doa...". Soalan puteri ketiga saya, mungkin sesuai dengan usianya yang ingin tahu banyak perkara, tetapi bagi kita orang dewasa, soalan sebegitu boleh menimbukan kesedaran yang bukan sedikit, tetapi mungkin menginsafkan kita jika kita hanya berdoa tatkala menikmati hidangan enak yang hebat atau sebagainya. Betul  atau tidak, kita sendiri boleh mengukur di badan sendiri..

Disini, saya ingin berkongsi beberapa cara atau panduan yang dapat kita manfaatkan sebagai satu latihan atau penghayatan kepada anak-anak kecil kita supaya sentiasa mengingati Tuhan dengan berdoa dalam semua urusan kehidupan.Insya Allah.

Didik anak dengan berdoa sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan
  • Ibu boleh amalkan sejak bayi dalam kandungan. Rangsang bayi dengan memberitahunya ketika anda ingin tidur dan lafazkan doa dengan kadar bayi dalam perut boleh dengar suara kita membaca doa. Saya biasa lakukan ini kepada anak-anak saya, bila mereka berusia setahun hingga 3 tahun, bila kita ulangi doa setiap kali ingin tidur, mereka mudah menguasainya kerana sudah biasa mendengarnya sejak di dalam kandungan. Begitu juga dengan doa harian lain.
  • Ibu dan bapa sentiasa ingatkan anak agar berdoa sebelum melakukan aktiviti harian, sama ada ketika ingin makan dan selepasnya, keluar berjalan, masuk tandas dan banyak lagi. Ia mesti bermula dengan aktiviti dalam rumah. Jika ada adik beradik, latih mereka membaca doa secara bergilir atau sebutkan nama anak yang mana untuk mengetuai bacaan doa. Dengan begini, anak yang lebih kecil, boleh mengikut.
  • Pilih masa yang sesuai, waktu dimana anak anda bersedia untuk mendengar, dan beritahu mereka kepentingan dan keperluan berdoa, contohnya tekankan yang kita ini seorang Hamba yang sentiasa mengharap sesuatu kepada Tuhannya.Jangan risau atau fikir anak masih kecil dan tidak akan faham, kerana mereka akan menyerap segala maklumat yang diperolehi. Yang penting gunakan bahasa yang mudah mereka fahami. Insya Allah.
Hmm..setakat ini dahulu, dan cuba amalkan bersama anak-anak. Nantikan post saya  seterusnya bagi mendapatkan panduan dan berkongsi pengalaman. Wahai para ibu bapa atau bakal ibu bapa, jangan merasa terlambat akan hal-hal seperti ini, selagi kita ada daya dan kesungguhan mendidik anak-anak kecil kita, selama itulah pintu harapan terbuka luas untuk anda ! 

Post a Comment

2 Comments

  1. Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Selain membaca doa, galakkan anak2 kita juga sentiasa membaca bismillah ketika membuat sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Sdri. Terima kasih membaca entri ini. Pesanan sdri sgt sy hargai. Kalimah Bismillah juga sbg didikan kepada anak-anak akan pentingnya mendahului setiap perbuatan dan pekerjaan dengan namaNya.terima kasih sekali lagi:)-

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!