Dengan Bismillah,
Wahh..akhir-akhir ini, banyak juga kempen bloglist yang dianjurkan oleh para blogger kita kan? Mungkin juga segmen pencarian bloglist ini menjadi ikutan kerana banyak faktor yang menarik dan pastinya menjadi tumpuan semua blogger, terutamanya blogger baharu macam cikgu sorang ni..heheh.
Sebenarnya banyak sebab kenapa saya memilih untuk menyertai segmen bloglist anjuran rakan-rakan blogger ni. Jika anda seorang blogger, pasti anda juga mempunyai lima atau sepuluh sebab logik menyertai segmen yang mereka anjurkan.
![]() |
Apa kata kita pertimbangkan dan fikirkan sebab-sebab kita menyertai segmen bloglist ni, logik ke tidak...
- Bagi blogger baharu yang baru menapak dalam dunia blogging, segmen bloglist ini merupakan jalan pintas atau short cut supaya entri baharu yang dipost olehnya mendapat tempat dan mudah dilihat atau dibaca oleh pembaca yang follow atau singgah di blog penganjur segmen bloglist.
- Segmen bloglist merupakan strategi pemasaran blog ( eceh..ceh..boleh ke cikgu guna frasa ni..haha) yang berkesan bagi penganjur segmen, tetapi pada masa yang sama juga sangat berkesan kepada para blogger baharu jika penganjur segmen tu memiliki blog yang dikenali dan popular, rezeki jangan ditolak...:)-
- Mahu atau tidak, segmen bloglist menjadi motivasi terbaik kepada para blogger supaya rajin dan istiqamah menghantar post baru supaya blog anda sentiasa terletak dalam senarai lima terbaik dari kalangan 100 atau 200 blogger yang terpilih untuk segmen tersebut. Tak kanlah penganjur segmen sanggup papar semua senarai bloglist dia kan..lagi pula bukan semua orang rajin dan suka tekan perkataan " more.." heheh..
- Secara tidak langsung, segmen bloglist ini sama fungsinya jika anda hantar entri atau artikel anda ke busuk.org atau apesal.com dan lain-lain.Cuma bila blog anda dalam bloglist penganjur segmen, anda tidak perlu hantar post terbaru dan mengisi butiran atau data yang perlu, anda post saja ke blog, selepas itu post anda akan terpapar di senarai bloglist penganjur, Best kan..tak banyak keroje kena buat..haha..
Rasanya, cukuplah segala hujah bernas yang cikgu kongsikan ini.Apa lagi, pi join mana-mana segmen bloglist yang sedang dijalankan..Ni bukan pasal SEO ke, apa ke..ni pasal study smart..heheh.
2 Comments
btl2..saya setuju dgn pendapat cik matahari..bg blogger baru cm saya ni..penting untuk join segmen bloglist..secara tak langsung blog kita akan di kenali.
ReplyDeleteterima kasih baca entri ini ye. selain tu, segmen bloglist juga penghubung antara rakan maya..macam kita-kita geng blogger semua ni kan..:)-
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!