Panduan Azam Baru Tahun 2013

Dengan Bismillah
Semoga Tahun Baru 2013 membawa anda selangkah lebih baik

Hampir kurang seminggu sahaja lagi kita bakal menyambut tahun baru masihi 2013. Bukanlah tujuan entri ini seolah-olah kita berharap dan berhasrat untuk berubah apabila menunggu masa yang sesuai atau masa yang tertentu sahaja. Ini tentunya bersalahan dengan sabda Nabi SAW yang menganjurkan kita supaya berfikir dan bertindak dengan paradigma begini :

" Seorang Muslim itu seharusnya hari ini hidupnya lebih baik dari semalam dan hari esok hidupnya lebih baik dari hari ini."

Sesungguhnya, entri ini hanyalah panduan kita sebagai ( muslim tentunya ) supaya segera merubah cara berfikir dan bertindak supaya apa pun pekerjaan, perbuatan, amalan dan usaha kita sepanjang setahun dan tahun-tahun mendatang akan lebih baik.Insya Allah.

Mari kita sama-sama praktikkan, senarai semak dan panduan membina azam baru menjelang tahun hadapan, yang pastinya harus dimulakan dan diusahakan mulai sekarang!



Panduan Azam Baru Tahun 2013 :

  1. Muhasabah Diri Sendiri.
  • Cuba teliti dan perhalusi, apakah ada apa-apa perkerjaan atau perbuatan kita pada masa lalu yang kita sendiri tidak sukai.Misalnya, kita seorang yang gemar melengahkan masa membuat kerja-kerja yang penting. Kita buat pekerjaan itu, tetapi memandangkan kita lakukannya last minute, maka pekerjaan itu jadi tidak sempurna dan menimbulkan bamyak kelemahan. Jika ada, maka sekaranglah waktunya kita tetapkan dalam diri : Aku tidak mahu bertangguh lagi, kerana bertangguh itu pencuri masa!
   2.  Sediakan Buku khas untuk buat List To Do
  • Seperti yang saya pernah sebut dalam entri ini, bila kita mula menyenaraikan apa yang terkandung dalam minda secara jelas ( iaitu melalui tulisan ), kita tahu dan nampak apa yang kita perlu buat dan lakukannya mengikut keutamaan.Melakukan sesuatu mengikut keutamaan atau prioriti ternyata banyak membantu seseorang itu berhasil dalam usahanya. List To Do yang dibuat secara harian atau mingguan membantu kita lebih fokus menyelesaikan pekerjaan kita satu persatu.
   3.  Fikirkan Azam baru yang realistik
  •  Tidak salah menyimpan hasrat tinggi atau cita-cita besar.Bukankah membina harapan itu satu kemestian kepada mereka yang bercita-cita? Namun harapan atau cita-cita itu hendaklah digariskan mengikut ukuran jangka pendek dan jangka panjang. Katakan anda tidak pernah mendapat straight A dalam peperiksaan tahunan atau percubaan, bolehkah anda mengapainya dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh masa satu atau tiga bulan ?Jadi, rancang untuk jangka pendek dahulu. Mungkin anda mensasarkan untuk mencapai gred A bagi subjek yang anda strong dahulu, kemudian fokus pula kepada subjek yang anda lemah.  
   4.  Usahakan Azam Baru anda 
  • Ingat, apa pun pekerjaan atau cita-cita yang tidak diusahakan, maka tidak akan ada hasilnya di situ. Jika berazam untuk bertudung lengkap, maka berusahalah mencari tudung yang sesuai dengan penampilan yang dinginkan. Jika anda inginkan sebuah rumah idaman, usahakan untuk mencari iklan berkaitan, dapatkan maklumat dan ketahui cara atau syarat mendapatkannya.Ingat, cita-cita tidak semestinya di capai dalam setahun, malah mungkin memakan masa beberapa tahun. Namun, jika anda sudah mengetahui semua syarat untuk memiliki rumah idaman, maka buat list to do, apa yang perlu diusahakan dan dilakukan untuk mendapatkannya.
Selamat Membina Azam Baru..:)-

Post a Comment

0 Comments