Panduan Latih Anak Perempuan Bertudung

Dengan Bismillah,
memandangkan saya mempunyai tiga orang puteri berderet, sepatah kata omputih, the three angels, maka dengan segala sukacitanya, berdasarkan pengalaman sendiri, saya ingin berkongsi dengan anda akan cara-cara atau panduan melatih anak-anak perempuan kita ni bertudung..heheh..( panduan ini boleh disesuaikan mengikut usia, persekitaran dan peel ( perangai ) anak pompuan masing-masing ye..


Si kakak semasa hari sukan sekolahnya..


si Adik bersama seorang rakan semasa hari sukan sekolah


panduan pertama :
seorang ibu itu wajiblah terlebih dahulu mengenakan tudung jika keluar rumah atau bersama orang bukan muhrim.

panduan kedua :
belikan atau sediakan tudung yang sesuai dengan usia anak perempuan kita ni. kalau boleh biarlah cari warna yang budak-budak suka supaya dia suka sebab nampak cantik

panduan ketiga :
ingatkan atau pakaikan anak perempuan anda tudung setiap kali dia ingin keluar rumah, atau setiap kali kita bawa dia keluar..( biasanya anak-anak ini pakai tudung tak boleh tahan lama..tak mengapa..dah namanya pun latihan kan..)

panduan keempat :
ceritakan sebab secara mudah kenapa orang perempuan beragama Islam wajib bertudung ( jika dia bertanya soalan yang berkaitan, sila berikan jawapan yang munasabah dan logik, sebab anak-anak kita ini belajar melalui persekitaran juga )

panduan kelima :
cuba bawa anak pergi mandi manda atau berkelah ke kawasan air terjun atau taman tema air, dan ajar dia supaya tidak perlu tanggalkan tudung walaupun ingin berseronok ( supaya dia tahu bertudung bukan sahaja ditempat tertentu..dalam semua keadaan jangan sesekali buka tudung )

panduan akhir :
Insy Allah, Jika kita inginkan kebaikan. Allah akan permudahkan...selagi namanya latihan, biar ada kekurangan dimana-mana..namun tetap ada pembaikan..

Mungkin ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih anak-anak perempuan kita bertudung, walau apapun yang penting semuanya ibarat melentur buluh dari rebung..

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!