Dengan Bismillah,
Seawal pagi ini. saya sudah menatap skrin Komputer dan kini baru sahaja menyiapkan sulaman kata-kata motivasi dan inspirasi buat warga bahagian Pengembangan Kesusasteraan Remaja & Kanak-kanak ,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sekolah kami menjemput mereka sempena Program Pelancaran Nilam Sekolah, dan saya cuba mencoret kata-kata yang tak berapa indah ini ( huhu...) sebagai penghargaan atas kesudian mereka memenuhi undangan dan seterusnya mengisi slot " seronoknya membaca".
kata-kata penghargaan ini akan dibingkaikan dalam frame dan diserahkan kepada warga DBP sebagai Ingatan Tulus Ikhlas warga pendidik dan semua murid sekolah saya ( Insya Allah )
Dengan Ingatan Tulus Penghargaan
Buat Warga Bahagian Pengembangan Kesusasteraan
Remaja &Kanak-kanak
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ibarat selembar benang
Mana mungkin menjadi kain
Jika tiada daya dan kesungguhan
Harus
pula memecahkan ruyung,
Barulah kan dapat dinikmati sagunya
Begitulah resmi menuntut ilmu
Bukan pada alat atau keperluan
Tetapi daya kesanggupan dan harapan
Yang memateri semangat dan tekad
Genggam bara api , biar sampai jadi arang
Sudah alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.
Menjadi insan berjaya
Cabaran bukan halangan,
Tapi seruan membangkit kejayaan!
Salam Ikhlas Setulus Hati
Daripada
Warga Pendidik & Semua Murid

2 Comments
Wah, sulaman kata-kata yang cukup bererti dan menarik sekali!
ReplyDeleteAlhamdulillah Nor Salmi, setakat tulis-tulis bolehlah,,hehe..terima kasih baca entri ni..:)-
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!