Review Disebalik Acer Aspire Ultrabook S3

Dengan Bismillah,
Jangan cemburukan saya ye. Wahh..bukan main lagi ayat entri Cik Matahariku hari ini ye.Ini Edisi khas buat  Boyfriend lama saya.huhu. harap Encik Husband saya tidak membaca catatan ini. ( Ini Entri cari nahas agaknya! )





Ceritanya begini, seharian semalam saya berdating dengannya dan saya dibawa berjalan-jalan ke Festival City, kerana hasrat saya inginkan sebuah laptop berkuasa Ultra.haha.Ah, itu cerita semalam. Hari ini, saya sedang menaip entri khas ini buatnya yang sudi menjadikan impian kecil ( tapi besar ) saya ini menjadi kenyataan.Wahh..terharunya saya.

Bukan tentang Acer Aspire Ultrabook S3 yang ingin saya kongsikan, tetapi tentang si dia yang dalam tenang dan tak kisahnya itu, mengambil berat akan keinginan dan permintaan saya. Saya teringat suatu ketika dulu, pernah membaca sebuah cerpen atau sajak, saya tidak pasti. Tetapi ia mengisahkan tentang seorang lelaki ( suami ) yang begitu terharu akan sifat dan sikap seorang wanita ( isteri ) yang tidak mahu dan tidak pandai meminta-minta. Wanita itu hanya menerima seadanya dan sepenuh ikhlas hatinya apa sahaja pemberian si Lelaki. Antara ayat si lelaki itu dalam tulisannya, dia berkata begini :

"wahai isteriku, kerana sedikitnya dan jarangnya engkau meminta-minta padaku, sehingga membuat diriku sentiasa ingin memberikan dan menunaikan apa sahaja keinginananmu..." 

Masa berlalu. saya pernah berkongsi kisah ini dengan boyfriend lama saya ni. Ya, kisah saya ini bukan tentang seorang isteri atau teman wanita yang tidak pandai meminta-minta, tetapi ia suatu pengalaman untuk dikongsi dengan para wanita diluar sana. Semoga anda memikirkan entri saya kali ini. Pilihan ditangan anda. Menjadi isteri terbaik untuk suami sendiri...:)-

p/s : Boyfriend lama dalam catatan ini merupakan suami saya ( saya tak akan buat entri cari nahas ye..). Dulunya kami berkawan dan kenal melalui satu program khas di panggil Biro Tatanegara ( BTN ).

Post a Comment

0 Comments